FOLLOW ME


Wednesday, 3 August 2011

YAB PM UNDUR SELANGKAH UNTUK MENTERI-MENTERI LANGKAH KE HADAPAN


Saya ingin berkongsi satu kata-kata hikmah dari bekas boss saya Pak Anjar  seketika didalam kerjaya saya sebagai seorang Business Analyst di salah sebuah syarikat  swasta. Katanya setelah diterjemahkan dalam bahasa Melayu berbunyi begini lebih kurangnya “ Kadang-kadang untuk maju kehadapan bersama pasukan kita, sebagai ketua kita perlu mengambil selangkah kebelakang dan biarkan pasukan kita mendahului kita”.  Ini merupakan satu tamparan yang amat hebat kepada saya ketika itu, susah untuk menerimanya dan memahaminya. Apa yang salah saya lakukan? Apakah salah saya menyuarakan idea saya? Apakah salah saya membetulkan pandangan dan idea yang kurang bernas atau salah dari pasukan saya didalam mesyuarat tertinggi pengurusan atau mesyuarat peringkat Divisyen Syarikat?
Saya cuba fahami kata-kata itu dan untuk kepastian saya sering bertanya pada beliau apabila berpeluang berjumpa dengan Pak Anjar untuk mendapat kefahaman lebih mendalam yang apa sebenar maksud kata-katanya itu.  Penjelasan yang berikut telah membuat saya akhirnya benar-benar faham maksud kata-kata hikmah itu.
“Saya tahu apa yang kamu katakan didalam mesyuarat itu semua betul dan lebih baik berbanding cadangan atau idea yang dilontarkan oleh seorang staff kamu. Tetapi ini yang saya maksudkan kadang-kadang awak perlu mengambil selangkah kebelakang “ Take one step back”  dan biarkan sahaja lontaran idea staff tadi tanpa kamu melontarkan idea kamu yang lebih baik dan lebih bernas itu. Ini akan menjadikan pasukan atau staff kamu tadi kelihatan arif dan benar, kelihatan hebat dan dia “seize the moment” ketika itu. Selepas mesyuarat kamu duduk balik dengan dia dan kamu bincang dan lontarkan idea kamu kepada dia dan ibarat kamu menambah baik ideanya bersama idea kamu. Department lain akan melihat kejayaan staff kamu tadi, cukup hebat kerja staff kamu tadi. Walaupun pada hakiki kamu yang banyak memberikan penambah-baikan kerja itu tadi namun yang mendapat pujian adalah staff kamu.
Aku terfikir, ibarat Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama. Kata Pak Anjar lagi namun mereka akan bertanya dia tu siapa, oh staff Si Najib, Department mana, Department Business Analyst. Semuanya pujian atau pengiktirafan itu tadi akan akhirnya kembali kepada Department kamu dan kamu sendiri akhirnya kerana kamu adalah ketua department kamu bukan. Baik buruk pujian atau cercaan sebagai ketua kamu yang pegang ‘accountability’ nya. Maknanya kamu tidak perlu dilihat dihadapan sepanjang masa untuk memastikan department kamu mendapat pujian dan pengiktirafan department-department lain atau dari pengurusan tertinggi sekalipun.
Saya setuju dan benar sekali kata Pak Anjar ini setelah hampir lebih 3 tahun kali terakhir saya bertemu beliau. Ini cara seorang pemimpin. Dalam erti kata lain tidak perlu sebagai pemimpin kita hanya inginkan diri kita kelihatan hebat dan semua idea kita jer yang kelihatan bernas dan hebat. Kadang-kadang kita haruslah membiarkan agar pengikut kita, penyokong kita kelihatan hebat, biar mereka “seize the moment” kita hanya dibelakang tabir mencorak dan menambah-baik idea dan cadangan atau kerja itu tadi. Akhirnya orang akan mengiktiraf kita sebagai pemimpin terhebat kerana pengikut kita terdiri dari orang-orang yang telah diiktiraf sebagai hebat.

