FOLLOW ME


Thursday, 10 May 2012

RAKAMAN VIDEO..INI KERJA AZMIN ALI???





Cuba perhatikan betul-betul apakah si pelaku didalam Video ini ialah Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR Gombak??? Kalau bukan Azmin Ali kenapa dan mengapa?? Bukankah apa yang dilakukan sipelaku didalam gambar ini sebenarnya memang kerja Azmin Ali??  Kita kenal siapa Azmin Ali dan ini memang kerja Azmin Ali.....

Tetapi tidak beliau tidak melaksanakan tanggung-jawab beliau yang sepatutnya selaku Ahli Parlimen Gombak tetapi membiarkan rakyat Gombak yang dilanda banjir dalam kesengsaraan. Ini perjuangan negara kebajikan ker? Mujur ada Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Megat Zulkarnain bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Azeez Rahim yang perihatin dengan segala permasalahan rakyat dan segera turun padang membela nasib rakyat di Gombak. Video di atas adalah rakaman lawatan Datuk Azeez Rahim dan Datuk Megat Zulkarnain ke kampung MNK sendiri iaitu Kg. Sungai Chinchin yang telah dilanda banjir tempoh hari dan mereka turun dengan memberikan bantuan dapur, bahan asas keperluan untuk stok 1 bulan dan akan menyusul tilam 2 setiap rumah kepada seluruh mangsa banjir di Rantau Gombak yang berjumlah lebih kurang 180 buah rumah yang terlibat.

Bagi pihak rakyat Gombak dan khususnya penduduk Kampung Sungai Chinchin, MNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Azeez Rahim dan Datuk Megat Zulkarnain yang berbudi kepada rakyat Gombak khususnya rakyat Kg. Sungai Chinchin. Ini lah pemimpin yang kita khendaki di Gombak dan Malaysia ini.

Buat kedua-dua pemimpin muda UMNO dan Barisan Nasional ini ku hadiahkan pepatah minangkabau ini....

Anak ikan dimakan ikan,
Gadang ditabek anak tenggiri.
Ameh bukan perakpun bukan,
Budi saketek rang haragoi.

Bukan emas dan bukan perak yang diminta tetapi budi yang sedikit itu yang dihargai dan InsyaAllah rakyat Gombak akan membalas budi pada PRU 13 nanti dengan memberikan kemenangan yang gemilang kepada Barisan Nasional di Gombak ini.


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!