FOLLOW ME


Tuesday, 14 August 2012

YA ALLAH KAU LINDUNGI GOLONGAN INI DIBUMI SELANGOR!!!



Di Rantau Gombak sahaja ada 2 rumah anak yatim yang menampung hampir 100 anak-anak yatim piatu. Rantau Gombak ini terletak di dalam DUN Gombak Setia yang mana DUN ini telah jatuh ke tangan pembangkang Pakatan Haram pada PRU 12 dulu. Namun akhir nya akibat tidak sanggup lagi lihat Islam dilacurkan kepada DAP maka wakil rakyat Pakatan Haram Hassan Ali telah dipecat akibat kelantangan beliau menolak atau membantah tindakan atau dasar yang di buat oleh Pakatan Haram yang dilihat lebih memihak pada satu pihak iaitu pihak DAP si kafir Harbi.

Maka sekarang ini Rantau Gombak tidak lagi mempunyai wakil di peringkat negeri. Rakyat Gombak tidak lagi mempunyai seorang wakil yang dikenali sebagai wakil rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri. Tidak boleh membawa apa-apa pembangunan atau apa-apa kemajuan apatah lagi menyelesaikan masalah mereka. Hak-hak mereka tidak lagi diberi perhatian dan tidak lagi diambil berat oleh Kerajaan Negeri.


Itu tidak mengapa lagi kerana ada dikalangan rakyat yang masih mampu berdiri sendiri dan tidak mengharap ehsan dan bantuan kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor ini tetapi bagaimana pula dengan golongan ini. Anak-anak yatim piatu ini yang mana haram bagi kita dan tidak akan bau syurga dan akan dibakar dengan api yang paling panas sekali kalau kita memakan harta anak yatim, jika kita mengambil hak anak-anak yatim. Apakah mengambil hak anak-anak yatim itu sama ertinya dengan kita tidak memberi hak-hak yang patut kita berikan kepada mereka? Apakah ini bukan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekaran ini iaitu tidak memberikan hak-hak mereka atau menjaga kebajikan mereka khususnya di Gombak ini? Siapa wakil dari kerajaan negeri Selangor Pakatan Haram yang ada datang melawat mereka? Memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka? Wakil Rakyat yang ada pun dah jadi bebas dan bukan lagi bersama Kerajaan Pakatan haram Selangor lagi jadi jangan harap lah nak dapat peruntukkan dan sumbangan dari kerajaan negeri Selangor melalui beliau.

Ahli Parlimen Gombak, lagi lah tak boleh harap jangankan rumah anak anak yatim rumah mak sendiri pun dia tak ziarah dan lawat ini kan rumah orang yang dia sendiri tidak kenal dan tidak punyai apa apa talian. Jadi siapa yang akan membela nasib mereka ini. Mujur lah Kerajaan Barisan Nasional yang perihatin dan tahu akan ada masalah seperti ini mengambil pendekatan dan initiatif melantik Penyelaras-Penyelaras DUN dan Parlimen yang mana mereka ini mewakili Kerajaan Pusat di Negeri atau kawasan yang Parti Barisan Nasional telah tewas dan tiada mempunyai wakil mereka di sana baik wakil rakyat mahupun ahli parlimen.

Jelas ini merupakan tindakan BN untuk tetap memberi khidmat dan bantuan kepada rakyat dan masyarakat walaupun di kawasan itu Barisan Nasional telah tewas dan ditolak oleh majoriti rakyat kawasan tersebut namun itu tidak menjadi penghalang kepada Barisan Nasional  untuk tetap menyalurkan bantuan dan terus memberi khidmat kepada rakyat dan masyarakat setempat melalui Penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen yang dilantik sendiri oleh YAB Perdana Menteri.



Seperti di vt diatas ini Penyelaras Parlimen Barisan Nasional Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin menjalankan salah satu tanggung-jawab dan amanah yang digalas oleh beliau. Program bersahur ini merupakan program tahunan setiap Ramadhan yang telah diterapkan dan dijalankan baik dalam Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan sekarang selaku Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Tahniah dan Syabas MNK ucapkan kepada beliau dan Barisan Pemuda UMNO Bahagian Gombak.


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!