FOLLOW ME


Thursday, 9 August 2012

PEMIMPIN BN ANAIYA ANAK YATIM???



Jangan demikian,  (sebenarnya kata-  kata kamu itu  salah). Bahkan  (perbuatan kamu  wahai orang-orang  yang hidup mewah,  lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya);   Surah Al-Fajr>  Ayat 17

08/08/2012 - Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin bersama-sama pegawai-pegawai pejabat Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak dan beberapa barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak telah mengadakan kunjungan dan lawatan tinjauan serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Al-Nasuha Taman Gombak Permai.

Program santai ini dimulakan dengan pemberian sumbangan Air Zam-zam dan Kurma oleh Datuk Hj. Megat Zulkarnain bagi pihak YAB Perdana Menteri kepada Rumah Anak Yatim Al-Nasuha yang mana ianya telah dijadikan hidangan awal berbuka puasa kepada anak-anak yatim dan rombongan Datuk Hj. Megat Zulkarnain oleh Puan Fatimah yang lebih gemar dipanggil dengan pangilan Umi, Pengasas Baiti Al-Nasuha ini. Kemudian anak-anak penghuni Baiti Al-Nasuha dihidangkan pula dengan kuih-kuih tempatan dan pizza untuk mengalas perut sebelum mendirikan solat Maghrib bersama-sama rombongan Penyelaras BN Parlimen Gombak.

Anak-anak Yatim Baiti Al-Nasuha menikmati hidangan berbuka puasa KFC

Selesai Solat Maghrib berjemaah, baru lah kami semua menikmati jamuan utama iaitu berbentuk nasi berlauk dan juga KFC. Kelihatan anak-anak ini tadi lebih gemar menikmati KFC kerana rata-rata memilih untuk menikmati hidangan KFC terlebih dahulu berbanding nasi berlauk itu tadi. Selesai makan, diadakan pula majlis penyerahan sumbangan oleh tamu yang hadir. Selain dari Penyelaras BN Parlimen Gombak dan rombongan turut berbuka puasa dan menyerahkan sumbangan ialah wakil-wakil MMP Communication Sdn. Bhd. Yang mana program penyerahan sumbangan dimulakan oleh wakil-wakil MMP Communication Sdn. Bhd, kemudian disusuli oleh pemberian sumbangan daripada Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin berbentuk duit raya kepada setiap kepada anak-anak yatim Al-Nasuha seramai lebih kurang 49 orang.

Ini merupakan kunjungan tinjauan Penyelaras BN Parlimen Gombak kata beliau dan sewaktu penyerahan duit raya kepada anak-anak yatim Al-Nasuha Datuk Megat Zulkarnain telah memberi jaminan kepada Pengasas Baiti Al-Nasuha yang mana bantuan serta sumbangan fasa kedua akan diusahakan dan diberikan kepada Al-Nasuha dalam masa terdekat.

Tahniah kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini serta yang telah menghulurkan sumbangan khusus kepada Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak dan wakil wakil MPP Communication Sdn. Bhd. MNK secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada Hj. Razali dari Kelab Putera 1Malaysia  dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yang telah sudi menyumbangkan kurma dan air zam-zam untuk diagihkan kepada Rumah Anak-anak Yatim Al-Nasuha Taman Gombak Permai ini.

Datuk Megat Zulkarnain membalas kucupan tangan anak yatim.


Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

Buat semua marilah kita rebut peluang yang ada pada bulan Ramadhan ini untuk menambah amal kita. Kalau nak turut serta boleh bersama Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin dan rombongan pegawai serta Pemuda-Pemuda UMNO Bahagian Gombak beliau pada kunjungan ke rumah anak yatim seterusnya di DUN Gombak Setia dalam program bersahur dalam masa terdekat ini jom. Nak turut menyumbang pun boleh dan amat dialu-alukan.


Jadi adakah pemimpin-pemimpin BN khususnya di Gombak ini menganaiya anak-anak yatim? Tidak sama sekali malah mereka perihatin dan sentiasa mengambil berat kebajikan anak-anak yatim. Malah bukan hanya anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU dan lain lain pun di ambil berat. Pendek kata semua golongan rakyat dan masyarakat yang memerlukan pasti di bantu. "Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan" menjadi ibarat udara untuk mereka bernafas....siang dan malam.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!