FOLLOW ME


Sunday 17 February 2013

VIDEO RAMLI SARIP VS DATUK MEGAT ZULKARNAIN - SHOWCASE ANAK MUDA


Ramli Sarip atau lebih dikenali dengan Papa Rock Malaysia memang hebat, apatah lagi dengan suara rock yang unik beliau punyai dan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam persada musik tanahair dalam genre rock tidak dapat di sangkal akan gelaran yang telah diberikan kepada beliau selaku Papa Rock Malaysia. Lagu-lagu beliau yang lebih berbentuk mirip puisi dan sajak dengan lyric-lyric yang mendalam ertinya dan juga cenderung dengan lyric rock kutahanan amat menyentuh kalbu.  Namun begitu semalam lahir seorang penyajak yang tidak kurang hebat bisanya, Penyajak baru tanahair ini telah mendeklamasikan sajakhasil nukilan khas buat program semalam tidak lain dan tidak bukan adalah Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak.
 

Pada program Showcase Anak Muda Parlimen Gombak semalam, ribuan anak muda dan belia tidak ketinggalan pakcik makcik hadir membanjiri perkarangan Pejabata Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin. Program anjuran Majlis Belia Selangor dan IM4U dengan kerjasama Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak ini nyata telah berjaya menarik ramai anak muda dan rakyat tempatan hadir ke program tersebut. Program yang bertemakan Selamatkan Gaza ini disamping menghibur para tetamu yang berkunjung, ianya juga bertujuan untuk mengumpul dana sumbangan serta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku di Gaza. Selain booth-booth pameran dan jualan yang disediakan tidak ketinggalan pertunjukkan autoshow, para pengunjung di tayangkan di layar besar serta di beri penjelasan berhubung dengan apa sebenarnya berlaku pada salah satu misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dimana kapal kemanusian yang membawa bekalan dan pertugas dan sukarelawan dari Malaysia telah diserang oleh tentera Zionis.


Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin yang berada pada siang hari dan pada malam harinya juga apabila tiba giliran beliau untuk menyampaikan sepatah dua kata pada penghujung program tersebut sebaliknya menyampaikan hasrat untuk mendeklamasikan sajak beliau. Mungkin atas perasaan terharu dan sedih melihat tentang apa yang sedang berlaku di Gaza, beliau buat pertama kali dalam hidup beliau telah menyampaikan deklamasi sajak nukilan hati dihadapan ribuan pengunjung yang hadir  yang bertajuk Dari Gombak ke Gaza. Jom kita saksikan video dibawah....

Gombak!!! Gempur!!!

MNK: Tak sangka pendekar silat juga akan tersentuh hati dan mendendangkan sajak puisi nukilan hati yang lulur bila melihat saudara seagama ditindas dan diseksa dengan begitu kejam sekali oleh kerajaan pemerintah di Gaza iaitu Kerajaan Pemerintahan Silaknat Zionis itu. Syukur Ya Allah kerajaan pemerintah negara ku tidak sebegitu..... Alhamdullilah Kerajaan Barisan Nasional Malaysia melaksanakan amanah dengan baik Ya Allah.

WAJIB BACA!!!