Ikrar pembeli-pembeli Residensi Bistaria mereka akan ingat sampai bila-bila pihak yang bantu mereka dan tidak akan lupa pihak yang tidak membantu mereka. |
Pada tanggal 28/01/2012, MNK menyaksikan sendiri kegembiraan wajah-wajah rakyat DUN Hulu Kelang atau boleh dikatakan pengundi-pengundi DUN Hulu Kelang yang telah diselesaikan masalah mereka oleh Kerajaan Barisan Nasional. Mereka ini adalah pembeli-pembeli unit di blok A,D dan E Residensi Bistaria yang mana telah terbengkalai semenjak 2003.
Masalah mereka ini telah mendapat perhatian Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak yang mana beliau telah "menculik" Dato' Noh Omar ketika Dato' Noh mengadakan lawatan ke pasar tani di Taman Melawati pada bulan Julai tahun 2010. Tiada dalam jadual beliau ketika itu untuk melawat tapak pembinaan Kondo/Apartment ini, tiada jemputan untuk melawat tapak ini ataupun beliau dimaklumkan berhubung dengan permasalahan projek terbengkalai ini memandangkan beliau merupakan Menteri Pertanian dan permasalahan ini tiada berkait dengan kementerian beliau, namun tindakan berani dan berhemah Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak ketika itu yang telah "Hijack" dalam erti kata lain menculik Dato' Noh Omar dan membawa beliau melawat sendiri tapak perumahaan Residensi Bistari itu telah memutikkan tindakan penyelesaian bersama campur tangan kerajaan Barisan Nasional peringkat Pusat.
Hasil dari insiden Dato' Seri Noh Omar di "Hijack" oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain, Penyelaras BN Parlimen Gombak untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pembeli-pembeli unit Kondo Residensi Bistaria dan diberi penjelasan terperinci berhubungan dengan masalah mereka, permasalahan ini telah dibawa ke Kabinet dalam tahun yang sama dan mendapat perhatian YAB Perdana Menteri ketika itu yang telah mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kedua-duanya memakai baju BN. Dato' Noh Omar dan Datuk Hj. Megat Zulkarnain yang bertanggung-jawab membawa kepada penyelesaian masalah pembeli-pembeli Residensi Bistaria |
Alhamdullillah, pada 28/01/2012 ini masalah mereka telah selesai yang mana telah diadakan majlis penyerahan kunci dimana kira-kira 500 pembeli pangsapuri Residensi Bistaria menerima kunci rumah selepas menunggu sejak 2003. Masa ada lagi unit-unit yang hampir siap yang dijangkakan akan siap sepenuhnya pada bulan April tahun ini.
Dianggarkan hampir 2000 pembeli kesemuanya dan kalau campur isteri hampir 4000 pengundi beralamat di dalam DUN Hulu Kelang telah berikrar akan membalas budi baik Kerajaan BN.
INI IALAH ANTARA APA YANG MEREKA KATAKAN DI MAJLIS SERTA SEMASA DI TEMUBUAL TV
— Saya beli rumah ni dah 9 tahun. Saya / Kami xkan lupa “siapa” yg tak mahu tolong kami. Ada 2000 pembeli kalo campur suami/isteri = 4000 pengundi. Saya / kami ingat siapa yg tolong kami. Jadi Saya / Kami akan undi UMNO BN.
Kata Dato' Seri Noh Omar,
- “Pada masa itu, saya tidak ada jemputan, saya pun tidak tahu yang pembeli sedang berpiket, saya telah di’culik’ untuk dibawa ke sini lalu simpati dengan masalah pembeli dan berjanji untuk membawa perkara ini ke Kabinet,” katanya.
MNK harap mereka tidak akan lupa budi yang ditaburkan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada mereka dan akan terus mengundi kerajaan Barisan Nasional. Jelas terbukti siapa yang benar-benar menjaga kebajikan mereka. Tak perlu lah apa yang MNK dengar sendiri dari mereka yang menghadapi masalah ini apabila mereka membawa masalah mereka ini kepada Wakil Rakyat Hulu Kelang yang ada sekarang ini ataupun Ahli Parlimen Gombak. Yang jelas kedua-dua Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat ini tidak membantu dan tidak ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat hinggakan rakyat Residensi Bistaria cukup marah. Lihat sendiri apa yang mereka luahkan dibawah ini....
Tahniah dan syabas MNK ucapkan kepada Datuk Hj. Megat Zulkarnain Penyelaras BN Parlimen Gombak atas tindakan berani dan "daring" beliau "menculik" Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Dato' Seri Noh Omar pada bulan Julai 2010 itu. Ini membuktikan Penyelaras Barisan Nasional Gombak ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan masalah rakyat di Gombak. Nasib baik beliau tidak kena black listed dari Perhubungan Negeri atau didakwa kerana menculik Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Nasib baik ketika itu yang turun Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri. Kalau Pengerusi Perhubungan Negeri yang turun ketika itu, silap-silap Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor yang kena "culik". Oppss itu Perdana Menteri kita...takpa ini memang kita inginkan dari seorang yang mewakili rakyat di peringkat Parlimen Gombak ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian di Utamakan.... YAB PM pun tak marah rasanya dan pasti amat gembira sekali kerana 4000 rakyat diselesaikan masalah mereka hasil tindakan berani Penyelaras BN Parlimen Gombak.....
Gombak!!! Gempur!!!