Pada tanggal 11/02/2012 hingga 12/02/2012 Pengarah Jentera Pilihanraya BN DUN Gombak Setia merangkap Penyelaras BN DUN Gombak Setia iaitu Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad telah menganjurkan Program Kursus Pemantapan Jentera Pilihanraya DUN Gombak Setia bertempat di Corus Hotel Port Dickson. Seramai 130 orang peserta yang terdiri dari Ketua-Ketua PDM DUN Gombak Setia, Ketua Wanita PDM, Ketua Pemuda PDM, Ketua Puteri PDM, Ketua-ketua UMNO Cawangan DUN Gombak Setia dan JKKKP DUN Gombak Setia telah menyertai kursus ini.
Kata Datuk Said Anuar Said Ahmad tujuan utama kursus ini adalah untuk mengeratkan ikatan perpaduan dan silahturrahim dikalangan jentera-jentera PRU 13 DUN Gombak Setia bagi mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang padu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRU yang 13 nanti. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengulangkaji kerja-kerja dan tanggung-jawab setiap Ketua-ketua portfolio PRU dan juga penerangan kepada mereka yang pertama kali dilantik menjadi jentera khususnya kepada Pemuda dan Puteri DUN Gombak Setia.
Peserta-peserta kursus sedang kusyuk mendengar penerangan termasuk Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad |
Apa pun MNK yang turut menyertai kursus ini berpendapat kursus ini amat baik sekali dan amat bertepatan dijalankan kepada jentera-jentera PRU DUN Gombak Setia ini. Memandangkan kita sedang bersiap siaga untuk menghadapi PRU maka perlu diberikan teknik dan cara-cara atau tips-tips kepada jentera-jentera dalam melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Sekarang ini selain kita perlu berkerja keras untuk memastikan kemenangan kita pada PRU kita juga harus bekerja 'Smart'. Ini yang kadang-kadang kita dalam UMNO kelihatan agak tertinggal berbanding parti pembangkang.
Kita yang asyik mengadaptasikan "Work Hard" hingga kita terlupa kita juga perlu "Work Smart". Namun itu telah berjaya diselesaikan oleh Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Gombak Setia dengan penganjuran Program Pemantapan Jentera PRU ini. Seperti kata penceramah pertama yang mana untuk kita berjaya kita kena punya ilmu, dengan ilmu baru kita boleh merangka strategi yang terbaik untuk memastikan kita menang dalam peperangan ini.
Ibarat penulisan Machiavelli tentang kawasan(terrain).
“He [the prince] should, therefore, never take his mind from this exercise of war, and in peacetime he must train himself more than in time of war.…He must also learn the nature of the terrain, and know how mountains slope, how valleys open, how plains lie, and understand the nature of rivers and swamps; and he should devote much attention to such activities,
Kita mesti tahu kekuatan kita sebelum kita pergi berperang, Kita kena tahu struktur Geografi tempat kita nak berperang. Misalnya kalau kita nak apply kan dalam PRU seperti di Gombak Setia misalnya kata kata Machiavelli ini ialah seperti kita kena tahu ada berapa Masjid/Surau/Rumah Ibadat bangsa lain/ Persatuan NGO/ Persatuan PIBG/Sekolah/ Imam/Guru-guru/Persatuan Belia/Pengundi dan lain-lain. Kena tahu kelompok masyarakat dan penempatan mereka seperti suku Minang/Suku Jawa/ Suku Boyan/ Suku Melayu Asli/ Orang India/Orang Cina etc etc. Kerana itu semua merangkumi lapangan(terrain) tempat kita hendak berperang ini. Dengan mengetahui maklumat itu semua akan menjadi mudah kita merangka strategi dan taktik peperangan kita.
