FOLLOW ME


Tuesday, 11 October 2011

AKU DAN UMNO PART 2 - BEZA BUDAYA KELAB UMNO DAN UMNO CAWANGAN/BAHAGIAN

Sambungan dari Aku dan UMNO Part 1....

Namun sewaktu bersama Kelab UMNO Jordan segala-galanya indah kalau dilihat dari sudut dalam kelab, maksud aku tiada persengketaan, tiada kem A atau kem B, sama-sama berganding bahu untuk menjayakan program-program yang dirancang dan dirangka. Tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Semangat kekeluargaan dan perpaduan amat menebal didalam sanubari setiap ahli kelab. aku benar-benar merasai pepatah bersatu teguh bercerai roboh merupakan pepatah yang amat tepat dan bermakna sekali ketika itu. Kalau melaksanakan program kami bergotong-royong melaksanakannya. Semua menyumbang tenaga secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan imbuhan. Tidak kenal atau tahu dengan istilah masyuk.  Sewaktu bersama Kelab UMNO ini aku mempelajari perjuangan anak-anak muda yang melangkah dalam perjuangan mengikut corak dan acuan mereka sendiri.
Ini semua berubah apabila aku kembali ke tanahair apabila aku mula berdampingan dan bersama mengikuti secara dekat UMNO di Bahagian dan Cawangan aku. Ia tidak sama sekali dengan apa yang aku gambarkan sewaktu bersama Kelab UMNO. Kalau dulu sewaktu bersama Kelab UMNO aku bersama rakan-rakan yang mencorakkan perjalanan Kelab dan kami yang menentukan samada Kelab UMNO ini akan berjaya atau tidak, kelab ini berjalan pada landasan yang betul atau tidak. Tetapi apabila kembali di tanahair dan berjinak-jinak dengan UMNO Bahagian dan Cawangan aku terasa semuanya seperti dicaturkan.  Aku terpaksa memilih kumpulan UMNO yang mana aku hendak bersama. Walaupun semua kumpulan ini adalah dari Bahagian yang sama.  Pemimpin yang bagaimana hendak aku sokong? Ada yang berjiwa korporat, ada yang berjiwa Melayu, ada yang lesu, ada yang pejuang bangsa ada yang perjuangan harta. Ada yang bermuka-muka dan ada yang gila kuasa. Pendek kata kita harus meletakkan diri kita pada perjuangan yang bagaimana dan siapa yang akan mendidik serta memberikan tunjuk ajar tentang perjuangan UMNO yang sebenar dan ikhlas ini kepada kita. Mereka itu tadi semua pejuang-pejuang UMNO dalam  Bahagian aku. Mereka itu semua membawa panji-panji keramat UMNO tetapi apakah harus  aku pelajari semua selok-belok dan cabang-cabang perjuangan itu? Akhirnya setelah aku amati, aku teliti aku memilih untuk mencontohi kepimpinan yang  berjiwa Melayu dan pejuangan Bangsa dan mencari siapakah yang selayaknya aku ikuti. Alhamdullillah mungkin dek kerana doktrin politik yang masih belum menebal dijiwai atau di warisi dari mereka-meraka yang terdahulu maka aku temui pada Pemuda. Semangat perjuangan melayu dan bangsa ini masih ada didalam Institusi Pemuda UMNO Bahagian Gombak namun tidak semua kerana ada yang sudah mula mengejar kepentingan diri melebihi kepentingan parti atau institusi. Melebihi Institusi UMNO Gombak itu sendiri.

