FOLLOW ME


Sunday, 20 May 2012

AZMIN ALI vs PEMUDA UMNO GOMBAK?




Kita harus belajar dari kesilapan yang telah kita lakukkan dan kita harus terima segala teguran dan pengajaran yang kita dapat dari kesan dan juga sikap yang kita atau pemimpin sebelum kita lakukkan hingga rakyat menghukum Barisan Nasional dan UMNO khususnya di Gombak ini. hampir 4 tahun berlalu dan MNK lihat pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Gombak ini telah jauh mengorak langkah ke arah perubahan demi mengejar cita-cita untuk merampas kembali Gombak ini dari tangan pembangkang seterusnya menyumbang kepada usaha merampas kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. 

Transformasi yang disarankan oleh Presiden Parti YAB Dato Seri Najib kepada seluruh pimpinan UMNO di seluruh negara hingga ke akar umbi benar-benar di pegang oleh pemimpin UMNO di Gombak ini. Kerja keras mereka dalam memenangi kembali hati rakyat dan menyakinkan kembali rakyat khususnya rakyat Gombak untuk bersama Barisan Nasional dan UMNO telah mula menampakkan bunga-bunga kejayaan. Tetapi usaha ini oleh pemimpin pemimpin kita sahaja tidak cukup kerana akhirnya pada hari mengundi itu nanti yang akan menjadi penentu kepada segala penat jerih selama 4 tahun kita berjuang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti serta kerja-kerja kebajikan. Hari mengundi itu nantilah yang akan menjadi penentu kepada segala-galanya.

Kalau kita kerja kuat di hari mengundi, kita laksanakan segala tanggung-jawab dan amanah yang telah diberikan dengan gigih dan penuh dedikasi maka di akhir hari, ketika pusat-pusat mengundi ditutup baru lah kita boleh menarik lafaz lega kerana semua pengundi kita telah berjaya kita keluarkan kita jemput kita bawa untuk mengundi. Semua laporan dan gerak kerja yang dipertanggung-jawabkan kepada Pemuda telah kita laksanakan dengan sempurna. Itu semua akan menjadi faktor kepada kemenangan atau kekalahan kita nanti sewaktu PRU 13. Oleh itu ayuh kita kuatkan semangat dan kita tekadkan azam akan bekerja habis-habisan demi memastikan kemenangan kepada Barisan Nasional dan UMNO di Gombak ini.  Walau apa sekali niat di hati, walau apa sekali keinginan diri, kita letak tepi kita patuh kepada arahan Ketua yang hakiki. Kita ikut cakap Ketua Pemuda Bahagian yang sah dan kita laksanakan arahan yang diberi demi kemenangan Parti pada PRU 13 nanti.

Ayuh Pemuda Gombak kita Gempur Gombak.....
Gombak !!! Gempur!!!

Memang tidak dinafikan kalau tanya rata-rata rakyat di Gombak ini tahu dan sedar bahawa hanya pemimpin Barisan Nasional baik di peringkat DUN mahu pun Parlimen yang benar-benar bekerja keras demi kesejahteraan rakyat khususnya rakyat di Gombak ini semenjak kekalahan 4-0 di Parlimen dan DUN Gombak ini. Apa yang telah dilaksanakan di Gombak ini oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mempunyai kuasa kerajaan negeri selama 4 tahun ini?

Tiada pembangunan, tiada kemajuan, tiada penambahbaikan dari segi infra mahupun khidmat yang diberikan. Jelas bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat setelah mendapat kuasa kerajaan negeri gagal memberikan khidmat sebaik Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi kerana beberapa perkara yang kita terlepasa pandang khususnya mantan-mantan pimpinan Barisan Nasional dan UMNO khususnya di Gombak ini kita telah menerima kekalahan sewaktu PRU12. Kekalahan tersebut telah memberikan satu kesedaran dan kejutan kepada Barisan Nasional dan UMNO di Gombak ini. Lebih-lebih lagi apabila Gombak turut menjadi salah satu penyumbang kepada kekalahan Negeri Selangor kepada Pakatan Rakyat.

WAJIB BACA!!!