FOLLOW ME


Tuesday 9 August 2011

TAHNIAH PEMUDA PAS!!! ISU GEREJA DUMC

Baru-baru ini di Selangor kita digemparkan dengan isu dimana tindakan Jabatan Agama Islam Selangor atau lebih dikenali dengan nama JAIS yang dikatakan kononnya telah menyerbu atau didalam bahasa Inggerisnya “Raid” sebuah gereja. Tindakan ini telah dikecam oleh semua kepimpinan baik Kerajaan Negeri Selangor atau Kepimpinan Parti-parti yang memerintah negeri Selangor yang terdiri dari Kepimpinan PKR, DAP dan PAS. Namun masih ada seorang insan didalam kepimpinan Parti PAS walaupun baru digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor 2 bulan lepas tetap berdiri teguh mempertahankan prinsip beliau sebagai seorang umat Islam apatah lagi beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggung-jawab menjaga hal ehwal Islam, adat-adat melayu, infrastruktur dan kemudahan. Beliau ialah Dato' Dr Hasan Bin Mohamed Ali Exco.


Apa yang menyedihkan ialah perlbagai dakyah, kutukan, kritikan tak kurang denga caci-maci telah dilemparkan kepada JAIS dan Hassan Ali oleh kepimpinan DAP dan PKR ini. Walhal walau pun mereka merupakan kepimpinan diperingkat parti tetapi mereka lupa atau memang sengaja tidak ambil peduli dan heran tentang jawatan yang di sandang oleh Dr. Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehwal Islam ini. Sebelum ini tidak pernah kita mendengar kerajaan negeri sendiri mengkritik tindakan agensinya yang sudah pasti bertindak secara professional dan sudah pasti sebelum melakukan apa-apa tindakan seperti serbuan dan penahanan mereka akan menyiasat dan merujuk dari segi perundangan yang termaktub apakah ianya dibawah bidang kuasa mereka untuk melakukan sesuatu perkara itu.

Kecaman hebat dilemparkan kepada Dr. Hassan Ali seperti ada usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau dari memegang kerusi Exco Hal Ehwal Agama Selangor ini kerana ini bukan kali pertama beliau bertindak menentang arus corak kepimpinan negeri Selangor kerana beliau masih mempunyai jati diri sebagai seorang Islam. Apa kita lupa isu Arak?? Terbukti beliau tidak sanggup Islam dilacurkan dinegeri Selangor ini. Beliau lebih takut kepada Allah dari takut kepada DAP dan PKR. Walhal cerita sebenar yang tidak dimainkan atau diceritakan oleh bloggers pembangkang atau Media Pembangkang seperti Malaysian Insider ialah ianya bukan serbuan tetapi lebih kepada siasatan dan pencegahan.

Versi mereka yang mengkritik JAIS dan mengecam Dr. Hassan Ali yg dipetik dari Malaysia Insider

Laporan memburukkan JAIS oleh The Malaysia Insider
Terjemahan - PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) - Pihak polis dan pihak berkuasa agama Selangor menyerbu majlis makan malam pelbagai kaum di Damansara Utama Methodist Church (DUMC) di sini malam tadi ke atas aduan yang tidak ditentukan.-  Sila rujuk gambar diatas atau layari http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/jais-cops-raid-church-over-multi-racial-dinner

Versi Dr. Hassan Ali – Fakta-fakta yang dipetik dari Kenyataan Akhbar Dr. Hassan Ali (Exco Agama Selangor) August 6, 2011 – (http://pondokhabib.wordpress.com/2011/08/08/kenyataan-akhbar-dr-hassan-ali-exco-agama-selangor/)

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai. Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’. Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Namun sedang ramai mengkritik Dr. Hassan Ali hatta dari kepimpinan PAS sendiri seperti Khalid Samad dan lain-lain, dari PKR seperti Khalid Ibrahim dan dari DAP jangan cakap lah tiada seorang pun dari “sahabat” seperjuangan Dr. Hassan Ali didalam PAS yang tampil mempertahankan tindakan Dr. Hassan Ali dan JAIS yang jelas dituntut didalam agama untuk mencegah daripada umat Islam menjadi murtad atau menjaga akidah seramai 12 umat Islam yang berada pada majlis tersebut lahir Pemuda yang bangkit menegakkan dan membela keadilan.

Tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat(DPPP) menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu merupakan satu keberanian dan tindakan yang terpuji dimana ia membuktikan masih ada mereka didalam PAS yang berlandaskan prinsip pejuangan dan bukan kuasa semata-mata. Jika didalam UMNO masih wujud insan-insan yang berpegang teguh pada prinsip pejuangan dan bukan jawatan dan kuasa menjadi kejaran maka tidak mustahil didalam PAS juga masih wujud individu-individu seperti Hassan Ali dan Nasruddin Hassan Tantawi.


Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan(DPPP) berkenaan dibuat berasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.

“Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini… kita sokong.
“Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut,” katanya di sini,Selasa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan selama hampir satu jam dengan Hasan Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden berkenaan. (http://din.huluselangor.net/?p=7458)

Tahniah DPPP dan Ketuanya kerana Pemuda beginilah yang diharapkan didalam mana-mana parti yang akan menjadi pendesak dan pembela kebenaran. Saya percaya sekiranya dalam hal ini Pemuda PAS dan PEMUDA UMNO boleh mengenepikan fahaman politik dan meletakkan asas ISLAM dan akidah ISLAM sebagai wadah perjuangan yang mana Pemuda PAS menyokong tindakan Hassan Ali dan JAIS begitu juga Pemuda UMNO turut menyokong dan mempertahankan tindakan JAIS dan Hassan Ali maka bab sebegini kita boleh duduk semeja dan runding untuk tindakan yang sewajarnya untuk membela Islam.

Kalau Pemimpin kita baik Dato Seri Najib atau Dato Seri Nik Aziz tidak bersetuju atau tidak merestui, sebagai anak yang nakal kita tetap duduk merancang tindakan bersama demi Agama kerana akhirnya anak-anak pasti akan membela dan menjaga keluarga masing-masing dan tindakan anak-anak yang dianggap nakal itu tadi mungkin sebenarnya lahir dari hati yang bersih. Kalau Pemuda PAS nak buat Bersih 3.0 di Stadium Shah Alam  menyatakan sokongan atas tindakan JAIS dan HASSAN ALI berhimpun membela Islam dan Jabatan Agama ISLAM Selangor, cuba jemput Pemuda UMNO nescaya ribuan Pemuda UMNO akan bersama Pemuda PAS berdemo menyatakan sokongan kepada JAIS dan Hassan Ali.

Apa prinsip Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dalam hal ini????? Tidak sama dengan Hassan Ali dan Nasaruddin Tantawi ker?? Kenapa senyap!


Gombak!!!! Gempur!!!!!




WAJIB BACA!!!