Ada rakan aku menasihati aku, tak boleh ‘Najib’ ko kena kawan dan ikut semua. Ko kena belajar muka-muka, ko kena belajar gila kuasa, ko kena belajar perjuangan harta bak kata kena belajar semua, ini namanya politik.... namun hatiku tak boleh terima...kalau itu lah namanya politik aku rasa jijik pula dengan perkataan politik hingga kadang-kadang apabila orang atau rakan-rakan aku di luar Bahagian aku memanggil atau menggelar aku sebagai orang politik cepat-cepat betulkan mereka dengan menyatakan aku bukan seorang politician tetapi aku seorang pejuang. Aku lebih gemar dipanggil dengan nama seorang pejuang dari seorang politician. Bagi aku ini berbeza dan tidak boleh disamakan. Aku tidak mahu menerima ungkapan “ kau kawan politik aku” , kawan politik dengan kawan sejati lain. Kawan politik hari ini kawan esok boleh jadi musuh dan sebaliknya.  Orang politik dia akan merangka strategi dan melakukan perkara seperti menjatuhkan, mencantas, menyekat dan macam-macam lagi untuk memastikan dia sentiasa berada diatas. Namun bagi orang berjuang dia akan melakukan tugasan dan membantu parti secara ikhlas dan tidak mengharapkan balasan. Dia tidak akan mengejar jawatan dan tidak akan menjatuhkan  malah dia akan membimbing dan dengan mudah menyerahkan jawatan kepada muka baru atau bakat bakat baru sekiranya waktu memerlukan dia melakukan sebegitu. “Dia tidak menyesal atau berlengah-lengah untuk mengambil susur kiri dan memberi laluan kepada mereka yang laju untuk memotong mengikut susur kanan sekiranya ada tokoh baru dan muda yang lebih dynamic yang akan memberikan lebih kebaikkan dari kita  sekiranya tokoh ini yang membimbing dan menerajui kepimpinan parti di kawasan kita”. Semua ini dia akan lakukan demi kepentingan parti dan bangsa yang melebihi kepentingan diri.
Baru-baru ini aku dilontarkan dengan satu soalan, Ko berjuang untuk siapa? Aku tidak menjawab kerana ingin aku dengari jawapan si penanya itu tadi. Namun dalam hati aku berkata apalah soalan ini, bukankah kita semua didalam UMNO ini berjuang untuk bangsa, untuk generasi anak cucu kita, untuk Islam dan untuk negara? Namun jawapan yang aku terima amat mengecewakan aku, kita berjuang untuk diri kita sendiri, kita harus meletakkan matlamat satu hari nanti kita akan berada sama level dengan Boss kita atau lebih. Kalau jawapan ini digunakan didalam perjuangan dunia korporat yang mana kita meletakkan cita-cita untuk menggantikan boss di tempat kerja apabila dia bersara atau pergi meninggalkan syarikat kita aku setuju tetapi didalam UMNO apakah ini matlamat kita berjuang dalam UMNO. Untuk mengantikan boss kita, berjuang untuk mengejar jawatan? Ini bukan cara didikan ayah aku kepada aku didalam mengenal erti perjuangan. Perjuangan harus ada pengorbanan, perjuangan tidak harap balasan, perjuangan tidak harap diberi jawatan, perjuangan tidak mengharap sanjungan dan pujian. Ini perjuangan. Kalau kita berjuang mengharap balasan dan mengejar jawatan maka itu bukan perjuangan bagi aku itu adalah pekerjaan.  Ibarat  kata-kata ada kerja ada gaji, takde gaji takda kerja. Kalau dalam UMNO mungkin kita biasa dengar apa nak gantung bendera? Masyuk ker tak? Kalau masyuk ok. Apa nak sokong sipolan?  Boleh... janji masyuk.  Atau istilah Punch Kad atau scenario bila boss ada dia paling rajin bila boss takde batang hidung pun tak nampak. Kerja dilakukan tidak ikhlas tetapi nak membodek boss... budaya Yes Boss dan sebagainya.

