FOLLOW ME


Thursday 24 November 2011

(KERAJAAN BN = HARIMAU MUDA) VS ANWAR DI INDONESIA....


Sedang pihak kita merangka, merancang, berusaha dan melaksanakan perkara-perkara untuk menaikkan martabat dan nama negara kita Malaysia di persada dunia melalui pelbagai cara ada pihak yang hanya dengan berkata-kata telah menjatuhkan dan memalukan nama Negara dipersada dunia.  Cara-cara Kerajaan Barisan Nasional melaksanakannya tidak terbatas, apa saja cara yang halal dan sah asalkan nama negara dijulang akan dikaji, dirancang dan dilaksanakan. Tidak ketinggalan dalma bidang sukan seperti Squash, Badminton dan terbaru sekali bolasepak.

Juara bukan lahir dalam sekelip mata. Juara bukan wujud secara tidak sengaja. Ianya dirangka di latih dan di pupuk dari bangku sekolah hingga alam dewasa. Mereka yang berbakat dari kecil akan mula menyertai pasukan-pasukan sekolah misalnya yang mana system ini dirangka dan dirancang oleh Kerajaan melalui system pendidikan negara yang mana ada matapelajaran jasmani atau masa zaman MNK dulu dikenali sebagai PJ, Pendidikan Jasmani yang mana MNK lebih gemar berlari jer dari bermain apa-apa sukan. Namun disini guru sukan akan melihat bakat-bakat yang ada dan akan diserap kedalam sukan tertentu. Seterusnya dilatih dan digilap bakat mereka ini. Hingga lah mereka mewakili sekolah, daerah, negeri dan seterusnya negara. Apabila mewakili negara mereka ini membawa dan menjunjung nama negara dibahu masing-masing seperti apa yang dilakukan oleh Pasukan Harimau Muda tempoh hari. Mereka ini berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menjadikan mereka hebat dan boleh berjaya. Rata-rata rakyat semua dibelakang mereka berasa bangga apabila Harimau Muda berjaya mempertahankan emas tempoh hari dalam sukan Bolasepak. Jutaan Rakyat Malaysia melekat dikaca TV menontonkan siaran langsung perlawanan Akhir tersebut.


Mereka semua berteriak menjulang nama negara walaupun hanya dirumah sendiri. Tak kurang hebatnya yang menonton di kedai-kedai mamak atau restoren yang menyediakan “Big Screen” untuk menayang siaran langsung perlawanan tersebut. Tak cukup menonton siap bendera dan muffler serta menyarung jersey kebangsaan ibarat sedang menonton di stadium. Mereka ini semua memberi sokong kepada 11 anak muda yang sedang bermain bermati-matian demi maruah dan ingin menjulang nama negara Malaysia dipersada dunia dalam Arena Bola sepak ini. Kata-kata seperti Common Malaysia!!!! Malaysia Boleh!!! Malaysia Hebat!!! Hidup Malaysia!!! Kedengaran bersilih ganti sepanjang perlawanan tersebut  tidak kira samada di kedai mamak atau dirumah. 

Kerana apa? Hanya satu inginkan Negara Malaysia dihormati dan masyhur dalam sukan bolasepak. Semua ini dimainkan oleh semua pihak yang sayang dan cinta kan tanahair. Slogan Malaysia Tanahairku menjadi siulan bukan sahaja anak muda malah orang tua tanpa mengenal lelaki atau perempuan. Semua ini adalah usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dan rakyat-rakyat yang sayangkan tanahair seperti 11 anak muda Harimau Muda ini dalam memertabatkan serta menjulang nama negara. Malaysia.
Namun, dalam kita semua senada menyokong Harimau Muda berjuang bermati-matian untuk menjulang nama Negara, ada pula hamba Allah ini di negara yang sama memijak dan mencampakkan nama Negara ini kelongkang. MNK emotional nak tulis panjang-panjang pasal hamba Allah ni sebab takut terlari penulisan yang ikhlas. Nanti dari kerana untuk membela dan memperjuangkan Alif, ba, ta bertukar kepada memaki dan menfitnah si hamba Allah ni. 
Ibarat kisah Saidana Umar yang dalam sesuatu peperangan dia hendak bunuh musuhnya tapi sebelum beliau menghunuskan pedangnya kafir itu meludah mukanya  maka akibat tindakan si kafir itu tadi maka terus beliau tak jadi bunuh dan melepaskan kafir itu. Bila ditanya sahabat kenapa kau lepaskan musuh itu. Beliau berkata, pada mulanya aku ingin bunuh musuh tu kerana Allah tapi selepas dia meludah muka ku, aku ingin bunuh musuh tu kerana perasaan marah aku kepada musuh tersebut kerana meludah muka ku.
Jadi MNK malas nak cerita banyak, sila  baca la sendiri di halaman ini,
 

Sedang Kerajaan, Harimau Muda, Chong Wei, Nicole David , Perdana Menteri dan kita semua berusaha atau menyokong usaha-usaha untuk menjulang nama negara, hamba Allah ini mencampakkan Nama negara ke longkang. Orang macam ini jangan kan nak memerintah negara, jadi warganegara pun tak layak....

Gombak!!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!