FOLLOW ME


Tuesday, 8 May 2012

PEKERJA AMANAH RAYA PERLU PEMBELAAN!!!


Berikut adalah surat yang MNK terima dari sorang hamba Allah yang secara ikhlas meluahkan nukilan rasa hati. Dari apa yang MNK baca dari surat ini jelas ia tidak langsung mengambarkan slogan Amanah Raya "We Care" apakah hanya mengambil berat tentang masalah orang di luar tetapi tidak masalah keluarga Amanah Raya sendiri? Harap adalah pemimpin kita yang tengok-tengokkan masalah dan aduan staff-staff Amanah Raya Berhad.

Surat dari Staff yang perlukan pembelaan......

Salam Puan  semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Saya adalah salah seorang staf di AmanahRaya Berhad yang telah berkhidmat hampir 8 tahun.  Apa saya cuba sampaikan pada Puan  adalah berhubung dengan struktur gaji di AmanahRaya yang masih lagi tidak berubah. Saya rasa Puan  sedia maklum berkenaan dengan Dato MD yang pernah berjanji pada semua staf berhubung soal gaji pada staff day tahun lepas. Saya amat pasti bahawa janji berkenaan tidak dapat ditunaikan oleh dato kena beliau telah pun meletakkan jawatannya. Walaupun macam2 cerita dikalangan golongan marhain (staf bawahan) berhubung skandal berkenaan perletakkan jawatan dato MD, pelaburan karzastan, loan2 ARC yang tidak dibayar oleh bangsawan (golongan dato2)  dan bermacam2 lagi yang bertiup kencang namun saya tidak berminat untuk mengetahui dan bercakap soalnya.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah soal kebajikan staf di AmanahRaya berhubung dengan soal perubahan struktur gaji.  Saya mengambil satu contoh yang paling ketara adalah Perbezaan gaji eksekutif berijazah dengan syarikat GLC lain amat ketara Puan,  bayangkan staf arb berjawatan eksekutif di AmanahRaya hanya menerima gaji hanya RM1700 @ RM 1800 sahaja sebulan dan ianya sama dengan gaji kasar kerani di sektor awam jika mengikut SKIM SSM 2012).  Rata rakan-rakan di  GLC lain menerima gaji permulaan sekitar RM 2500 – RM2800 sebulan.  Malah jika dibandingkan dengan gaji kasar pegawai gred 41 (berijazah) jia di sektor awam AmanahRaya jauh ketinggalan. Kerajaan telah 2 kali memberi kenaikkan pada tangga gaji staf dalam tempoh 6 tahun. Pertama semasa Paklah menjadi PM kadar kenaikan purata staf pegawai dan sokongan 35% dan yang terbaru 15% melalui SKIM SSM2012 yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib. Apakah AmanahRaya tidak rasa bersalah dan berkewajibpan membayar gaji pekerjanya dibawah harga pasaran???

Untuk pengetahuan Puan  juga, eksekutif baru yang mempunyai diploma juga mempunyai tangga gaji permulaan yang sama dengan berijazah dan ini amat menghairankan. Seolah – olah taraf pendidikan tidak diiktiraf oleh pihak syarikat. Dalam tempoh 6 tahun kebelangkannya ini beberapa orang pengurus jabatan yang tidak mempunyai ijazah telah pun menyambung dan menamatkan pelajaran mereka diperingkat ijazah. Mungkin tuntutan dari pihak pengurusan dan tanpa disangka-sangka kenaikan pangkat mereka jua naik daripada pengurus terus kepada pengurusan. Walhal ramai staf eksekutif yang mempunyai ijazah sarjana @ master tidak mendapat apa-apa insentif daripada kelayakan akademik yang ada.

Dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup Puan  bayangkanlah bagaimana staf AmanahRaya  survive dengan keadaan gaji yang sedimikian rupa. Bagaimana moral staf dengan issue yang sering disapu dibawah karpet ini oleh pihak pengurusan? Melalui cakap cakap golongan marhain (staf) yang mendapat maklumat dari meeting perngurusan bahawa struktur gaji AmanahRaya hanya akan dilihat semula pada suku kedua tahun 2013. Saya tidak pasti apakah benar maklumat ini ianya tidak penting lagi. Melalui pengalaman saya ramai dikalangan teman saya yang berjawatan eksekutif yang meninggalkan AmanahRaya hanya kerana gaji padahal mereka ini adalah staf2 yang berkualiti dan berkarisma yang boleh menjadi pelapis kepimpinan di AmanahRaya.

Saya hairan pada awalnya apakah pihak pengurusan AmanahRaya terutamanya HR tidak melihat issue employment turnover ini satu kos besar yang besar bagi AmanahRaya???  Apakah ianya KPI HR mencapai HAKIKI dalam menangani isu ini???? Setelah bertahun-tahun saya di AmanahRaya saya tidak hairan lagi dengan sebarang keganjilan pengurusan AmanahRaya. Puan  Alina yang saya hormati, saya harap Puan  dapat melihat issue ini dengan serius. Saya merayu pada Puan dengan cogankata "WE CARE" tolonglah tangani issue gaji di AmanahRaya ini secara keseluruhan dan khasnya buat staf eksekutif berijazah secepat mungkin. Ramai di dalam golongan ini merupakan ibu bapa muda yang masih lagi mencari2 ruang untuk bernafas. Tekanan kos sara hidup staf  dengan gaji yang diterima di AmanahRaya yang tidak sepadan ini  bukan sahaja memberi kesan kepada produktiviti dan competitive kami malah ianya juga memberikan kesan dan imej yang buruk pada pihak pengurusan dan kerajaan yang ada pada hari ini.  

PRU 13 ini amat getir buat kerajaan BN dan saya harap Puan  dapat melihat dan issue ini  bukan sahaja dari kacamata pihak pengurusan malah tapi dari kacamata politik jua . Saya amat mengharapkan maklumbalas dari puan berkenaan issue ini. Akhir kata  Puan,  saya tiada apa-apa niat lain selain mahu meluahkan apa yang terbuku dihati. Saya menyusun sepuluh jari dan memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang Puan  membaca luahan hati saya ini.

Wasalam
Pekerja Tertekan II

WAJIB BACA!!!