FOLLOW ME


Monday 3 October 2011

AHLI PARLIMEN BATU TIAN CHUA TERKEDU DENGAN HUJAH PEMUDA GOMBAK DIHALAMAN TWITTER


Inilah sikap dan mentality Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang pada awalnya gairah nak “tweet” kononnya apabila kerajaan menarik semula rang undang-undang Pembangunan Kampung Baru pagi tadi di Parlimen ianya merupakan kemenangan kepada Pakatan Rakyat namun akhirnya terkedu dan terus diam membisu apabila diajukan soalan dan pandangan dari seorang ahli marhain Pemuda UMNO Gombak.  Sebaik sahaja Datuk Raja Nong Chik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar selesai membawa usul penarikan semula rang undang-undang berhubung dengan Pembangunan Kampung Baru pagi tadi, Tian Chua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat Parlimen Batu telah menghantar kata-kata berikut dihalaman twitter beliau yang kononnya dengan penarikan balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru itu, ia merupakan satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat.


Apabila seorang ahli marhain Pemuda UMNO Gombak menjawab bahawa ianya merupakan kemenangan kepada Kerajaan Barisan Nasional dan Rakyat Kampung Baru dan bukan kemenangan Pakatan Rakyat kerana ini telah membuktikan Kerajaan Barisan Nasional menghayati slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kerajaan telah bertindak dan mengambil keputusan atas keperihatinan dan  kehendak rakyat kampung baru. Apa yang diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ini? Lembu punya susu sapi yang nak nama ker?  

Nyata ianya kemenangan kepada Rakyat dan Kerajaan Malaysia kerana dua pihak yang terlibat dalam soal ini adalah Kerajaan Malaysia dan Rakyat Kampung Baru. Dengan penarikan rang undang-undang ini ianya menunjukkan Kerajaan pimpinan Barisan Nasional benar-benar berpegang pada paksi Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Walaupun rang undang-undang tersebut lebih kepada pencapaian diutamakan kalau dilihat dan dikaji pada satu sudut, oleh kerana terdapat suara bantahan rakyat kampung baru yang telah menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap rang undang-undang tersebut kerajaan telah bertindak untuk menarik kembali rang undang-undang tersebut. Ini jelas Kerajaan lebih mendahulukan rakyat dari pencapaian. Kerajaan mendahulukan kehendak rakyat. Namun seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Najib bahawa Kerajaan Barisan akan memastikan Pembangunan Kampung Baru akan dilaksanakan dengan semangat “win win situation” yang mana kedua-dua pihak, baik rakyat Kampung Baru maupun pemaju akan meraih keuntungan bersama. Di mana kemenangan pada Pakatan Rakyat yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Batu ini apabila Rang Undang-undang Kampung Baru ditarik?

Bila ditanya apa yang beliau (Tian Chua) tahu berhubung Rang undang-undang Pembangunan Kampung Baru itu, dan kenapa ianya ditolak oleh rakyat Kampung Baru? Apa yang diperjuangkan oleh Ahli Pakatan Rakyat berhubung penolakan Rang Undang-undang tersebut? Apakah beliau bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengazetkan Kampung Baru sebagai Warisan Perkampungan Melayu yang mana hanya Melayu yang boleh memiliki tanah atau bangunan dan apakah harga RM4000 per kaki persegi sesuai dan realistik berhubung harga tanah yang dituntut oleh segelintir rakyat Kampung baru itu? Beliau membisu dan tidak menjawab. Kita kalau nak tolak kita sediakanlah satu modul rang undang-undang yang lebih baik yang mana tiada pihak yang akan rugi atau tertindas sekiranya benar rang undang-undang yang dirangka oleh Kerajaan itu bersikap tidak adil. Janganlah kita hanya pandai membangkang sahaja tanpa membuktikan kita punya alternatif yang lebih baik. Dalam keadaan kerajaan bertungkus lumus memikirkan cara bagaimana pembangunan dikampung baru dapat dilaksanakan agar rakyat melayu di kampung baru itu tidak terus ketinggalan dek pembangunan pesat persekitaran, ada pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab yang menghasut dan menburukkan perancangan kerajaan.  


Niat kerajaan ialah untuk memastikan Rakyat Melayu Kampung Baru dapat menikmati keuntungan dan kemajuan yang setimpal dengan nilai tanah dan kampung mereka. Sudah pasti kawasan itu harus dibangunkan agar nilainya meningkat setanding dengan nilai  tanah di lubuk emas KLCC. Sudah pasti pembangunan akan melibatkan pemaju dan hak pemaju juga harus diambil kira. Jadi kerajaan menjadi “orang tengah” yang akan cuba memastikan hak kedua-dua ini terjamin. Itu sahaja, jadi dalam soal ini tiada yang kalah dan tiada yang menang cuma masa sahaja di panjangkan untuk merumus satu formula yang terbaik. Kalau Pakatan Rakyat ada rumusan terbaik sila lontarkan jangan la dok melalak sahaja cuba sekali mendengangkan irama lagu merdu......

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!