FOLLOW ME


Tuesday, 8 January 2013

MAT SABU BAKAL JADI PRESIDEN PAS???

Cuba lihat betul-betul gambar ini...apa yang tidak kena? Kalau kita lihat dengan mata hati dan secara tersirat sudah pasti kita nampak bahawa yang berada diatas itu semua adalah Presiden dan De Facto Parti-parti pembangkang. Dalam erti kata pemimpin no.1 yang parti masing-masing dalam pembangkang yang menentukan dasar dan hala tuju parti masing-masing. PKR sudah pasti tidak lain dan tidak bukan Si Anwar Ibrahim, DAP pula tentulah Lim Kit Siang tapi opppss nanti dulu PAS siapa yang tentukan ni? Kenapa ada dua orang diatas pentas? Walaupun kedua-duanya hadir yang patut ada atas pentas adalah Hadi Awang lah selaku Presiden PAS. Atau ini signal Anwar kepada semua bahawa Hadi Awang hanya boneka sekarang ini dalam PAS yang menentukan hala tuju PAS sekarang ini ialah Mat Sabu. Anwar lebih selesa dengan Mat Sabu daripada Hadi Awang yang dilihat akan sebagai sorang yang gila kuasa juga seperti Anwar kerana tiba-tiba sejak kebelakangan ini dah pasang cita-cita nak jadi Perdana Menteri. Mana boleh itukan hak mutlak Anwar Ibrahim. Kalau Hadi Awang pun nak jadi Perdana Menteri mana nak campak Anwar Ibrahim yang dah memasang cita-cita begitu lama dan dah buat kerja giler dan gadai segalanya sekian lama untuk mencapai cita-cita nak jadi Perdana Menteri negara. Hang Hadi Awang baru masuk gelanggang tup tap tup tap nak jadi Perdana Menteri lak. Wait in line ler jawabnyer.
Tapi yang pelik ni si Mat Sabu ini yang dok ada kat atas tu sebab apa yek? Cuba bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada Hadi Awang misalnya kerana kesihatan atau dipanggil pulang oleh Ilahi, maka Mat Sabu lah yang akan menjawat jawatan Presiden PAS selaku pemangku. Maka beliau pun sudah pasti kalau sekarang ini pasang angan-angan jadi Timbalan Perdana Menteri maka bila Hadi Awang dah tiada beliau tentu tidak lagi punya cita-cita jadi Timbalan Perdana Menteri sahaja tapi pasti nak jugak menjadi Perdana Menteri. Nauzubillah kalau depa-depa nie semua jadi Perdana Menteri. Bayangkan Mat Sabu jadi Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri? Sudah pasti dasar baru diperkenalkan ialah dilarang menggunakan Bahasa Inggeris sama sekali kerana bahasa sekular dan haram digunakan kot. Maka bersorak lah para penyokong PAS kerana Langkah pertama menolak pendidikan sekular kononnya dan memperkenalkan pendidikan Islam. Padahal sebab dia tak berapa paham bahasa Inggeris tu maka di buatnya jadi hukum. Parah lagu tuu...

Tetapi kini mereka kelihatan sepakat dalam satu perkara. Kalau dulu mereka tidak mendapat kata putus pasal nak tegak negara Islam atau tidak, pasal pembahagian kerusi yang dibakal dipertandingkan pada PRU13 nanti. Manifesto Pakatan Pembangkang. Semua tak sepakat tetapi kita dah sepakat dalam Isu Kalimah Allah kerana semua bersetuju ya boleh di gunakan oleh si kafir laknatullah tu. Apa nak jadi dah dengan pejuangan PAS. Satu ketika dulu aku ada rasa hormat kat puak mereka ini kerana berani menyuarakan pejuangan mereka dengan berjubah serban dan merayap di masjid dan surau di segenap kampung. Tapi kini hilang sudah hormat malah bertambah menyampah dari hari ke hari. Baca Selanjutnya

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!