FOLLOW ME


Thursday, 5 January 2012

DENDAM DAP PADA MELAYU....

Semalam MNK mengikuti satu program Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bajet 2012 yang dianjurkan Pusat Daerah Mengundi Kampung Nakhoda, Batu Caves. Program penerangan ini telah dilakukan oleh Penceramah Jemputan iaitu Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor YB Dato’ Satim Diman dan juga Panel Pemikir JASA Tn. Haji Yahaya bin Abdullah. Sambutan terhadap program dari penduduk setempat amat memberangsangkan dan seperti memberi satu keyakinan baru kepada UMNO Gombak yang mana iainya seperti memberi satu gambaran yang orang Melayu sudah mula kembali bersama UMNO di Gombak. Mereka sudah muak dan meluat dengan segala janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir urus negeri Selangor.
Penceramah pertama iaitu YB Dato’ Satim Diman pula memberikan penjelasan yang amat padat dan tepat dalam bahasa yang mudah difahami dan lengkap dengan visual untuk memudah dan memberi gambaran yang begitu jelas kepada rakyat yang hadir untuk mendengar penjelasan berhubung segala permasalahan dan hal sebenar keadaan negeri Selangor sekarang ini yang dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Baik dari isu pasir bagaimana Menteri Besar Pakatan Rakyat sekarang ini memperbodohkan Duli Tuanku Sultan Selangor dan rakyat Selangor dengan pembohongan kononnya dibawah Pakatan Rakyat oleh kerana kononnya pentadbiran mereka yang hebat dan telus boleh menjana pendapatan negeri Selangor dari pasir sahaja sebanyak 150 juta. Rakyat yang hadir dilontarkan dengan satu persoalan untuk memikir sendiri dan buat penilaian siapa nak pangkah masa PRU 13 nanti. Persoalannya "Mengapa begitu banyak tanah kerajaan dan tanah persendirian dibenarkan menjalani kegiatan perlombongan pasir tetapi hasil hanya sekitar RM 4 juta setahun. Ini jauh berbeza dengan zaman BN dahulu di mana kita hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian tetapi mampu mengutip sekitar RM 22 juta setahun. Mana pergi jumlah kononnya PR boleh kutip 150 juta setahun dari hasil pasir Selangor ini. Terang-terang rakyat ditipu dan diperbodohkan, malah bukan rakyat sahaja, Sultan Selangor sendiri ditipu oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat ini.
Itu hal pasir, bagaimana pula bab air, YB Dato Satim menjelaskan pada rakyat apa benda yang subsidi air ini, kalau masih berhutang dan kerajaan Selangor tidak mahu membayar dan meminta KBSB menanggung subsidi air percuma tersebut. Dan Laporan Audit KBSB menyatakan yang KBSB akan bankrap kalau dibebani dengan bayaran air percuma tadi. Mereka yang tidak reti bagaimana hendak mentadbir dan bertindak demi memancing undi dengan memberikan subsidi air percuma tetapi tidak mahu membayar dan menyerahkan kepada KBSB untuk menanggungnya. Akhirnya ia boleh mengakibatkan KBSB  jatuh bangkrap. Begini ker yang dikatakan tadbir urus yang cekap. Kemudian konon dibentang perbelanjaan berimbang tetapi terpaksa minta perbelanjaan tambahan untuk membayar hutang air ini. Perbelanjaan tambahan ini datang dari mana? Sudah tentu dari hasil cukai yang rakyat Selangor bayar kepada Kerajaan negeri Selangor. Perbelanjaan berimbang ini diterjemaahkan kalau pendapat negeri 160 juta maka 160 juta juga akan dibelanjakan dalam erti kata lain semua hasil diserahkan kembali kepada rakyat. Kalau dengar memang lah cair hati rakyat, malah kita orang UMNO pun akan menggangguk bagus pentadbiran PR ini di Selangor. Tapi semua itu hanya indah di bibir sahaja. Penipuan. Penipuan demi penipuan dilakukan untuk memperbodohkan rakyat negeri Selangor.  MNK suka contoh yang YB Dato Satim berikan ibarat dia mintak kerajaan negeri minta kepada rakyat 20 RM kemudian beri balik 10 RM kepada rakyat dalam bentuk subsidi air. Ini subsidi ker? Mintak kita 20 RM kemudian bagi kita balik 10 RM.
