FOLLOW ME


Tuesday, 22 May 2012

DEBAT KJ VS RAFIZI APA HASILNYA?


Semalam berlaku satu lagi sesi debat dan kali ini debat di antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu saudara Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi Pakatan Rakyat Saudara Rafizi Ramli yang di tayangkan secara langsung oleh Astro Awani jam 10 malam.

Didalam alam maya juga sepanjang sesi debat itu berlangsung tak kurang hebat debatan yang terjadi diantara para penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ada yang mengatakan KJ melondehkan dan membuat Rafizi kelihatan seperti budak hingusan dan sebaliknya. Ada yang mengatakan KJ hebat berdebat berbanding Rafizi dan juga tidak kurang yang mengatakan sebaliknya. Namun pagi ini selesai sudah agenda debat semalam. Apa kesimpulan dan hasil debatan tersebut? Apa ada kata putus dan persetujuan yang dicapai setelah berhempas pulas berdebat? Apa ada tindakan susulan yang mana hasil debatan itu dibawa kepada meja rundingan? Tiada.!!

Yang tinggal hanya penilaian rakyat terhadap rancangan debat semalam siapa yang hebat berdebat dan siapa yang handal berdebat. MNK percaya intipati debatan tersebut juga akan dilupakan dalam masa 2 bulan lagi atau mungkin lagi cepat. Yang akan rakyat ingat ialah bagaimana salah sorang ahli panel debat tersebut lebih hebat daripada yang satu lagi. Itu sahaja. Namun begitu lebih ramai rakyat akan lebih mengenali Rafizi Ramli selepas semalam kerana telah berjaya muncul dalam televise secara langsung di kaca tv. Kehangatan dan momentum yang dimainkan kononnya ianya debat alaf kini antara dua tokoh hebat juga menjadikan mereka yang sebenarnya tidak ambil peduli pasal isu yang didebatkan iaitu PTPTN turut ternanti-nanti dan terlekat di kaca TV semata-mata ingin melihat tokoh yang mana hebat berdebat. Walhal sepanjang perdebatan tersebut Rafizi banyak lari tajuk dan lari dari matlamat asal untuk mendapatkan penyelesaian isu PTPTN ini sama ada patut dimansuhkan atau tidak.

Bagi MNK kita sudah ada pentas debat yang paling utama dan paling agung di Malaysia ini iaitu Parlimen dimana apa sahaja usul dan perkara boleh dibawa dan dibahaskan atau didebatkan. Tetapi apa kita lihat yang terjadi didalam Parlimen kalau Pakatan Rakyat tidak puas hati dengan debatan yang dibawa oleh Barisan Nasional mereka akan keluar dewan tanda protes kononnya. Dan tidak kurang pula debatan atau perbahasan bertukar menjadi serangan kepada individu atau parti lawan sebaliknya. Kadang-kadang MNK rasa macam Parlimen pun tidak digunakan dengan bernas dan sebaiknya di mana akhirnya siapa yang majoriti akan menyokong dan meluluskan tidak mengambil kira debatan atau bahasan yang dibawa oleh mana-mana pihak itu bernas atau lebih baik. Maka tidak akan wujud pembangkang yang benar-benar cuba memberikan yang lebih baik cadangan dan bahasan mereka itu dari apa yang dicadangkan. Tidak akan wujud "check and balance" dalam erti sebenarnya tetapi lebih kepada menghentam dan memburukkan satu sama lain dan tidak kurang pula sesi menfitnah demi political mileage parti masing-masing.

Seperti di Selangor dimana Barisan Nasional menjadi pembangkang walau bukti sahih dan analysis serta nasihat pakar di bentangkan didalam dewan seperti isu air tidak diambil kira kerana tidak mahu dilihat pembangkang di Selangor iaitu Barisan Nasional menyajikan yang lebih baik dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan akhirnya bila tiba waktu mengundi usul sudah pasti semua ADUN kerajaan Negeri dari Pakatan Rakyat akan menyokong usul yang dibawa Pakatan Rakyat walau bahasan yang dibawa oleh Pembangkang iaitu Barisan Nasional lebih baik. Ini melihatkan kita debat dan bahasan walau di dalam Dewan Undangan Negeri atau Parlimen pun tidak berjaya merubah apa apa ini kan pula Debat Jalanan di kaca tv dan di tempat umum. Jadi apa perlu debat ini dilayan dan di gembar-gemburkan?

Adakah dalam sesi debat semalam di berikan rangka atau blue print bagaimana cara pelaksanaan untuk mengubah dasar pendidikan berhubung PTPTN ini dibawa oleh Rafizi? Bagaimana Strategi nak memansuhkan PTPTN ini dan bagaimana pula nak cover balik perbelanjaan yang belum lagi dikutip dari pemiutang yang menjangkau 6 billion itu?Takde...Kata Pakar Strategi Pakatan Rakyat dan kalau Pakar Strategi Pakatan Rakyat pun tidak mampu memberikan satu formula atau strategi yang bernas untuk diguna pakai dalam usaha memansuhkan PTPTN ini maka apa tandanya? Debat ini hanyalah Retorik wajah baru iaitu Retorik bukan di pentas ceramah tetapi Retorik Debat yang mendapat live coverage oleh Rangkaian Television dan Media Perdana... inilah helah pembangkang untuk mencuri dan menyelinap kedalam arus perdana dan rangcang TV atas nama Debat.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!