FOLLOW ME


Monday, 13 August 2012

ANAK YATIM CHANGKAT MULIA DIRAIKAN KERAJAAN BN!!!


Semakin dekat dengan penghujung Ramadhan ini maka makin padat dan makin banyak program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan dalam masa yang sama cuba menyelami perasaan anak-anak yatim ini. Dengan menziarahi, menghulurkan bantuan peribadi mahupun peruntukan dari kerajaan, ianya merupa satu latihan kepada kita dan mendidik hati kita untuk sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan jangan kita lupa tentang sedara seagama dan sebangsa kita yang kurang bernasib baik yang mana kita wajib bantu dan kita wajib bela.

Semangat ini dapat dilihat ada pada Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin yang mana bersama rombongan beliau mewakili Kerajaan Barisan Nasional telah singgah berbuka di Rumah Kebajikan dan Anak Yatim di Jalan Changkat Mulia Greenwood. 


MNK turut serta dalam program singgah berbuka ini dan secara peribadi MNK dapat merasaI kesan pada jiwa kita sekiranya kita rajin berbuka bersama anak-anak yatim ini seperti apa yang dilakukan oleh Penyelaras BN Parlimen Gombak ini. Kita tidak akan berbelanja di pasar ramadhan mengikut nafsu dan kita juga tidak akan makan berlebihan dan mengikut nafsu. Kita lihat anak-anak yatim ini makan kita pasti akan merasa hiba dan keinsafan yang tinggi dalam jiwa kita.

Kita juga akan lebih rasa bersyukur dan kita lebih merasai nikmat berbuka itu sendiri. Bukan sahaja kita merasai lapar dan dahaga ketika berpuasa sepanjang hari tetapi ketika berbuka kita akan merasai dan melihat dengan mata kita sendiri bagaimana mereka yang kurang bernasib baik dari kita ini berbuka dan kita akan berikan keutamaan 
ketika itu untuk menceriakan mereka melayani mereka kerana di sisi Allah jelas mereka ini lagi mulia dari kita dan kita sepatutnya memuliakan golongan ini di dunia.


Selesai berbuka puasa rombongan Penyelaras BN Parlimen Gombak ini berjemaah Maghrib bersama warga penjaga dan anak-anak yatim ini. Selesai bacaan doa sedikit ucapan diberikan oleh Penyelaras BN Parlimen Gombak yang mana intipati ucapannya adalah berbentuk nasihat kepada anak-anak penghuni rumah ini yang mana beliau berpesan satu hari nanti kalian akan dewasa, pasti akan ada diantara anak-anak ini akan menjadi insan-insan yang berjaya, dah bekerja dan mana tahu ada yang akan menjadi jutawan, pemimpin dan sebagainya. Cuma satu pesanan beliau ialah apabila kalian dah berjaya nanti jangan lupa ziarahi, bantu dan dekati rumah-rumah seperti ini. Itu sahaja pesanan beliau.

Sebelum berpisah Datuk Megat Zulkarnain turut menghulurkan sedikit sumbangan berbentuk barang asasi, kurma dan air zam zam  dan kipas elektrik dan juga tidak lupa duit raya kepada hampir 30 orang anak-anak yatim ini.

Tahniah dan Syabas Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dan rombongan!!!



Note MNK: Puak-puak yang tak reti bersyukur nie yang dok komplain itu ini pasal kerajaan BN nie banyak-banyakkan lah program ke rumah anak yatim baik berbuka atau beri sumbangan. Kalau takde peruntukan macam kat Gombak nie dah takde wakil rakyat Pakatan Haram kerajaan Selangor..meh mai tumpang berbuka puasa program anjuran Barisan Nasional. Semua dijemput hadir atas ikatan persaudaraan Islam pasti kita akan mendapat keinsafan dan akan bersyukur atas segala Rahmat Allah.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!