FOLLOW ME


Monday 18 February 2013

DATUM JELATEK - PENDUDUK KERAMAT BERI INGATAN TRAGEDI 13 MEI KEPADA REJIM PAKATAN SELANGOR


Bapa MNK selalu cerita tentang bagaimana pengorbanan dan semangat kental Pemimpin UMNO yang terdahulu mereka yang merupakan nasionalis Melayu. Orang Melayu Anak Selangor memang berjiwa besar, mereka rela tanah mereka dikongsi bersama dengan anak Melayu lain dari negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Kelantan Pahang Johor dan lain lain. Itulah kerana ingin Melayu turut menikmati pembangunan dan serpihan ekonomi hasil pembangunan bandar-bandar terutama ibukota, maka Pemimpin UMNO  Selangor yang cukup terkenal ketika itu Datuk Harun Idris membuka kampung-kampung baru seperti Kampung Pandan, Kampung Ampang, Keramat, Gombak dan menjemput orang Melayu dari seluruh semenanjung dan diberikan sebidang tanah untuk mereka duduki. Kemudian disambung pula dasar tersebut oleh penyokong dan pengikut yang rapat dengan Datuk Harun dan berpeluang menjadi wakil rakyat atau Exco Kerajaan Selangor. Mereka ini yang berjuang bersama-sama Datuk Harun terus melaksanakan agenda ini.

Maka lebih banyak kampung-kampung baru seperti Kuang dan sebagainya dibuka berkonsepkan matlamat yang sama. Memberi tanah kepada orang Melayu untuk membina rumah untuk mereka sekeluarga berteduh. Memberi mereka peluang untuk menikmati "kek" ekonomi bandar hasil pembangunan bandar tersebut. Kalau nak beli tanah di tengah bandar KL mungkin orang Melayu tidak mampu ketika itu hatta ketika ini pun mana mungkin orang kampung mampu membeli hartanah di tengah KL. Namun kebijaksanaan Pemimpin UMNO yang pandang kehadapan melihat ketika itu KL yang bersize agak kecil pada era 70an itu pasti akan membesar dan akan perlu dibesarkan kerana kelaziman bandar akan melingkar keluar kerana ingin menampung pembangunannya seperti Singapura yang terpaksa menambak laut kerana pembangunan dan penempatan kerana Singapura merupakan sebuah pulau. Begitu juga Kuala Lumpur pasti akan perlu diperbesarkan untuk menampung pembangunan dan langkah Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor sezaman dengan Datuk Harun Idris ketika itu seperti Datuk Ahmad Razali, Datuk Kaharudin Momin, Datuk Fahmi Ibrahim juga turut memberi tanah kepada orang Melayu di Ampang, Pandan, Gombak, Segambut, Puchong ibarat memagari bandar Kuala Lumpur dengan Kampung Melayu yang mana satu hari nanti sekiranya pembesaran dan pembangunan Kuala Lumpur hendak atau tidak mesti mendapat persetujuan orang melayu yang mempunyai hak tanah dan geran tanah di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Maka secara tidak langsung sudah pasti tanah yang mereka dapat percuma dengan menduduki secara setinggan dan diberikan geran itu akan bernilai ratusan ribu ringgit malah mencecah jutaan ribu ringgit kini dan sekiranya mereka ingin menjual tanah mereka maka mereka dapat cebisan ekonomi pembangungan bandar itu tadi.

Ucapan Dato' Kaharudin Momin Mantan Exco Selangor di Kg Sungai Chinchin

Matlamat utama mereka hendakkan orang Melayu duduk di bandar dan mendapat segala kemudahan orang bandar dan peluang yang lebih baik dari segi peningkatan ekonomi dan kemajuan. Bukan lagi orang kampung hanya duduk di Kampung, India di estet dan hanya kaum Cina di bandar seperti zaman penjajahan British dulu. Namun kini di Selangor kita lihat sudah mula ada agenda untuk menghalau orang Melayu balik duduk dikampung-kampung jauh dari bandar dengan dasar kerajaan negeri yang baru dibawah Pakatan Rakyat. Mereka membeli dan mengambil tanah dan melaksanakan pembangunan rumah dan menjualnya dengan harga yang begitu tinggi sekali dan kepada warga asing. Mana mungkin kita mampu membeli rumah dengan harga 800, 000 ribu RM yang paling murah dan paling kecil sekali. Orang melayu yang bergaji 8,000 ke 10, 000 RM pun tidak mampu nak beli rumah sedemikian mahal akhirnya kita terpaksa memilih kawasan rumah yang jauh dari  bandar-bandar dan akhirnya kita balik ke kampung-kampung kembali. Ini agenda jahat mereka secara halus. Kalau semasa 13 Mei mereka tersalah langkah kerana menghalau secara kasar dengan jeritan dan makian sewaktu berarak di Kampung Baru, kini mereka laksanakan secara halus dengan berlandaskan undang-undang yang mana kalau kita tidak lagi punyai kuasa maka kita tidak mampu berbuat apa-apa. Menangis air mata darah sekali pun kalau Melayu tidak berkuasa dan berlindung bawah payung UMNO dan Barisan Nasional maka kita akan hilang segala-galanya. Baca Selanjutnya

Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Terima kasih ayahandaku Dato' Kaharudin Mo'min kerana mendidikku dan menanamkan semangat dan sayangkan pada UMNO.

WAJIB BACA!!!