FOLLOW ME


Wednesday, 30 May 2012

PERJUANGAN INI - DATUK SAID ANUAR SAID AHMAD PENYELARAS BN DUN GOMBAK SETIA




Paparan clip ini jelas membuktikan kesungguhan dan kerja kuat yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional dalam menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan dan digalas demi kebajikan dan juga kesejahteraan rakyat khususnya rakyat di DUN Gombak Setia. Walaupun Barisan Nasional tidak lagi merupakan parti yang menguasai kerajaan negeri namun itu tidak bermakna Kerajaan Barisan Nasional bersikap lepas tangan dan mengabaikan rakyat. Walau rakyat Selangor telah menghukum parti Barisan Nasional pada PRU 12 tempoh hari, kerajaan Barisan Nasional dan pemimpinnya masih lagi memberi khidmat terbaik dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Di negeri yang mana Barisan Nasional kalah dan tidak lagi menjadi kerajaan negeri seperti di Selangor ini, diwujudkan jawatan Penyelaras-penyelaras baik diperingkat DUN mahupun diperingkat Parlimen. Mereka ini bertanggung-jawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang sama yang dilakukan oleh Wakil Rakyat dalam memberikan khidmat kepada rakyat. VT diatas adalah bukti keperihatinan dan bertanggung-jawabnya Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat yang mana bukti nyata ini memperlihatkan Penyelaras Barisan Nasional DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad melaksanakan tanggung-jawab yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan. Syabas MNK ucapkan dan teruskanlah usaha gigih ini kerana rakyat melihat dan menilai kegigihan kita dan InsyAllah rakyat akan membalas dengan memberikan kepercayaan semula kepada Barisan Nasional khususnya di Gombak ini pada PRU 13 nanti.

Kepada semua penyelaras-penyelaras Barisan Nasional, ayuh kita pergiatkan usaha dan kita tambah kerajinan kita dalam memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. Tahniah dan Syabas sekali lagi MNK ucapkan kepada semua penyelaras-penyelaras Barisan Nasional baik dari peringkat DUN mahupun Parlimen di seluruh negara. Terima Kasih Penyelaras-Penyelaras Barisan Nasional seluruh Negara.

WAJIB BACA!!!