FOLLOW ME


Monday 26 March 2012

INI KERJA ADUN PAKATAN RAKYAT SELANGOR DALAM DEWAN??? TQ THE DUKE'S


Patutlah pelbagai masalah timbul di negeri Selangor ini selepas Pakatan Rakyat mengambil kuasa kerajaan negeri pada PRU12 hingga ke hari ini. Masalah Pasir,Air,Sampah tak termasuk pengurusan asset dan harta kerajaan negeri seperti PKNS, Yayasan Selangor dan lain lain. Rupa-rupanya ini kerja Adun-Adun Pakatan Rakyat di Selangor ini. Walhal tempat tersebut adalah tempat keramat dimana anda dipertanggung-jawabkan untuk membawa usul dan dasar baru untuk kebaikan rakyat Selangor dan kemajuan Negeri Selangor. Bukan calang-calang orang boleh duduk di kerusi itu dan bukan senang nak dapat duduk kat kerusi itu. Berat tanggung-jawab dan amanah yang kena pikul mewakili ribuan rakyat dikawasan kita sekurang-kurangnya kalau tak nak pikir tanggung-jawab rakyat satu Selangor.



Tapi ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Kalau dalam pepatah minang pulak berbunyi.... 

Bak caro tontoang diladang,
umpamo pahek ditokok juo barunyo makan,
urang-urang ditanggah sawah digoyang dulu baru manggariek.


Maksudnya - Seseorang yang tidak tahu kepada tugas dan kewajibannya sehingga selalu menunggu perintah dari atasan, tidak mempunyai inisiatif dalam kehidupan.

Mereka ini tidak tahu apa tugas mereka dalam Dewan dan sebagai ADUN, apa tanggung-jawab dan amanah yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka sebagai wakil kepada rakyat. Ataupun mereka tidak boleh berbuat apa apa kerana hanya menurut perintah DAP sahaja. Jadi tiada guna mereka membawa apa apa usul dan dasar kerana ditapis dan telah di tolak kot oleh DAP sebelum masuk ke dewan tak pun kalau bawa nanti mereka akan dipecat dan di beri amaran oleh DAP dan Anwar. Jadi baik aku tido dan layan FB jer dalam Dewan tetapi berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu dimana hampir selama 50 tahun membina dan melaksanakan dan mengubal dasar-dasar kerajaan negeri hingga memacu Selangor ke negara maju.

Inilah hasilnya kalau kita salah memilih wakil rakyat kita. Ini lah akibatnya kalau kita tidak memilih mengikut penilaian yang waras. Jangan kita ulangi kesilapan kita yang lalu, mari kita perbetulkan kesilapan kita pada PRU 13 yang akan datang. Kita pakat tolak wakil-wakil Pakatan Rakyat dari Selangor.....

Kalau kita pilih Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti ini apa mereka akan lakukan....membawa usul dan membahaskan usul atau dasar demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Selangor seperti gambar dibawah ini.




Gombak!!! Gempur!!!




 Baca Selanjutnya....KLIK SINI!!!:

WAJIB BACA!!!