FOLLOW ME


Friday 4 November 2011

SEXUALITY MERDEKA ANWAR & AMBIGA VS AGAMA

Baru-baru ini negara kita dikejutkan lagi sekali oleh 2A. Kalau dulu mereka telah menyebabkan  kerugian jutaan ringgit kepada negara kerana angkara Bersih 2.0, kali ini keharmonian kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini pula cuba di ganggu gugat melalui penganjuran Sexuality Merdeka. Perkembangan ini amat merbahaya dan si Ambiga ini amat kurang ajar sekali dengan bertindak menganjurkan program Sexuality Merdeka ini.  Organizer dan penyokong program Sexuality Malaysia ini adalah orang yang sama menyokong Bersih 2.0. Siapa lagi kalau bukan Majlis Peguam dan SUARAM dan Parti Pembangkang. Yang peliknya Parti yang cukup hebat kononnya memperjuangkan Islam dan nak menegakkan Islam masih boleh lagi duduk bersama mereka-mereka  ini yang terang-terangan membelakangi dan melakukan perkara-perkara yang melanggari norma agama. Bukan sahaja agama Islam malah agama-agama lain dalam menuntut hak kebebasan seks ini.

Perhimpunan Sexuality Merdeka
Apa maknanya kebebasan seks? Kebebasan seks ini makna dalam bahasa mudahnya ialah tiada halangan atau kekangan dalam melakukan aktiviti seks. Sama ada umur muda atau tua, kanak-kanak, remaja , hubungan sejenis iaitu laki dengan laki atau kata lainnya GAY atau perempuan dengan perempuan kata lainnya LESBIAN semua dibenarkan. Inilah hak yang Sexuality Merdeka ingin perjuangkan atas nama hak asasi kemanusian agar semua yang dikatakan diatas itu tadi dibenarkan dari segi undang-undang dan seterusnya lama-kelamaan menjadi perkara yang tidak asing lagi di Malaysia dan menjadi kebiasaan dan nilai norma kehidupan rakyat Malaysia.
Mungkin kita tidak sedari dan mungkin kita menganggap apalah sangat perhimpunan yang hendak diadakan itu yang hanya perjumpaan mereka untuk  menyatakan sokongan terhadap Sexuality Merdeka ini walhal bukan mereka melakukan activiti seks pun, namun ini merupakan titik pemulaannya. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Kalau perkara ini tidak dibendung dari sekarang kita kuatiri ianya akan merebak dan berkembang dengan lebih dahsyat lagi.
Ajaran Islam menentang keras aktiviti seks bebas ini jangankan sejenis, laki dan perempuan pun tidak boleh melakukan seks melainkan mereka dah sah menjadi suami isteri. Apa kita nak anak kita yang baru lepas sekolah atau masih sekolah membawa pulang teman lelakinya kerumah dan melakukan aktiviti seks dibiliknya didalam rumah kita atas alasan kebebasan seks ini? Apakah ini yang diperjuangkan oleh 2A ini?  Apa kita hendak Malaysia ini menjadi seperti negara-negara barat yang mana telah menjadi norma remaja disana untuk melakukan seks pada malam "Prompt" iaitu malam terakhir persekolahan menengah mereka? Ibubapa cuma boleh menasihatkan agar berhati-hati dan menggunakan perlindungan agar tidak mengandung. Bukan membendung dan melarang anak-anak mereka untuk jangan melakukan aktiviti seks itu tadi. Dalam erti kata lainnya aktiviti seks ini tidak salah asalkan tidak mengandung. Ianya tidak haram dan tidak berdosa besar asalkan tidak mengandung? Apakah ini ajaran Islam? Itu aktiviti seks yang berlainan jenis bukan songsang. Namun 2A ini bukan hanya menuntut aktiviti seks yang itu saja malah yang songsang iaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan juga hendak diperjuangkan juga.
Ambiga bersama penyokong-penyokongnya