Yayasan Selangor habis di jual, PKNS yang equity 70 Bumiputera dan 30 bangsa lain yang mana ia merupakan dasar penubuhannya sudah tidak lagi berlandaskan dasar ini. Lihat bagaimana apabila di wujudkan PKNS Holding dan melantik Pengurus Besarnya dari DAP ini. Maka apakah dia akan memperjuangkan dasar penubuhan PKNS itu? Lihat sahaja bagaimana sewa di Kompleks PKNS yang mana rata-rata dasar pembinaan Kompleks PKNS tersebut dahulu adalah untuk meningkatkan taraf peniaga-peniaga kecil Melayu yang berniaga dijalanan di sekitar Shah Alam untuk ditempatkan didalam satu kompleks yang tersusun dan selesa dan menaikkan taraf mereka dari peniaga jalanan kepada peniaga gedung dengan kadar sewa yang murah selama bertahun-tahun dibawah pemerintahan Kerajaan BN. Tetapi apabila mereka memerintah apa yang dilakukan? Sewa naik hingga RM3000-RM4000. Ini tidak lain tidak bukan untuk menghalau peniaga Melayu sekarang yang ada menyewa di PKNS untuk kembali berniaga dijalanan kerana sudah pasti tidak mampu untuk membayar sewa yang mahal itu. Jadi bila mereka keluar siapa yang masuk mengantikan ruang-ruang yang kosong didalam Komplek PKNS itu? Adakah ini taktik yang sama seperti yang dilaporkan sebelum-sebelum ini kalau tak silap MNK yang dipakai oleh DAP di Pulau Pinang dengan membina rumah-rumah kos tinggi yang mana Melayu tidak mampu untuk membeli dan akhirnya menghalau secara halus Melayu keluar dari Pulau Pinang.  
Banyak lagi isu yang dijelaskan dan diberi suntikan kepada rakyat dan MNK sendiri sewaktu mendengar penerangan oleh YB Dato Satim semalam. MNK terfikir dan merasakan dendam kesumat DAP kepada orang Melayu masih menebal. Mereka tahu dulu berdasarkan penempatan British, Melayu tinggal dikampung, India di Ladang Estet dan Cina di bandar. Hasil dari perjuangan pemimpin UMNO yang bijaksana terdahulu, ramai Melayu menetap dan diberi hak milik di bandar-bandar dan bersama-sama bersaing menikmati kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. Contoh di Selangor, Arwah Datuk Harun Idris membuka Ampang, Pandan. Dijemput orang Melayu dari seluruh negeri dan diberi hak milik kepada mereka walaupun mereka bukan anak jati Selangor ketika itu. Jadi apabila Kuala Lumpur membesar hingga melangkaui Ampang dan Pandan maka orang Melayu mempunyai tanah dan harta di Bandar. Namun apabila dinaikkan gedung-gedung indah dan Kondo atau apartment mewah dipinggir bandar itu, orang Melayu akhirnya di halau balik ke kampung-kampung. MNK teringat laungan DAP pada 13 Mei 1969. “Orang Melayu balik Kampung”. “ Orang Melayu Masuk Hutan, bagi monyet makan bagi beruk makan” etc etc seperti yang diceritakan oleh bapa MNK dan seperti yang selalu MNK dengar di ceramah atau sewaktu cerita-cerita politik dalam Pemuda UMNO Gombak ini. Mungkin ini niat DAP dan dendam DAP tidak pernah berubah Cuma cara pelaksanaannya sahaja berubah. Seperti contoh diatas itu tadi.
Sekarang ini siapa sebenarnya yang memerintah di Selangor? Adakah Pakatan Rakyat (MB Tan Sri Khalid)? Adakah PAS (Dato’ Hassan Ali) ? Atau DAP ( Ronnie Liu & Elizebeth Wong) ????
Ibarat kata-kata pepatah “Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi Jerat tidak sekalipun lupakan pelanduk”
Ayuh Rakyat Gombak kita bangkit dan kita hentikan penipuan dan pembohongan yang berlaku keatas diri kita rakyat Selangor. Cukuplah sepenggal kita tertipu. Cukuplah mereka meratah kekayaan Selangor yang telah kita bina kita kumpul selama hampir 50 tahun semenjak merdeka itu. Cukup lah penindasan kepada bangsa kita sendiri dilakukan didepan mata kita secara halus dan licik sekali oleh mereka. Kita lakukan Transformasi pada PRU13 nanti. Kita ubah landskap politik Selangor ini kembali kepada tangan Barisan Nasional. Hidup UMNO, Hidup Barisan. Sayangi Selangor...Yakini BN...

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!