Tempoh hari MNK sempat mengikuti satu himpunan pendekar-pendekar Malaysia di Perak. Dari segenap pelusuk negara mereka turun dan menyatakan bahawa mereka ini sedia mempertahankan seni adat pusaka bangsa masing-masing dan budaya tanahair Malaysia tercinta. Ya budaya masing-masing kerana bukan hanya pendekar Melayu, malah mereka dari bangsa Cina dan India juga turut hadir berdiri teguh di sebelah Pendekar-pendekar Melayu. Mereka ini yang mana tidak rela negara Malaysia kehilangan raja-rajanya seperti apa yang berlaku di tanah asal nenek moyang mereka. Mereka tidak sanggup melihat Malaysia menjadi seperti India yang hilang maharaja nya atau China yang hilang Dinastinya.
Mereka akan amuk sekiranya ada pihak yang cuba menjadikan Malaysia seperti itu dan amukkan mereka akan dizahirkan dari pendaman jiwa mereka pada PRU13 nanti dengan mengundi BN dan memberi kemenangan besar pada Barisan Nasional nanti.ini janji ikrar sumpah pendekar.
Tahniah diucapkan kepada Pendekar Negara Mahaguru Tan Sri Omardin yang berjaya menghimpunkan pendekar-pendekar seluruh negara yang bernaung dalam Majlis Pendekar Malaysia yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung kali Pertama tempoh hari di Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri Malaysia.