FOLLOW ME


Thursday 17 November 2011

VATICAN ROME PUN TIDAK SETUJU DENGAN “SEXUALITY MERDEKA” AMBIGA



Satu kempen poster yang menunjukkan gambar palsu (super impose) Pope bercium mulut dengan Imam dari Mesir telah sama dimensi selepas mencetuskan kemarahan di Vatican.

Iklan yang dibuat untuk kempen Unhate pakaian firma Benetton, menunjukkan Benedict XVI bercium mulut dengan  Sheikh Ahmed el-Tayeb institut Al-Azhar Kaherah.

Kedua-dua mereka bertelagah apabila Al-Azhar memberhentikan perbincangan antara agama dengan Rom awal tahun ini selepas Pope meminta kepada perlindungan yang lebih besar untuk orang Kristian di Mesir.

Gereja Katolik mengutuk papan iklan itu sebagai provokasi yang tidak boleh diterima.

Wakil jurucakap Vatican Federico Lombardi berkata: "Ini menunjukkan ketiadaan rasa hormat yang serius terhadap Pope."

Gambar itu adalah salah satu daripada beberapa kepingan gambar yang menunjukkan musuh politik bercium bibir.



Mereka termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mencium mulut Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mencium mulut Venezuela Hugo Chavez.
                                                         
Benetton dikenali untuk iklan kontroversi berkata poster itu bertujuan untuk memupuk perasaan "Cinta Global".

Tetapi beberapa imej-imej ini pada papan pengiklanan yang dilancarkan semalam telah diturunkan dengan pantas di Milan, New York, Paris, Tel Aviv dan Rome.

Laporan dari akhar The Sun UK.


Apakah ini yang kita mahu dan inikah yang pembangkang mahukan? Kenapa mereka tidak menentang habis-habisan malah ada yang menyokong Sexuality Merdeka yang hendak dianjurkan oleh Ambiga ini? Mana parti yang hebat berdegar – degar memperjuangkan Islam dan hendak melaksanakan hudud ? Tak perlu lah lagi sibuk pasal Hudud kalau perkara yang jelas dan nyata seperti ini pun kita tidak berani menyuarakan pegangan akidah kita dengan jelas dan nyata. Jangan lah kita berpura-pura menentang sekadar hendak melepaskan batuk di tangga sahaja demi menjaga kepentingan politik maka kita pun keluar lah statement penentangan tetapi tidak boleh sokong kumpulan lain yang terang-terang dan berani menentang kerana kita terikat perjanjian politik haram kita itu. Janganlah ikatan perjanjian parti politik kita itu mengatasi ikatan perjanjian kita dengan Allah. Dalam soal akidah dan pegangan agama kita, ianya harus mengatasi segala-galanya kerana tiada perjanjian apa pun didunia ini boleh mengatasi perjanjian kita dengan Allah.


Sexuality Merdeka ini bertentangan dengan naluri dan fitrah manusia malah bukan hanya kepada mereka yang beragama Islam malah agama Christian juga menentang dan cuba kita lihat statement yang dibuat oleh jurucakap Vatican dibawah yang turut mengecam Seks sejenis. Mereka juga rasa jijik dan malu bila gambar superimpose yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat jenama pakaian Benetton menunjukkan Pope sedang bercium mulut dengan seorang Imam dari Mesir. Ini hanya cium mulut dah jijik apatah lagi melakukan hubungan seks sejenis lelaki dengan lelaki. Apakah atas nama hak asasi manusia kita ingin membenarkan ianya menjadi budaya norma manusia. Apakah hak asasi manusia mengatasi hak agama kepada manusia. Kalau ini berlaku makan manusia semua akan menjadi seperti haiwan yang mana tidak boleh ada undang-undang atau kekangan terhadap peradaban manusia kerana segala larangan baik undang-undang atau agama akan dilihat dan dikatakan melanggar hak asasi seseorang itu sekiranya ia memilih untuk tidak mengikut atau patuh pada larangan tersebut. 


Kita bantah dan kita tentang Ambiga dan mereka yang menyokong Sexuality Merdeka!!!!



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!