Maknanya mereka menganggap bahawa aktiviti seks lelaki dengan lelaki ini tidak menjadi apa-apa masalah dan kenapa kita rakyat Malaysia tidak boleh terima perkara ini. Mereka ingin kononnya membuka minda dan memberi penerangan kepada kita bahawa ianya bukanlah suatu perkara yang jijik dan keji. Ianya norma kehidupan biasa seperti di barat itu. Perkahwinan lelaki dengan lelaki itu perkara biasa. Inilah yang cuba diserapkan kepada rakyat Malaysia oleh 2A dan ianya bermula dengan penerimaan rakyat Malaysia atas penganjuran Sexuality Merdeka ini. Atas nama Islam agama rasmi negara yang mana ianya telah termaktub didalam Perlembagaan tanahair kita ini dan atas nama demi ketenteraman awam Kerajaan Barisan Nasional telah bertindak untuk menghalang pengajuran Sexuality Merdeka ini. Kerana ini menganggu gugat perasaan rakyat Malaysia bukan sahaja yang majoritinya Islam namun perasaan rakyat Malaysia yang berlainan agama juga. Namun kalau kita lihat ianya usaha Kerajaan Barisan Nasional menjaga kesucian agama Islam itu sendiri dan juga menjaga kepentingan agama-agama lain. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Dalam Negeri yang bertindak mengharamkan penganjuran ini dan juga Polis yang menjalankan tugas dengan tegas dalam menghalang penganjuran Sexuality Merdeka ini.
Ambiga ini dulu dia perjuangkan kebebasan beragama melalui Interfaith Commission yang turut disokong oleh Anwar dan Parti Pembangkang. Kemudian dia menuntut kebebasan pilihanraya kononya dari campur tangan kerajaan melalui Bersih 2.0 juga turut disokong oleh Anwar dan Parti Pembangkang DAP dan parti  yang kononnya memperjuangkan Islam. Sekarang ini dia perjuangkan pula kebebasan seks melalui Sexuality Merdeka yang turut disokong oleh Anwar. DAP senyap seribu bahasa cuba bertindak selamat agar tidak kelihatan menentang atau menyokong namun pada pendapat saya kemungkinan besar mereka juga dalang dibelakang tabir. Walaupun PAS menyatakan penentangan atas Sexuality Merdeka tetapi mereka masih bersama Anwar dan DAP dan bukan ini dikira bersubahat maknanya sama la 2 x 5. Sekiranya benar ikhlas menentang dan sepatutnya sedar bahawa 2A ini tidak boleh dibuat kawan kerana tuntutan mereka yang jelas bertentangan dengan norma kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni selama lebih 50 tahun dan juga terang-terang bertentangan dengan ajaran agama Islam, maka usahlah bekerjasama dengan mereka dalam apa jua hal sekalipun.
Mungkinkah sekiranya berjaya menjadikan kebebasan seks ini satu norma di Malaysia ini ianya dilihat oleh Ambiga dan kuncu-kuncunya akan menjadi penyumbang kepada keruntuhan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia dan ini menjadi satu persoalan adakah ianya matlamat tersirat penganjuran program ini. Sudahlah sekarang ini kita menghadapi masalah sosial seperti kes pembuangan bayi yang mana majoriti melibatkan anak-anak Melayu. Bayangkan sekiranya perancangan menjadikan kebebasan seks ini satu budaya dan norma di Malaysia ini berjaya, siapa yang paling padah terima  buruknya nanti?
Ini akibat perlakuan Seks yang tidak dikawal oleh pasangan yang belum berkahwin

Mungkin benarlah kata YB Zulkifli Nordin tempohari di Debat Rakyat di Gombak Setia bahawa Anwar ini berpahaman Pluralisme iaitu semua agama adalah sama tiada perbezaan baik dari segi darjat, perlaksanaan, pengajaran dan tuntutannya.  Oppss lupa pula...Apa status kes Liwat Anwar di Mahkamah sekarang ini ya???
Perarakan Gay Di Taiwan
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?  "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.   QS Al-A’raf:80-84


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!