Rupanya bukan Abby sahaja yang artis tak berapa nak famous satu ketika dulu yang terang-terangan menyatakan sokongan kepada parti politik. Namun yang kesiannya kat artis sorang ini dia menyertai parti politik yang mengajar beliau menfitnah dan mengutuk kerajaan Barisan Nasional dan Parti UMNO yang memperjuangkan Melayu dan Islam. Atas alasan hendak bertaubat dan mendekati Allah si Abby telah tersalah jalan kerana berpolitik bukan cara yang tepat dalam kita mencari jalan mendekati Allah. Ingatkan Abby sahaja dan berapa kerat artis tak berapa nak laku menyatakan sokongan dan menyertai parti PAS, rupanya ramai juga artis lain yang tidak mengejar publisiti murahan menyatakan sokongan mereka secara terang kepada parti politik.
Thursday, 27 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
DAP CABAR RAJA MELAYU.
Sebelum muncul Parti Keadilan Rakyat dan Al-Liwati tidak pernah kita dengar tentang kebiadaban DAP dan pemimpin mereka terhadap Raja-raja Melayu secara terbuka. Tidak pernah kita dengar atau lihat DAP atau mana-mana pihak berani mencabar Raja-raja Melayu secara terang-terangan. Tetapi selepas wujudnya Parti Keadilan dan Al-liwati menunjukkan wajah sebenar beliau apa yang terjadi? Terbaru Karpal Singh sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar beliau terhadap Raja-raja Melayu apabila memberi amaran kepada pemimpin DAP agar jangan menerima anugerah Dato' dari Sultan.
Tuesday, 25 December 2012
MAKIN RAMAI SOKONG BN GOMBAK LEPAS INSIDEN BERDARAH DI BT 8 GOMBAK
Walaupun Pemuda UMNO Gombak dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak dilabel dan dituduh sebagai samseng oleh pihak pembangkang dalam usaha jahat mereka untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin sebagai pemimpin muda Gombak yang berpotensi besar dan semakin dekat dengan hati rakyat Gombak. Tindakan yang dilihat sebagai tindakan terdesak pembangkang oleh rakyat khususnya rakyat Gombak ini tidak lain dan tidak bukan kerana perasan takut dengan realiti yang mereka mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN di Gombak ini. Jadi seperti lazimnya bila mereka tidak mampun bersaing dengan cara sihat dalam segi gerak-kerja dan memberi khidmat kepada rakyat dalam menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat khususnya di Parlimen Gombak ini mereka akan serang pribadi pemimpin Barisan Nasional di Gombak ini. Perkara yang sama dilakukan terhadap Pemimpin Negara Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak malah bukan sahaja beliau, isteri dan keluarga beliau turut difitnah dan dituduh dengan pelbagai penipuan dalam usaha mengekang peningkatan populariti Perdana Menteri yang semakin hari semakin berputik dihati rakyat Malaysia.
Thursday, 20 December 2012
NIK AZIZ TIDAK SIHAT????
"Insya-Allah...apa saja yang UMNO tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz
Inilah pemikiran sempit seorang tokoh hebat yang memimpin sebuah gerakan politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Apakah ini yang diajar oleh Rasullulah tentang perjuangan Islam. Bagi pemikiran mudah MNK siapa kata nak bertanding politik tidak perlu kepada tubuh sihat. Dalam semua hal dan aspek kehidupan seorang Islam menitik beratkan kesihatan. Lihat sahaja hadis Rasullullah S.A.W berikut.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)
Monday, 17 December 2012
AKEDEMI UMNO - APA SEBENARNYA YANG KITA MAHU???
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 tempoh hari, akhirnya YAB Presiden Parti telah mengumumkan satu initiatif baru dalam UMNO buat julung kali dalam sejarah UMNO yang dah berumur 66 tahun ini. Pengumuman yang mana pada hemat MNK memang patut dilaksanakan malah lebih awal lagi patut diadakan namun begitu bak kata pepatah Inggeris is better late than never. Pemuda UMNO Gombak pada Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Bahagian Gombak 2011 telah membahaskan dalam perkara ini dalam perbahasan membahaskan usul pendidikan UMNO Bahagian Gombak ketika itu. Baca Selanjutnya.... Bezanya cuma pada ketika itu nama diberi oleh Pergerakan Pemuda UMNO Gombak ialah Kolej UMNO tetapi pada PAU 2012 YAB Presiden telah mengumumkan UMNO akan membina dan mewujudkan sebuah Akedemi UMNO.
