FOLLOW ME


Sunday 4 March 2012

YAB PM DATO' SERI NAJIB 1 ANWAR IBRAHIM 0 ... MOHON MAAF

Kemana tumpahnya Lauk kalau tak ke Nasi..... Muka kedua-duanya kelihatan humble..berjiwa rakyat!!!

 Firman Allah :

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali Imran/3: 133-134).

Jika dibandingkan antara memaafkan dengan meminta maaf, tentu jauh lebih sulit memaafkan. Namun, tidak sedikit di antara kita yang lebih menuntut orang lain meminta maaf, bahkan jika perlu minta maaf secara terbuka kepada umum. Padahal meminta maaf merupakan sikap yang sangat wajar dilakukan oleh orang yang telah melakukan kesalahan. Sementara memaafkan merupakan sikap yang amat sulit dilakukan, terlebih kepada orang yang jelas melakukan penganiayaan dan ada kesempatan untuk membalasnya melalui hukum atau cara lainnya. Namun kadang-kadang bagi mereka yang berjiwa besar  amat mudah untuk memohon maaf walaupun kita tidak melakukan kesalahan tersebut tetapi dek kerana perasaan kasih sayang yang amat tinggi didalam diri kita menyebabkan kita sanggup merendahkan mertabat dan keegoaan kita dan mengaku kononnya kita yang bersalah dan kita  memohon maaf demi mereda dan menjernihkan keadaan. 

No Comment lah MNK bab raut wajah nie.....

Dalam hukum Islam, dikenal istilah qishas, artinya mengambil pembalasan yang sama. Namun al-Qur’an tetap menuntut kita untuk memaafkan sehingga ampunan dan rahmat Allah senantiasa dilimpahkan

(Qs. Al-Baqarah/2 : 178 dan Al-Ma’idah/5: 45). Dalam Q.S. Asy-Syura: 40 Allah juga berfirman:

 “…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.”

Bagi MNK tindakan YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak memohon maaf bagi pihak Barisan Nasional atas apa jua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin Barisan Nasional pada masa-masa lampau hinggakan rakyat menghukum Barisan Nasional pada PRU12 adalah satu bukti sifat rendah diri, keikhlasan serta jiwa besar Perdana Menteri kita yang benar-benar menyerahkan dan memberikan segala tenaga dan pengorbanan kepada rakyat Malaysia dalam menerajui Malaysia kearah kemajuan dan kebaikkan yang lebih baik agar rakyat Malaysia mendapat kehidupan yang lebih sempurna dan jaya.

Kalau dilihat mungkin bukan salah beliau dan rakyat tidak marahkan beliau pada PRU12 tetapi rakyat mengambil pendekatan akibat nyamuk seekor habis kelambu dibakar atau akibat nila setitik rosak susu sebelanga tetapi YAB PM kita ialah insan yang bertanggung-jawab oleh kerana kini beliau menduduki kerusi Pengerusi BN jadi beliau mengambil bebanan dan tanggungan yang ditinggalkan bersama jawatan yang diserahkan kepada beliau. Jadi perasaan marah yang dahulunya wujud dikalangan rakyat kepada BN kini terpaksa digalas dan ditanggung oleh YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak. Menyedari ini maka Perdana Menteri kita yang berjiwa besar ini telah memohon maaf.

Bersih dan Tenang wajah Pemimpin Negara Kita YAB Dato' Seri Najib Tun Razak
Kalau pemimpin nombor satu negara kita YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak boleh memohon maaf kepada kita, bagaimana pula kita sebagai rakyat jelata negara ini? Apa kah kita terlalu hebat untuk memaafkan dan turut memohon maaf?  Bukankah saling bermaaf-maafan itu perkara yang dituntut didalam Islam? Bukan kah jelas didalam Al-Quran ciri orang yang bertaqwa salah satunya ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain?

Tu dia kalu lagu nie jangan harap la MNK nak maafkan
Firman Allah: Surah Al-Imran Ayat 133-136

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
  
Jelas terpampang keikhlasan pada raut wajah YAB PM. MNK Cair dan memaafkan yaaa.....
YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak,

MNK memaafkan segala kesalahan YAB PM Dato' Seri dan juga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kini dan terdahulu. MNK juga ingin memohon maaf kepada YAB Dato' Seri Najib Tun Razak dan juga seluruh kepimpinan Barisan Nasional sekiranya ada kesalahan yang MNK lakukan terhadap YAB PM sendiri atau mana-mana individu atau parti yang MNK sedar atau tidak.

Maafkan ya! MNK janji PRU13 pasti MNK undi Barisan Nasional.....

Gombak!!! Gempur!!!



WAJIB BACA!!!