Kampung Sungai Chinchin yang terletak di Batu 8 Jalan Gombak merupakan salah satu kampung tertua di Rantau Gombak ini. Ianya hanya lebih kurang 10km dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dalam erti kata lain merupakan satu kampung di pinggiran bandar.
Panggangan kumpulan ayam pertama. Oppss api kena jaga jangan terlalu besar nanti hangus ayam tu!!!! |
Pada 30hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu, saya berkesempatan bersama seramai lebih 30 orang Pemuda UMNO Kampung Sungai Chinchin ini telah menjayakan Program Santai BBQ dan Beramah Mesra Sempena Menyambut Bulan Ramadhan. Program ini telah di ilhamkan oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan telah disempurnakan dan dijayakan oleh Setiausaha Pemuda Cawangan Saudara Hazwan bersama beberapa Pemuda cawangan. Semuanya dijalankan secara gotong-royong, baik dari soal pembelian bahan-bahan mentah di pasar, memotong, membersih, memasak dan memanggang hingga terhidangnya segala juadah. Walaupun program ini berskala kecil namun pengisiannya amat bermakna kepada pemuda-pemuda Sungai Chinchin. Apa yang telah diterapkan melalui program ini iaitu kerjasama, bantu-membantu, melaksanakan amanah dan tugasan yang telah diberi, pengorbanan dan ikhlas berjalankan tanggung-jawab antara sedikit sebanyak pengisian dan latihan melalui perlaksanaan program ini.
Chef ayam panggang sorang tu jer...yang lain tu tukan sibuk jer tu tengok ayam dah masak ker belum..Lapar sudah!!! hahaha!!! |
Seawal jam 8.00 pagi Pemangku Ketua Pemuda dan Setiausaha telah bangun untuk ke pasar pada hari Sabtu yang kebetulan pula hujan agak lebat dimana waktu-waktu sebegini ramai yang masih berselubung dengan selimut. Maklumlah hari cuti dan cuaca hujan pula. Beberapa Pemuda pula diamanahkan untuk menyediakan tempat program hendak dijalankan. Ianya dipersetujui semua untuk diadakan dibangsal tinggal ditepi padang bola kampung. Jadi kena bersihkan kawasan program, kena tarik wayer untuk pemasangan beberapa lampu kalimantan agar terang dan selesa untuk menjamu selera. Al maklumlah BBQ pasti seronok pada waktu malam dan maklumlah padang kampung mana ada ‘spotlight’. Beberapa Pemuda pula ditugaskan untuk mencari atau menyediakan tempat untuk pembakaran, dalam ertikata bekas untuk panggang atau bbq ayam tadi. Pendek kata semua dibahagikan tugasan masing-masing dan untuk memastikan program ini berjaya setiap yang telah diberikan tugasan haruslah ikhlas dan amanah dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan.
Wakil UMNO Cawangan yang hadir yang mesra dengan panggil Abang Ayim dan pemimpin belia kampung Ayie. Isteri dan anak Pemangku Ketua Pemuda Cawangan juga turut hadir. |
Ini merupakan salah satu bentuk latihan kepada Pemuda Sungai Chinchin pada masa yang sama di mana dalam berseronok untuk BBQ mereka juga dilatih untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Ada pula Pemuda yang hadir pada malam itu yang mana tidak dinyatakan tugasan mereka dengan ringan tulang telah turut membantu tanpa diarah, menyalakan arang, membakar dan memanggang, mengangkat dan menyusun kerusi, meja dan barang-barang makanan dari rumah Saudara Hazwan tadi. Semua ini dilakukan dengan rasa ikhlas demi menjayakan sebuah program yang tidak seberapa ini.
Menu yang disediakan... Ayam Panggang BBQ, Bihun Goreng, Kerang Bakar, Sausage, Bubur Lambuk... puas makan dan habis kesemua hidangan. |
Disamping menikmati juadah yang disediakan bersama oleh mereka sendiri, pemuda-pemuda juga dapat beramah mesra dan merapatkan silahturrahim antara sama satu sama lain. Ini bukan bermakna mereka tidak rapat tetapi maklumlah kerana sibuk dengan pekerjaan masing-masing hingga kadang-kadang sebulan tidak berjumpa, maka di program seperti ini dapatlah mereka bertemu-sua dan bertukar-tukar cerita terkini dan perkembangan masing-masing.
Sedang ramai anak-anak muda berpesta dan merempit di kota raya pada hari Sabtu malam minggu terakhir sebelum ketibaan Ramadhan, terdapat lebih 30 orang anak muda Sungai Chinchin memilih untuk bergotong-royong menjayakan Program Pemuda UMNO Sungai Chinchin dan beramah mesra sambil menikmati ayam panggang dan kerang bakar.
Pemuda-pemuda Sungai Chinchin memilih untuk mengikuti Program dan aktiviti sihat UMNO pada Sabtu Malam Minggu dari merempit dan berpesta di tengah Kotaraya. |
Kalaulah boleh buat program setiap malam minggu di Cawangan.....
Gombak!!! Gempur!!!!
Gombak!!! Gempur!!!!