APA KOMEN AHLI PEMUDA ISLAM PAS AGAKNYA...
Dato' Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa perlu pembelaan kepada pemuda-pemuda Islam di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia melalui penulisan beliau seperti berikut.
Perubahan ketara sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara. Ia adalah terlalu awal untuk menilai secara muktamad tentang punca, tetapi saya percaya ia adalah perkara biasa: orang muda dalam masyarakat Islam menghadapi defisit peluang.
Wednesday, 12 December 2012
VIDEO SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Bahang dan Semangat yang lahir dari Perhimpunan Agung 2012 UMNO mungkin dah mula malap agaknya sekarang ini dan mungkin agak terlambat MNK mengeluarkan video sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini kerana begitu sibuk dengan kerja harian dan juga isu-isu hangat setempat MNK di Gombak yang kecoh seantero Malaya baru-baru ini. Namun MNK keluarkan jugak lah Video ini agar ia menjadi penyala api semangat dan membuat kita segar semula menjadi ingatan kepada setiap Ketua Bahagian, Ketua Cawangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri yang hadir juga kepada ahli biasa yang baik menjadi perwakilan atau hadir di PWTC malah yang hanya menonton di kaca tv. Jalankan lah tanggung-jawab yang diamanahkan untuk menyampaikan amanat yang telah diberikan oleh pimpinan parti dan melaksanakan juga tugas-tugas yang dipertanggung-jawabkan untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti.
Note MNK: Kena selalu main video-video PAU 2012 ni agar lekat di kepala dan hati sebab bak kata Tun M, Melayu Mudah Lupa....
BUAT ADIK-ADIK PARA PERWAKILAN KELAB UMNO LUAR NEGARA...PART 2
Sambungan......
Untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang melibatkan kemahiran seperti pengucapan awam, debat dan pembangunan jiwa dan keperibadian bagi menyediakan diri mereka selaku pemimpin pelapis UMNO dan bukan hanya sekadar aktiviti sukan atau aktiviti hiburan semata-mata. Saya berfikir bahawa sekretariat harus mempertimbangkan apa sebenarnya peranan KULN kepada UMNO. Sejak dari pengalaman peribadi saya dengan UMNO di Malaysia dan di kampung saya selepas berakhirnya hari-hari saya sebagai pelajar adalah tidak seperti apa yang saya alami dan lalui semasa hari-hari saya di Kelab UMNO Jordan. Apa yang saya suarakan di atas pada hemat saya amat diperlukan untuk benar-benar menyediakan semua Pengerusi atau pemimpin yang berpotensi dari Kelab UMNO Luar Negara agar dapat menyesuaikan diri dan membiasakan diri dengan budaya UMNO dan proses UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian di Malaysia.
Wednesday, 5 December 2012
VIDEO KISAH SEBENAR PEMUDA UMNO GOMBAK BERTEMPIR DENGAN ASKAR UPAHAN ANWAR - SIRI 2
Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Limbong, Tok Gajah, Antanom, Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Dato' Bahaman dan ramai lagi kesemua dulunya di labelkan sebagai samseng dan pemberontak kerana memperjuangkan yang hak dan kebenaran sewaktu zaman penjajah. Siapa yang melabel mereka ini kalau bukan penjajah ketika itu puak British. Ini cerita 50-60 tahun dahulu ketika Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan. Pihak penjajah ketika itu ingin mengaburi mata rakyat dengan melabelkan mereka ini pejuang-pejuang Bangsa ini sebagai samseng dan penjenayah. Tapi kini dizaman moden kita sekali lagi di ancam dengan situasi yang sama. Kita sekali lagi mungkin akan dijajah kembali tetapi bukan penjajahan secara kasar dan keras melalui peperangan tetapi penjajahan secara halus melalui landasan undang-undang yang dibenarkan. Penjajahan dari dalaman.
