FOLLOW ME


Wednesday 23 November 2011

PKR BANTAH PEMAIN HARIMAU MUDA DAPAT IMBUHAN



PKR menemplak FAM kerana memberikan 30 ribu sebagai imbuhan kepada pemain, kata mereka FAM menggunakan dana rakyat sebanyak 30 ribu, itu merupakan satu pembaziran, dana rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat bukan untuk pemain.

Menurut sumber FAM, Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu,” katanya dipetik Bernama Online.


Satu ketika dulu pula...

Kerajaan Pulau Pinang Hargai Chong Wei Dan Nicol Dengan Insentif

PULAU PINANG, 22 Mac (Bernama) -- Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol David masing-masing menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM20,000 daripada kerajaan negeri malam Isnin.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada kedua-dua wira negara itu yang juga merupakan anak jati Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri tidak berpuas hati sekiranya kejayaan yang begitu gemilang tidak diberi sedikit imbuhan, lantaran itu pihak kerajaan negeri memberi sumbangan ini sebagai tanda penghargaan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya negeri itu berasa bertuah kerana adanya jaguh dunia itu dan berharap mereka dapat menyumbang bakti melatih generasi baru terutamanya generasi negeri itu.

Baru-baru ini, Chong Wei merangkul kejuaraan All England ke -100 manakala Nicol memenangi Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB Sabtu lalu.

Sementara itu, Chong Wei berkata beliau bertuah menerima penghargaan daripada kerajaan negeri itu. -- BERNAMA



Habis tu yang bila DAP bagi ada PKR  templak ker ? Kenapa bila Guan Eng beri imbuhan kepada atlet negara dalam sukan Badminton dan Squash tidak templak? Bila FAM bagi templak?

MNK rakyat, MNK bayar cukai macam-macam kepada kerajaan dan MNK setuju kalau Kerajaan BN nak guna sebahagian dari duit yang MNK bayar itu untuk beri imbuhan kepada pemain pasukan Harimau Muda.

Bagilah imbuhan itu kepada pemain Harimau Muda wahai Kerajaan BN yang telah memberi dana kepada FAM dan FAM hendak berikan kepada pemain Harimau Muda. MNK halalkan Bahagian MNK itu.    MNK percaya semua rakyat anak muda di Gombak setuju untuk digunakan sebahagian dari duit mereka yang mana mereka telah membayar cukai dan sebagainya untuk digunakan sebagai pemberian imbuhan kepada pemain-pemain Harimau Muda......Anda bagaimana????


P/S: Sukan pun nak dipolitikkan ker?? Tak payah la weiiii


Gombak!!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!