FOLLOW ME


Monday 4 February 2013

VIDEO: TAK SAMPAI 20 ORANG HADIR CERAMAH UMNO CAWANGAN SUNGAI CHINCHIN DUN GOMBAK SETIA?

Rakyat Selangor khususnya di Gombak telah meluat dengan Pakatan Rakyat yang di pimpin oleh Parti DAP di Selangor ini. Rakyat telah merasakan keperitan dan kesengsaraan dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor selama 4 tahun lebih sudah mula berpaling arah kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO. Ini jelas kelihatan di program Ceramah dan Penerangan Isu semasa di Kampung Sungai Chinchin yang telah diberikan oleh Tan Sri Badruddin Amiruldin yang merupakan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia. Turut memberi ucapan dan ceramah pendek sebelum memberi ruang dan masa yang secukupnya kepada Tan Sri Badruddin ialah Dato' Haji Kaharudin Momin mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Chinchin.
 

Hampir 400 warga Kampung Sungai Chinchin dan Kampung berhampiran telah keluar beramai-ramai untuk mendengar penjelasan dan penerangan isu-isu semasa. Dalam ceramah kedua-dua tokoh ini tiada sekalipun cercaan atau maki atau fitnah dilontarkan oleh kedua-dua tokoh lama dan pejuang UMNO semenjak dari zaman kemederkaan ini kepada sahabat-sahabat atau saudara seagama kita yang menyokong PAS mahupun PKR. Sebaliknya mereka ini mengajak mereka ketepi kan fahaman politik demi Islam. Ketepikan kepentingan parti dan kehendak peribadi untuk satu hari iaitu hari mengundi nanti pada PRU 13 nanti untuk memikir dan memberi kepentingan dan keutamaan kepada Islam. Kerana jelas sekiranya mereka saudara seagama kita yang berada di dalam Pas dan PKR mengundi calon PAS atau PKR maka mereka sebenarnya mengundi DAP. Sebaliknya sekiranya mereka mengundi Barisan Nasional, MCA atau MIC maknanya mereka mengundi UMNO.


Rakyat perlu jelas bahawa sekiranya memberi undi kepada PAS dan PKR dan akhirnya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat maka mereka memberi undi dan kemenangan kepada DAP kerana dalam Pakatan Rakyat Parti yang paling kuat dan paling berkuasa menentukan hala tuju Pakatan Rakyat ialah DAP. Tetapi kalau mereka mengundi MCA, MIC atau UMNO maka mereka memberi kemenangan kepada Barisan Nasional yang mana parti dominan adalah UMNO itu sendiri.


PRU 13 ini nanti adalah sebenarnya menentukan samada kuasa mentadbir negara dan menentukan dasar negara ini kita hendak berikan kepada UMNO atau DAP? Kalau kita mempunyai segelumit rasa tanggung-jawab dan keikhlasan terhadap Islam dan Bangsa kita sudah pasti kita sanggup korbankan prinsip dan pegangan kita terhadap parti untuk satu hari dengan memastikan kuasa pentadbiran negara dan kuasa kerajaan Malaysia negara Islam ini kekal ditangan orang Islam iaitu Parti Islam yang kuat dan mampu melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara tanpa boleh ditekan atau di manipulasi oleh mana mana pihak lain.


Sebaliknya sekiranya kita hanya ingin melukut di tepi gantang dan sanggup bersubahat dan bertanggung-jawab merampas kuasa melalui demokrasi dari Kerajaan Parti Islam dan memberikannya kepada DAP parti Kafir Harbi ini. Nauzubillah min Zalik pembalasan Allah Maha hebat kepada hambanya yang tidak mensyukuri nikmat....

 

 
Note MNK: Terima kasih kepada Jentera Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chinchin yang telah bertungkus-lumus menjayakan ceramah ini. Yang masuk hutan carik buluh untuk bendera, yang pergi rumah ke rumah mengedarkan flyers, PA, kerusi etc etc. Percayalah keringat sahabat adalah demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara yang pasti ada nilai dan di balas oleh Allah S.W.T.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!