Kelihatan dua Ketua PDM Pemuda Rantau Gombak antara mereka yang mewakili golongan belia dan orang muda Kampung-kampung Tradisi sedang merangka dan membuat resolusi untuk dimuatkan dalam manifesto BN DUN Gombak Setia bagi memperjuangkan nasib golongan muda. |
Ingat kedua-duanya penting kerana ibarat kata Sun Tzu "Strategy without tactics is the slowest route to victory. Tactics without strategy is the noise before defeat"
Apa pun banyak ilmu diperolehi oleh jentera-jentera PRU DUN Gombak Setia dengan adanya kursus ini. Penceramah yang terdiri dari penceramah hebat-hebat yang menberi dan berkongsi ilmu dan pengalaman juga amat menarik sekali dan berjaya memberikan impak dan kesan yang amat mendalam kepada peserta-peserta kursus. Antara-antara mereka yang telah berkongsi cerita, pengalaman dan ilmu mereka kepada perserta ialah Dr.Sidek Baba pensyarah UIAM, Dato' Fuad Hassan Ketua Pengarah JASA, YB Dato' Abdul Shukur Idrus Ketua Perhubungan Negeri Selangor yang mana mereka ini semua tokoh-tokoh dari Gombak atau berdekatan dengan Gombak yang mana mereka arif sangat hal-hal di Gombak dan sejarah serta perkembangan di Gombak.
Di akhir kursus, peserta juga telah dipecahkan kepada kumpulan yang mana mereka di asingkan mengikut PDM merangkumi Kampung-kampung Tradisi dan PDM-PDM merangkumi taman-taman. Mereka ini telah mengutarakan permasalahan dan apa saja cadangan bagi kesemua peringkat yang mana ianya dia bincang dan dibahaskan dan akhirnya akan dikumpul menjadi manifesto BN dan UMNO khususnya untuk DUN Gombak Setia. Ini bagi MNK amat bijak dan tepat kerana lepas ini kesemua jentera ini bekerja dan memperjuangkan untuk kemenangan PRU bagi BN dan UMNO agar perjuangan pembelaan mereka yang termaktub dalam manifesto itu nanti akan memberikan satu semangat dan makna yang begitu mendalam termasuk bagi diri MNK sendiri. Contoh salah satu yang termaktub dalam manifesto ialah pembelaan nasib golongan belia dan anak muda di Kampung Tradisi maka bila jentera Pemuda berkerja keras untuk kemenangan PRU 13 di DUN Gombak Setia ialah kerana mereka mewakili ribuan golongan anak muda di DUN Gombak Setia agar apa yang telah dipersetujui didalam manifesto tersebut dapat dilaksanakan kerana kita telah merampas kembali kuasa kerajaan negeri.
Ini perjuangan dan matlamat kesemua jentera-jentera DUN Gombak Setia yang mana akhir sekali telah sama-sama melafazkan ikrar taat setia seperti mana yang telah dilafazkan oleh mereka yang hadir keperhimpunan Agung UMNO yang lepas dimana pembacaan ikrar tersebut di ketuai sendiri oleh Timbalan Presiden Parti kita iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada penghujung kursus ini, kesemua Ketua PDM termasuk Ketua Sayap PDM Wanita, Pemuda dan Puteri juga telah menerima watikah lantikan masing-masing yang telah disampaikan oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri iaitu Dato' Shafei Abdullah pada majlis penutup. Namun apa yang menarik pada MNK ialah kesemua jentera PRU DUN Gombak Setia telah melafazkan sumpah ikrar walau siapa pun calon BN DUN Gombak Setia mereka akan tetap berkerja keras bagi memastikan Calon Barisan Nasional menang di DUN Gombak Setia seterusnya menyumbang kepada kemenangan Parlimen Gombak dan Selangor. Bersesuaian dengan Tema Program ini "Selamat DUN Gombak Setia, Selamat lah Selangor"....
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras BN Dun Gombak Setia merangkap Pengarah Jentera BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang telah melaksanakan kursus ini dan diharapkan selepas ini kedua-dua DUN di Parlimen Gombak akan segera melaksanakan kursus seumpama ini.
Gombak!!! Gempur!!!
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras BN Dun Gombak Setia merangkap Pengarah Jentera BN DUN Gombak Setia Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad yang telah melaksanakan kursus ini dan diharapkan selepas ini kedua-dua DUN di Parlimen Gombak akan segera melaksanakan kursus seumpama ini.
Gombak!!! Gempur!!!