Ini boleh juga di implimentasikan dalam satu organisasi politik dan kerajaan. Seperti sekarang ini kita kedengaran dari mulut rakyat yang mana rata-rata gembira dan bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dalam gerak-kerjanya dan usahanya tetapi ramai yang merungut juga mengatakan 'Itu hanya dia seorang'. Menteri-menteri atau Kementerian lain tidak kelihatan bekerja dan melaksanakan tanggung-jawab seperti YAB Perdana Menteri. YAB Perdana Menteri, Menteri Kewangan kelihatan hebat dan berjaya dengan segala gerak kerja yang amat baik, sebagai seorang Perdana Menteri memang itulah yang sepatutnya. Namun kerana semua kehebatan telah diberikan atau tertumpu kepada beliau seorang telah mengakibatkan kementerian-kementerian dan menteri-menteri lain tenggelam dan tidak mendapat ruang atau pengiktirafan sewajarnya atau mungkin tidak dapat mengejar kehebatan YAB PM mengakibatkan mereka terus cicir dan terpinggir akhirnya. Kalau kita mengambil pendekatan seperti kata hikmah diatas itu tadi, kadang-kala seorang Perdana Menteri pun harus mengambil satu langkah ke belakang dan membiarkan kementerian-kementerian lain atau menteri-menteri lain melangkah kehadapan dan mendapat pengiktirafan dan pujian. Biar mereka ‘seize the moment’ agar rakyat akan memberikan pujian dan pengiktirafan kepada menteri dan kementerian tersebut dan dalam masa yang sama rakyat memberi pengiktirafan dan pujian kepada Ketua atau Boss kepada menteri-menteri tersebut dan kementerian tersebut dan sudah pasti ianya akan kembali kepada Perdana Menteri dan Kerajaan itu sendiri.
Mungkin perlu 'rebranding' kembali kesemua kementerian-kementerian yang agak tenggelam itu tadi dan menampilkan suatu imej yang lebih mesra rakyat, utamakan rakyat, dahulukan pencapaian dan sebagainya bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Sudah lebih 50 tahun kementerian-kementerian ini wujud dan sudah sampai masanya kementerian ini melalui satu proses ‘rebranding’ atau  ‘make over’ seperti yang biasa dilalui oleh syarikat-syarikat swasta untuk menwujudkan satu budaya baru, satu hala tuju dan misi serta visi malah semangat yang baru dalam memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Itu kerajaan dalam parti juga boleh dipraktikkan dimana diperingkat Bahagian-bahagian misalnya. Ketua Bahagian mungkin boleh melakukan yang sama keatas ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-ketua sayapnya dan Pemimpin-pemimpin Cawangan kerana akhirnya mereka ini semua adalah ahli pasukan kita didalam Bahagian kita. Kalau pujian datang dari rakyat Gombak kepada mana-mana ahli UMNO baik, ahli biasa Pemuda, Exco Pemuda hatta Ketua Pemuda UMNO Bahagian sendiri sudah pasti kerana keberkesanan dan kehebatan UMNO Bahagian Gombak itu sendiri yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian. Kalau Pemuda UMNO Bahagian Gombak hebat pujian akan akhirnya kembali kepada UMNO Bahagian Gombak. Kalau Wanita UMNO Bahagian Gombak hebat pujian tetap dikembalikan kepada UMNO Bahagian Gombak juga. Sudah pasti kehebatan ini akan hanya berlaku kerana Ketua Bahagiannya mengkhendaki dan membenarkannya serta berusaha kearah itu.

Apapun ini hanyalah pandangan peribadi saya dan saya percaya untuk kita melangkah selangkah kebelakang dan membenarkan pengikut, pekerja atau penyokong kita maju kehadapan dan mendapat pujian dan pengiktirafan memerlukan pemahaman dan jiwa yang besar. Maklumlah kadang-kadang kita tidak mendapat atau terlepas pengiktirafan dan sudah pasti kita akan merasa kecewa kerja kita orang lain dapat nama misalnya namun jangan lupa walaupun kita tidak mendapat nama namun kalau direnungkan diakhirnya pasukan kita juga yang menang dan mendapat nama. Akan pasti tiba waktu kita juga pasti akan mendapat pengiktirafan dan pujian yang sewajarnya. Sebagai pemimpin ini mungkin sedikit pengorbanan kita kepada pekerja, pengikut, penyokong dan akhirnya rakyat.

Gombak!!!! Gempur!!!!!


 

WAJIB BACA!!!