FOLLOW ME


Monday 22 August 2011

40 PEMUDA PKR MENYERAHKAN BORANG KEAHLIAN SERTAI UMNO KEPADA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK !!!


   Tn. Hj. Megat Zulkarnain menceritakan kisah pertama kali beliau berjumpa Saudara Ijat
Tanggal 21/08/2011 merupakan satu tanggal yang mana Pemuda UMNO Gombak dibawah kepimpinan Tn Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin sekali lagi melakarkan satu sejarah. Pada tarikh ini telah berlangsungnya Program Berbuka Puasa dan Penyerahan Borang Keahlian UMNO bersama Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak. Mungkin ramai bertanya apa yang menjadi sejarahnya kerana berbuka puasa adalah perkara biasa begitu juga dengan penyerahan borang keahlian baru UMNO juga amat biasa di tempat-tempat lain di Gombak ini. Memanglah  kalau orang biasa mengisi borang untuk menyertai UMNO adalah perkara biasa namun apa yang menjadikan ianya sejarah yang dilakar oleh Pemuda UMNO Gombak ialah buat kali pertamanya dalam sejarah Pemuda UMNO Gombak diadakan program Penyerahan Borang sebanyak 40 keahlian Baru Pemuda UMNO dari Pemuda-pemuda PKR yang telah mengistiharkan keluar dari Parti PKR dan menyertai UMNO.
Kalau masih ingat tulisan saya yang lepas pada bulan Julai 2011 atau mungkin pembaca boleh melayari kembali artikel yang diterbitkan oleh Gombak Ku Sayang bertajuk Pemuda UMNO Gombak Terima Tetamu Istimewa PKR!!!!. . pada tanggal 27 Julai 2011, hari ini ialah kesinambungan dari rentetan Pemuda UMNO Gombak Terima Tetamu Istimewa PKR yang mana akhirnya diterjemahkan dengan kemasukan 40 Pemuda PKR menyertai UMNO dan mengistiharkan mereka keluar dari Parti PKR.
Mereka ini bukan rakyat atau belia biasa disekitar Gombak tetapi mereka-mereka ini merupakan jentera dan anak-anak muda yang mengerakkan Angkatan Pemuda Keadilan atau AMK di Dearah Gombak khususnya dia Dun Batu Caves ini.  Seramai 40 orang anak muda yang dulunya terpedaya dengan perjuangan PKR telah mula marah dan sedar diatas penipuan yang telah dilakukan kepada mereka oleh pemimpin-pemimpin PKR. Mereka telah sepakat bertindak keluar dari PKR dan menyertai UMNO serta berikrar akan bekerja dan membantu UMNO untuk merampas kembali Gombak dari tangan PKR kerana mereka sudah masak dan muak dengan penipuan yang dilakukan  kepada rakyat oleh pemimpin-pemimpin PKR yang mana mereka melaungkan disana-sini diatas pentas-pentas ceramah bahawa mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat walhal sebenarnya mereka hanyalah memperjuangkan kepentingan peribadi dan kekuasaan serta jawatan untuk diri sendiri. Mereka melaungkan tentang keburukkan Barisan Nasional seperti rasuah walhal bila berkuasa di Selangor mereka lagi teruk rasuahnya, mereka mengatakan UMNO salah guna kuasa walhal apabila mereka berkuasa mereka lagi teruk menyalahgunakan kuasa.
Diketuai oleh dengan panggilan mesra Ijat atau nama penuhnya Khairul Jasry yang merupakan tenaga pengerak AMK di DUN Batu Caves seperti beliau merupakan salah sorang counting agent untuk parti PKR masa pilihanraya 2008 manakala Sdr Saharudin@Begar yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang merupakan counting agent untuk BN ketika itu dan mereka ini tidak boleh untuk duduk semeja walaupun bermastautin dalam satu taman yang sama. Beliau juga merupakan bertanggung-jawab sebagai Ketua unit Keselamatan di Dun Batu Caves untuk beberapa program-program PKR di Dun Batu Caves ini. Beliau telah menganggotai PKR semenjak awal PKR ini ditubuhkan lagi. Namun hari ini Alhamdullillah seperti kata Tn. Hj Megat Zulkarnain dalam ucapannya mungkin ini lah berkat doa serta barakah bulan Ramadhan ini doa ibu dan bapa Saudara Ijat yang mana kedua-duanya merupakan penyokong UMNO agar Allah membuka hati anaknya ini untuk menyokong perjuangan yang benar akhirnya termakbul pada tanggal 21 Ramadhan bersamaan dengan 21/08/2011 dengan tindakan Saudara Ijat bersama 39 rakannya yang lain bertindak keluar parti PKR dan menyertai Parti UMNO.


Pada peringkat awalnya iaitu lebih kurang 3 bulan yang lepas dengan bantuan Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Taman Selayang iaitu Saudara Imran Kassim atau lebih dikenali dengan panggilan Bob telah berusaha untuk menemukan Saudara Ijat dengan Tn. Hj Megat Zulkarnain. Akhir pertemuan telah dapat diaturkan di sebuah restoren atau lebih tepat kedai kopi dalam kata lainnya di Melawati. Sejak itu Saudara Ijat mula mengikuti sessi perbincangan kedai kopi bersama rakan-rakan Pemuda UMNO yang lain dan bersama dengan Tn. Hj Megat sendiri dan akhirnya beliau telah menyatakan hasrat untuk bersama UMNO dan akan membawa rakan-rakan yang lain bersama UMNO maka akhirnya pada 21/08/2011 sempurnalah kemasukkan Sdr Ijat bersama 39 rakannya ke UMNO dan sekaligus keluar dari Parti PKR. Mereka juga berjanji akan bekerja habis-habisan untuk menarik lebih ramai lagi rakan-rakan mereka untuk bersama umno / BN dan akan memastikan jentera PKR akan lumpuh di Gombak ini khususnya di DUN Batu Caves.

Dalam ucapan Saudara Ijat beliau berkata "Setelah saya berdebat dan berbincang dengan Megat Zulkarnain sejak tiga bulan lepas, saya mendapat gambaran dan tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR,"

Cerita ini tersebar seperti pisang panas di alam cyber juga dimedia masa utama, antaranya seperti senarai dan capaian dibawah ini

Mereka bertindak keluar PKR masuk UMNO adalah kerana mereka sama sekali hilang keyakinan dengan perjuangan PKR. Mereka takut dengan masa depan anak-anak mereka bila melihat agama juga telah berani dipermainkan dan diperdagangkan demi kelangsungan politik sempit PKR.  Disamping itu saudara Ijat juga menyatakan beliau amat tertarik dan jatuh minat dengan cara dan corak kepimpinan yang dibawah oleh Tn. Hj Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin bersama Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Walaupun Tn. Hj. Megat memegang jawatan-jawatan penting didalam UMNO diperingkat Pemuda seperti menjadi Exco Pemuda Malaysia dan Penyelaras BN Parlimen Gombak, beliau amat mudah didekati dan boleh dibawa berbincang dan berdebat walaupun hanya  dikedai kopi.

Tunggu pula nanti Ketua Pemuda Kedai Kopi selepas ini.....

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!