FOLLOW ME


Wednesday, 9 January 2013

VIDEO BUAT AZMIN ALI LARI??? DIALOG 1MALAYSIA TOLAK FITNAH DI GOMBAK

Video ini pasti membuat para penyokong Pakatan Haram Pas, PKR dan DAP di Gombak ini tak senang duduk dan para pemimpin mereka terutama Ahli Parlimen Gombak dan Wakil Rakyat di Dun Batu Caves dan Hulu Kelang dari Pakatan Rakyat tak tido malam. Ini bukti nyata rakyat di Gombak dah mual dengan tipu daya mereka serta janji yang tidak pernah di kota oleh pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Gombak ini. Kalau tempoh hari Anwar Ibrahim sendiri yang turun selaku Defacto Pakatan Rakyat bersama pemimpin besar yang tak berapa nak besar Pakatan Rakyat dari PKR dan PAS di Batu 8 Gombak sekali pun, tetapi sambutan rakyat tetap hambar dan agak lesu. Hanya sekitar 300 orang yang hadir. Namun berbeza dengan Program Dialog Rakyat 1Malaysia Tolak Fitnah yang mana Gombak di beri penghormatan sebagai tuan rumah pelancaran program ini yang man telah disempurnakan pelancarannya oleh YB. Dato Noh Omar. Jumlahnya jauh lebih besar dari program Ceramah Anwar tempoh hari. Cuba bayangkan sekiranya sekiranya Presiden UMNO sendiri yang turun pada malam itu sudah pasti ribuan rakyat akan hadir.

Kenapa agaknya sambutan rakyat lebih hebat terhadap Ceramah UMNO dan Barisan Nasional dari Ceramah Anwar dan PKR serta PAS. DAP tiada pula dan tidak di tonjolkan pulak pada malam itu. Bendera yang naik hanya bendera PAS dan PKR sahaja. Kenapa lah agaknya ya? Apakah mereka ini nak menipu rakyat sekali lagi sebab tahu sensitiviti orang Melayu di Gombak yang benci dan marah dengan DAP jadi tidak mahu mereka membenci Pakatan Rakyat maka hanya ditonjolkan parti PAS dan PKR sahaja di kampung-kampung tradisi yang majoritinya Melayu.


Berbalik tentang sambutan tadi. Ya salah satu sebab kerana rakyat dah kembali bersama perjuangan UMNO dan Barisan Nasional yang mana jelas perjuangannya untuk membela nasib semua kaum dan untuk mengekalkan keamanan dan kedamaian serta keharmonian negara untuk masa depan yang lebih gemilang. Berbeza dengan Pakatan Haram ini yang lebih cenderung ke arah melakukan kerosakan dan kehancuran. Ingin menjadikan Malaysia seperti Negara Mesir dan Libya agaknya.


Kedua bukti jelas ceramah UMNO dan Barisan Nasional bukan platform yang digunakan oleh pemimpin parti menghentam dan mencaci atau menfitnah orang tetapi lebih kepada memberi penjelasan tentang hala tuju perjuangan, dasar-dasar parti mahupun kerajaan dan juga aspirasi yang cuba di pejuangkan dalam membela rakyat berbilang kaum dinegara ini. Lihat sahaja program ini, bukan hanya berceramah tetapi sessi dialog. Siapa sahaja yang hadir dipersilakan untuk bertanyakan apa jua soalan dikhalayak ramai dan boleh di tujukan kepada siapa sahaja dan apa sahaja. Soalan nak menghentam UMNO dan nak menuduh UMNO pun boleh dan bukan takde ada juga yang bertanya dan dipersilakan serta dialu-alukan oleh para penceramah agar mereka yang hadir dari parti PAS itu boleh terbuka minda bila dijawab dengan hujah dan hadis serta dalil.




Seperti contoh tentang Demokrasi adalah ajaran sekular dan bagaimana pendapat ustaz tentang Malaysia mengamalkan Demokrasi. Apa jawapan Ustaz Fathul Bari?...Ya benar... Demokrasi memang sekular tetapi...ambik contoh tuan didalam Hutan dan tiada makanan cuma yang ada hanya Khinzir dan Ular. Kalau tak makan akan memudaratkan. Jadi nak pilih mana? Kedua-duanya haram.  Pilih lah Ular jangan pilih khinzir pula. Pilih pekara yang paling sikit kesan mudaratnya dari kemudaratan yang lain.


Demokrasi bukan ajaran Islam tetapi kita pilih dan kita bendung dan pasang pagar. Demokrasi di Malaysia tidak sama dengan demokrasi barat. Kita ada batas-batas yang dipagari dengan Syarak. Walau kita demokrasi tetapi kita tidak benarkan Sex bebas, kita tidak benarkan LGBT, kita tidak benarkan Kebebasan bersuara secara bebas tanpa hadnya. Soalan MNK, Siapa yang dok perjuangkan hak asasi tanpa batasan ini? Dalam satu masa kata UMNO dan BN kafir sebab amal demokrasi, sekularlah tak laksana Islam la tetapi dalam masa yang sama bersekongkol dengan parti yang menuntut demokrasi tanpa batas dan sekular yang melampau. sekongkol dengan LGBT dan sex bebas atas nama hak asasi yang melampau tanpa batasan.


Jelas malam itu makin ramai rakyat yang berpaling arah bersama BN dan UMNO. Tahniah kepada Penyelaras BN DUN Gombak dan para petugas yang telah bersama menjayakan program pada malam itu. Anda tahu siapa anda hanya Allah yang dapat membalas budi anda atas nama pejuangan Ali Ba Ta ini.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!