FOLLOW ME


Tuesday 12 February 2013

VIDEO AMRI YAHYA DI GOMBAK....PROGRAM IKON BOLASEPAK.

Pada tanggal 10/02/2013 merupakan hari istimewa buat peminat-peminat bolasepak tanahair di Parlimen Gombak dan juga pemain-pemain pasukan bolasepak sekitar Parlimen Gombak dimana bintang bolasepak Pasukan Harimau Malaya dan juga Pasukan Selangor Amri Yahyah telah bertandang dan meluangkan masa sambil beramah mesra serta berdialog dan memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak muda dan adik-adik di Parlimen Gombak. Disamping Amri Yahyah, bintang bolasepak tanah air era awal tahun 2000 iaitu Rusdi Suparman juga turut hadir didalam Program Ikon Bolasepak Malaysia Parlimen Gombak.

Tidak kurang 250 orang yang melibatkan 6 pasukan jemputan dan orang ramai telah bertandang dan tidak melepaskan peluang bergambar serta mendapatkan "autograf"  kedua-dua bintang bolasepak tanahair ini. Sesi soal jawab dan berdialog berkenan sukan bolasepak juga turut diadakan. Program yang di anjurkan oleh Badan NGO Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara dengan kerjasama Pemuda BN Gombak dan NRC 11 ini merupakan julung-julung kalinya diadakan dan Gombak merupakan perintis program seumpama ini.


Walaupun Amri Yahyah hebat didalam padang namun beliau agak pemalu dan amat merendah diri orangnya dan apabila di jemput untuk berucap beliau agak kekok sedikit namun pujian MNK berikan kepada beliau yang tidak mahu menghampakan para peminat yang hadir, beliau tetap memberi ucapan dan menceritakan bagaimana bermulanya karier bolasepak beliau yang mana beliau mula bermain bola semenjak umur 8 tahun dengan menggunakan kasut getah, bukan kasut bola kerana tidak mampu hendak beli boot bola ketika itu. Jelas kata-kata beliau merupakan satu inspirasi buat adik-adik yang hadir malam itu kerana jelas kata perangsang dan contoh untuk berjaya dalam sukan bolasepak ini tidak semestinya memerlukan kelengkapan yang mahal-mahal dan berjenama terkemuka, tapi yang penting ialah keazaman dan semangat yang bersungguh serta berdisiplin. Yang buat MNK bangga ialah Amri turut menasihati adik-adik yang hadir yang paling utama ialah pelajaran. Jangan abaikan pelajaran dan perlu belajar bersungguh-sungguh.


Manakala Sdr Rusdi Suparman pula menasihati adik-adik yang hadir agar menghindarkan diri dari menghisap rokok kerana jelas terbukti perbezaan antara pemain bolasepak yang merokok dan tidak merokok bila diberikan ujian "endurance" nyata mereka yang tidak merokok akan berjaya menjalani ujian endurance ini dengan jayanya berbanding dengan mereka yang merokok. Jadi kalau nak jadi pemain bolasepak yang baik dan bagus sudah pasti adik-adik harus jauhkan diri dari merokok. Ini satu nasihat dan kata perangsang yang tepat dan pasti berkesan kepada adik-adik kerana datangnya dari bintang bolasepak negara.


Diakhir program 6 pasukan sekitar Parlimen Gombak telah disumbangkan dengan set jersey bolasepak dan disampaikan oleh Datuk Kamarul Rashdan selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara  yang mewakili Datuk Ahmad Maslan selaku Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  yang tidak dapat hadir atas tugas-tugas lain. Kedua-dua bintang bolasepak negara ini juga turut menyampaikan set jersey kepada pasukan-pasukan tersebut dan sudah pasti ianya akan menjadi satu sejarah buat pasukan-pasukan ini dan juga sejarah bolasepak Gombak dimana mereka ini telah diberikan jersey dari tangan pemain-pemain terkemuka bolasepak negara dari dua era berbeza.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Datuk Hj. Megat Zulkarnain selaku Penyelaras BN Parlimen Gombak merangkap Ketua Pemuda UMNO Gombak dan juga Datuk Hj. Said Anuar Said Ahmad selaku Penyelaras BN DUN Gombak Setia merangkap Timbalan Ketua Bahagian Gombak dan juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara Datuk Kamarul Rashdan.


Terima kasih MNK ucapkan kepada kedua-dua Penyelaras BN ini kerana telah hadir dan meluangkan masa yang cukup lama walaupun sepatutnya perlu meninggalkan majlis lebih awal kerana dalam masa yang sama Timbalan UMNO Perhubungan Negeri Selangor Dato' Seri Noh Omar hadir dalam satu lagi program yang lain di Hulu Kelang namun kedua-dua tokoh ini tetap meluangkan masa bersama anak-anak muda pada malam itu di Program ini. Begitu juga kepada Datuk Kamarul Rashdan selaku Timbalan Pengerusi Pertubuhan ALUMNI Kelab-kelab UMNO Luar Negara tetap meluangkan masa dan hadir ke program ini walaupun ketika dan saat itu Nenda beliau sedang tenat di Hospital Sungai Buluh, beliau tetap hadir setelah berada seharian di Hospital Sungai Buluh menemani Nenda beliau. Didoakan semoga nenda Datuk Kamarul Rashdan segera sembuh dari segala penyakit.


Tidak lupa kepada para-para petugas dan para-para sahabat yang membantu dan berusaha serta melaksanakan tanggung-jawab masing-masing untuk menjayakan program ini diucapkan terima kasih dan percayalah usaha kita semua ini adalah sedikit sumbangan kita kepada anak bangsa untuk memastikan nasib mereka terbela di negara kita ini dibawah pemerintahan yang sedia ada. Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Gombak!!! Gempur!!!



WAJIB BACA!!!