FOLLOW ME


Monday 7 May 2012

BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?




Jelas lah sudah kenapa perlu diadakan Bersih 3.0 ini dan kenapa ianya perlu diadakan dijalanan? Kenapa timbul kekecohan dan keganasan pada perhimpunan Bersih 3.0 ini walaupun kononnya tujuannya adalah duduk dengan aman menyatakan hasrat mereka? Kenapa Pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang mana telah menang di kawasan masing-masing ketika bertanding pada PRU12 dulu turut serta mempertikaikan keputusan PRU yang mereka sendiri telah diputuskan sebagai calon yang menang.

Apakah benar sistem pilihanraya di Malaysia ini tidak telus? Apakah keputusan pilihanraya ini boleh dimanipulasi oleh Kerajaan BN kononnya? Apakah kerana manipulasi Kerajaan BN kepada keputusan pilihanraya yang telah dijalankan sebanyak 12 kali ini bermula dari 1959 hingga kini segala keputusan dan telah ditetapkan dari sebelum hari mengundi lagi siapa yang akan menang dan siapa yang akan menjadi wakil rakyat baik dari kalangan parti pembangkang mahu pun parti kerajaan dan UMNO itu sendiri.

Dan paling MNK terkejut sekali apakah kerajaan BN memanipulasi keputusan PRU 12 dan dengan segaja menyerahkan salah satu negeri berstatus maju dan paling kaya dalam Malaysia iaitu Selangor kepada pembangkang? Jelas langsung tidak masuk akal sekiranya keputusan PRU boleh dimanipulasi oleh Kerajaan BN dan jika benar Pilhanraya tidak telus dan bersih seperti dakwaan mereka kita akan Kerajaan BN akan berdiam diri dan menyerahkan begitu sahaja kerajaan negeri Selangor pada Pakatan Rakyat. Berbagai persoalan bermain di fikiran MNK dan akhirnya setelah membaca blog Lim Kit Siang iaitu Mastermind DAP ini baru lah MNK faham dan jelaslah sudah segala persoalan tentang Bersih.

Apa kata Lim Kit Siang dalam blog beliau? Baca Selanjutnya

As I said after the Bersih 2.0 rally on July 9 last year, there were many casualties especially the police, the mainstream media and the election commission but the biggest loser of all was undoubtedly the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.

Terjemaahannya melalui Google Translate.

Seperti yang saya katakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lepas, terdapat banyak mangsa terutamanya polis, media arus perdana dan suruhanjaya pilihan raya, tetapi tanpa ragu mangsa paling teruk ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa maksudnya? Maknanya mereka tahu walau apapun yang berlaku dan siapa pun yang akan menjadi mangsa baik polis, rakyat, orang tua, peniaga, drebar taxi, kanak-kanak dan sebagainya namun yang paling teruk seteruknya yang akan menjadi mangsanya ialah Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Jadi pada pandangan MNK oleh kerana mereka tahu dan sengaja ingin mencalarkan imej YAB Perdana Menteri lah Bersih ini mesti diadakan dan mesti dijalanan dan mesti kena ada keganasan agar impak yang maksima dalam menjadikan Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri kita sebagai mangsa yang paling teruk terkesan akibat Bersih ini.  Atas dasar inilah apa sahaja tawaran dari pihak berkuasa agar dapat menjerus kepada perhimpunan yang aman akan ditolak oleh mereka? Kenapa dulu mereka inginkan Stadium Merdeka kalau mahu mereka berkumpul di Stadium pada Bersih 2.0 tetapi pihak berkuasa tidak setuju lalu terjadi lah himpunan di jalanan tetapi pada Bersih 3.0 pihak berkuasa bersetuju memberi pakai Stadium Merdeka tetapi ditolak pula kali ini? Bagaimana pula video yang memberi kita tafsiran Anwar dan Azmin Ali yang bertanggung-jawab memberi isyarat agar benteng polis dirempuh yang akhirnya mencetuskan keganasan dan kekecohan pada PRU 3.0 itu?

Jadi renung-renungkan lah bak kato-kato Pendita Rantau Gombak!!!

BN PILIHAN ANAK MUDA!!!

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!