Mungkin dek sebab budaya yang sebegini telah dimulakan oleh abang-abang kita yang telah habis umur dalam Pemuda ini maka aku  yang mula belajar politik dalam Pemuda ini terikut dan diberikan pelajaran politik sebegini.  Ianya ibarat diwariskan kepada generasi pelapis dari abang-abang atau pakcik-pakcik kita. Mungkin budaya ini lah yang dimaksudkan oleh YAB PM kerap kali dalam ucapan beliau harus diubah... UMNO harus berubah, UMNO harus melakukan Transformasi politik sekiranya UMNO ingin terus relevan dan ingin terus menjadi satu-satunya parti yang benar-benar memperjuangkan hak dan survival bangsa Melayu ini.
Namun bagi seorang perjuang yang masih ramai didalam UMNO ini aku rasa mereka tidak perlu habuan, tidak perlu masyuk, boss ada ker boss takde ker kerja dilakukan sama sahaja iaitu dengan sebaik mungkin. Boss nampak ker boss tak nampak ker tidak penting janji kerja beres. Cukup dengan ucapan terima kasih atau kata arahan kepercayaan untuk kita melakukan tugasan seterusnya sudah memadai yang mana ini menandakan boss kita percaya dan terima hasil kerja kita. Cukup rasa diri diperlukan untuk membantu kerja-kerja parti maka orang ini akan berjuang habis-habisan. Seperti pejuang UMNO dan tokoh-tokoh UMNO era 70an dan 80an dahulu yang masih hidup. Mereka sebelum ini lama menyepi diri dari arena politik cawangan atau Bahagian mereka namun hari ini kita lihat mereka ini sudah mula keluar kembali kerana mereka merasakan diri mereka diperlukan kembali untuk membantu UMNO dikawasan mereka, untuk membantu UMNO menawan kembali negeri-negeri yang telah hilang dari UMNO. Seperti di Selangor, mereka sudah mula bergerak kembali, ada yang melalui UMNO sendiri dan tidak kurang pula melalui NGO-NGO. Kalau di Gombak ini kita lihat tokoh-tokoh lama yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa dalam politik Gombak sudah mula keluar kembali. Nama-nama hebat didalam sejarah politik Gombak satu ketika dulu seperti, Tan Sri Paduka Zaleha mantan ahli Parlimen (Menteri), Dato’ Dr. Rahman Ismail mantan ahli Parlimen, Datuk Kaharudin Momin mantan Exco Selangor, Dato’ Rakibah Abdul Manap mantan Exco Selangor, Dato Fuad Hassan mantan Exco Selangor semuanya sudah mula keluar kembali dan mereka ini melalui cara mereka tersendiri membantu mana yang mampu seikhlas hati untuk memastikan kemenangan UMNO menawan kembali Gombak khususnya dan Selangor amnya.

Aku terasa sedih apabila mendengar luahan bapaku setiap kali kalau dia balik dari luar negara, abah tak tahan apabila sampai di KLIA dan turun dari pesawat dan jejak kaki ke tanahair, ke tanah Selangor ke tanah Sepang. Tanah ini, pembangunan ini, kemajuan ini semua hasil perjuangan Barisan Nasional dan UMNO Selangor lebih 50 tahun kita bangun, kita majukan hingga KLIA terbina di Selangor ini. Namun kini ianya ditangan pembangkang, penat jerih perjuangan kita  membina membangunkan negeri tetapi apabila dah siap semuanya, ia menjadi milik pembangkang. Mungkin ini juga perasaan yang dirasai oleh YAB Perdana Menteri apabila peluang ke tanahair dari luar negara kerana negeri yang pertama beliau jejaki sekembalinya beliau dari luar negeri ialah negeri dimiliki oleh pembangkang. Namun bapaku bersama tokoh-tokoh UMNO Gombak yang lain tidak patah semangat hatta tidak mempunyai apa-apa jawatan didalam UMNO Bahagian sekalipun mereka ini masih berjuang dengan cara mereka sendiri untuk membantu UMNO walaupun ramai yang tidak tahu atau hargainya tapi mereka tetap berjuang. Ini perjuangan dan bukan berpolitik.

Ini acuan dan didikan politik yang cuba aku semati dan aku pelajari. Aku lihat nilai ini juga ada didalam diri kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Gombak samada kita nampak atau kita sedari. Selagi ini menjadi pegangan dan selagi Pemuda UMNO Gombak menjadikan ianya sebagai paksi maka aku rasa kita di dalam Pemuda UMNO Gombak berada pada landasan yang tepat. Kita harus pastikan paksi ini tidak dianjak atau beralih dan ianya berkesinambungan dan terus menjadi pegangan setiap ahli Pemuda UMNO Gombak itu sendiri. Transformasi seperti yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri akan hanya terlaksana apabila ianya dimulakan dari golongan orang muda dan kepimpinan muda baik Pemuda atau Puteri. Kerana kalau Pemuda dan Puteri telah kembali ke pada perjuangan ikhlas dan hakiki maka suatu hari nanti mereka ini melangkah lebih tinggi meninggalkan arena Pemuda dan Puteri, diharap landasan dan paksi ini telah sebati dan dipegang terus oleh mereka apabila mereka memegang jawatan di peringkat Bahagian. Pada ketika itu baru lah kita boleh menyatakan UMNO, Bahagian kita telah berjaya menjalani transformasi. Ini sudah pasti akan mengambil masa yang lama, 3-4 penggal roda Pemilihan UMNO namun usaha kearah itu harus dimulakan dan terus diperkasakan. (Bersambung...Nantikan Aku dan UMNO Part 3)

Gombak!!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!