VIDEO DETIK SEBELUM PERGADUHAN SAMSENG PKR DENGAN PEMUDA UMNO GOMBAK SIRI 1
Mari lihat sendiri niat murni Pemuda UMNO Gombak untuk membela pemimpin tersayang mereka YAB Presiden parti Dato' Seri Najib Tun Razak dari di maki dan difitnah oleh insan bernama Anwar Ibrahim di Gombak ini dengan mengadakan demonstrasi aman di Batu 8 Gombak. Namun demonstrasi aman ini telah bertukar menjadi pergaduhan dek kerana samseng upahan Anwar Ibrahim yang di import masuk ke Gombak untuk menimbulkan kekecohan.
BUKTI NIAT JAHAT PAKATAN HARAM PADA CERAMAH DI GOMBAK TERBONGKAR...
Kecoh didalam Alam Maya terutama dari pihak pencacai blogger pembangkang memainkan konon mereka di serang oleh Pemuda UMNO Gombak rentetan siri jelajah Merdeka Rakyat Anwar yang mana Anwar telah bertandang ke Bt. 8, Gombak. Inilah modal sedikit yang mereka ada tak habis-habis memutar belitkan fakta kejadian sebenar.
Salah satu auta mereka ibarat sifu mereka Anwar ialah ada salah sorang penyokong mereka ditikam dengan benda tajam. Apa benda tajam tu pisau ker parang ker, pensil ker? Dalam otak MNK kalau benda tajam dan kalau istilah tikam ini adalah pisau atau parang kecil yang hujungnya tajam.
Tuesday, 4 December 2012
ANWAR BERANG DI GOMBAK YANG SAMBUT IALAH RATUSAN PEMUDA UMNO GOMBAK
VIDEO PERTEMPURAN PEMUDA UMNO GOMBAK DENGAN PUAK UPAHAN PAKATAN RAKYAT
GOMBAK!!!!GEMPUR!!!!
Monday, 3 December 2012
BUAT ADIK-ADIK PARA PERWAKILAN KELAB UMNO LUAR NEGARA...Part 1
Saya percaya kebanyakan daripada kita semua yang menyertai Kelab UMNO Luar Negara adalah kerana cinta kita dan rasa kasih dan sayang kita pada UMNO. Kita mempunyai impian bahawa satu hari apabila kita kembali selama-lamanya di tanah air kita, kita akan menyokong dan menyumbang kepada perjuangan UMNO. Dilengkapi dengan kelayakan profesional kita akan memperjuangkan UMNO dan memberikan serta membalas budi UMNO kembali dengan mencurahkan bakti kepada masyarakat di kampung kita. Walau bagaimanapun sedih untuk mengatakan bahawa dari pengalaman saya ia tidak begitu mudah dan apa-apa yang saya pelajari semasa hari-hari saya di KULN tidak berapa membantu saya ke arah itu. Hanya impian dan visi yang membara sahaja yang saya mampu bawa pulang sebagai bekalan yang saya perolehi sebagai ahli Kelab UMNO dan Pengerusi Kelab. Saya percaya terdapat cara dan jalan di mana kita boleh meningkatkan dan menambah baik serta memaksimakan kewujudan KULN ini
VIDEO KJ TOLAK JADI CALON PRU13?
Pasti ramai di yang gembira dan ramai pula yang berduka apabila melihat rakaman video ini dimana Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan bahawa beliau tidak mahu jadi calon, beliau tidak kisah dan tidak mengharap sangat untuk dipilih jadi calon pada PRU 13 itu nanti tetapi beliau ingin contohi serikandi dan pejuang-pejuang UMNO diluar sana yang tak punya apa-apa jawatan tetapi tetap setia dengan parti, itu erti kesetiaan yang sebenar, muka-muka yang tidak dikenali atau disanjung tetapi tetap kekal menjunjung kesetiaan.
VIDEO PAU 2012 (PERGULUNGAN - ADA MATA PANDANG ADA TELINGA DENGAR!!!)
Cukup menarik pada Perhimpunan Agung 2012 UMNO kali ini dan benarlah UMNO telah menjalani Transformasi baik dari gerak-kerja, etika-budaya dan perjuangannya malah sifat para pemimpin hinggalah ker akar umbi yang mana setelah mengalami kejutan pada PRU12 yang UMNO dan Barisan Nasional telah kehilangan 4 buah negeri. Kini Transformasi yang dibawa dan digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak telah mula membuahkan hasil.