FOLLOW ME


Tuesday 20 March 2012

SAMPAHKU SAMPAHMU JUA! PESTA SAMPAH DI SELANGOR! TQ House PK



Kat Gombak masalah sampah ini sudah lama dibangkitkan malah pernah dikeluarkan dalam Bernama pada 2009 lagi namun tiada perubahan dan tidak pernah diendahkan sekarang dah berjangkit agaknya satu Selangor timbul masalah Sampah ini. Sila baca KLIK SINI!!!

Tak kurang pula rakyat yang mengadu misalnya di Batu 10 Gombak seperti yang

Apa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor khususnya PAS di Gombak ini lupa kepada negara kebajikan yang mereka dok war-warkan sekarang ini. Apa ini bukan salah satu kebajikan ker menjaga kesihatan dan keselesaan rakyat di Selangor ini? Apa dek kerana nak jimat jadi mereka tak bayar kontraktor untuk kutip sampah? Ehh silap...ada Kontraktor Sampah dilantik, tender pun dikeluarkan cuma yang MNK heran kenapa agaknya di berikan tender kutip sampah ini kepada kontraktor yang takd lori sampah? Lepas tu kerajaan negeri pulak keluar dan guna duit rakyat untuk beli 50 kompaktor Sampah lepas tu bagi ker sewa ker kepada syarikat yang diberikan tender kutip sampah itu pulak...tak tahu lah MNK. Kalau Kerajaan negeri dah beli kompaktor sampah, kerajaan negeri jerlah kutip sampah tak payah bagi kat syarikat swasta tadi... 

Dulu masa kerajaan BN memerintah tak timbul pun permasalahan sampah ini. Ini jelas membuktikan Kecekapan pentadbiran Kerajaan BN Selangor hingga sampah pun diurus dengan baik. Mungkin Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat takpa la biar lah masalah sampah ini dulu sebab nak selesai banyak lagi masalah lain yang mereka sendiri cipta dan mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu untuk mengatasinya. Ataupun mereka tahu masa dah dekat pilihanraya dan mereka tiada masa lagi kerana masih banyak lagi kekayaan negeri yang mereka nak curi kenapa nak bazir duit tu untuk selesai kan masalah sampah di Selangor ini. Kita biar sampah tu berlonggok lepas tu kita peruntukan untuk membeli kompektor Sampah sebanyak 50 dan satu berharga hampir 100,000 seunit kali 50 biji..wooowww byk tu...komisien yang dapat supply, introducer etc etc tu banyak wooo dpt la samun lagi.

Baca Selanjutnya di sini....KLIK SINI!!!: Exco PBT Selangor mengumumkan dengan bangganya Kerajaan Selangor akan membeli 50 Compactor ataupun Lori sampah untuk disewakan kepada kont...

WAJIB BACA!!!