FOLLOW ME

JOM SAKSI KOLEKSI VIDEO GOMBAK!!! GEMPUR!!!

Loading...

Wednesday, 2 November 2011

AMANAT DATUK MEGAT ZULKARNAIN B. TAN SRI OMARDIN PENYELARAS BN PARLIMEN GOMBAK


Untuk tatapan bersama berikut adalah amanat Datuk Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin kepada Pemuda-pemuda UMNO Bahagian Gombak di Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Bahagian Gombak yang ke-16. Ayuh Pemuda-Pemuda Gombak kita semati dan kita hayati amanat ini buat bekalan semangat untuk kita bergerak dan bekerja lebih keras untuk menghadapi PRU 13. Kita gempur anasir durjana dari bumi Gombak ini. Kita tawan kembali Gombak...Gombak!!! Gempur!!!!


Amanat Datuk Megat Zulkarnain

Wahai adinda-adindaku

Apa tanda Melayu beradat
Pantang duduk meninggalkan muafakat
Pantang tegak membuang sepakat
Pantang berjalan tidak seniat
Pantang berkayuh tidak sebuat
Pantang memakai tidak seadat

Wahai adinda dengarlah amanat
Jangan sekali meninggalkan muafakat
Elok berunding sebelum berbuat
Supaya kerjamu jadi selamat

Wahai adinda dengarlah wasiat
Duduklah engkau dalam muafakat
Supaya Ringan beban yang berat
Sebarang Kerja mendapat berkat

Wahai adinda kekasih ibu
Duduk musyawarah janganlah jemu
Didalamnya banyak terkandung ilmu
Disanalah tempat engkau berguru

Wahai adinda intan terpilih
Tulus dan ikhlas jangan dialih
Berkorban jangan memilih kasih
Semoga menjadi amalan soleh

Apalah tanda batang durian
Buahnya berduri sedap dimakan
Apalah tanda orang budiman
Ke tengah Ke tepi rela berkorban

Wahai adinda kanda beramanat
Bekerjalah engkau selagi sempat
Jangan menunggu berlambat-lambat
Supaya bangsamu hidup selamat


Wahai adinda dengarlah nasihat
Beranikan diri kuatkan semangat
Peganglah petua serta amanat
Supaya selamat dunia akhirat

Wahai adinda pukulkan niat
Kepada kebaikan engkau berhajat
Mana yang salah hendaklah kerat
Beranikan hati melawan yang jahat

Banyak kuini perkara kuini
Kuini berbau tandanya masak
Banyak berani perkara berani
Berani Melayu pantang diinjak


Kalau hendak Mengekalkan Melayu
Tunjuk dan ajar hendaklah tahu

Supaya Melayu kukuh dan besar
Tunjuk dan ajar jadikan pagar

Supaya Melayu tetap terbilang
Petua amanah jadikan tiang

Supaya Melayu tetap terpuji
Tunjuk dan ajar pemayung diri

Supaya Melayu tak hilang muka
Tunjuk ajar wajib dijaga

Supaya Melayu tak jadi hamba
Tunjuk dan ajar wajib ditimba

Supaya Melayu tak jadi sampah
Jangan tinggalkan petua amanah

Supaya Melayu tak jadi bangkai
Petua amanat wajib dipakai

WAJIB BACA!!!