FOLLOW ME


Wednesday, 30 November 2011

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN GOMBAK PRESIDEN SILAT LINCAH MALAYSIA YANG BARU


Pada tanggal 26/11/2011 yang lepas, Pemuda UMNO Gombak menerima satu khabar berita yang cukup membanggakan seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Datuk Haji Megat Zulkarnain telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM)  yang baru bagi penggal 2011-2013. Ini merupakan juga pengiktirifan kepada Datuk Haji Megat Zulkarnain yang mana beliau seawal umur 7 tahun lagi telah mendalami ilmu Persilatan  Silat Lincah ini hinggalah ke hari ini.




Dengan perlantikan ini beliau dipertanggung-jawabkan serta diberi amanah dan kepercayaan untuk menentukan hala tuju Persatuan Silat Lincah ini ketahap yang lebih membanggakan serta lebih gemilang untuk masa hadapan. Dibahu beliau dibebankan dengan bebanan serta tanggung-jawab untuk mentadbir urus serta merangka perancangan untuk memajukan Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia ini.

Silat Lincah adalah satu aliran perguruan seni silat tempur di Malaysia dengan nama PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA (PSSLM) .Pertubuhan yang dipimpin oleh TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN BIN MAUJU ini yang bergerak aktif sejak dari tahun 1963 dengan 5 anak murid (didaftarkan pada tahun 1969), bukan sahaja dikenali di Malaysia sebaliknya berjaya mengembangkan sayap ke beberapa negara luar termasuk England, Belgium, New Zealand, Holland, Perancis, Madagascar dan yang terbaru di Korea Selatan, sehingga kini mencapai 30,000 keahlian di luar negara. Dengan keunggulan kepimpinan TAN SRI DATUK WIRA HAJI OMARDIN BIN MAUJU, kini PSSLM sudah pun mempunyai keanggotaannya seramai lebih kurang dari 1 000 000 orang ahli di seluruh dunia dan tercatat dalam buku Malaysia Book Of Record terbitan tahun 1998 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohammad (kini Tun) pada Disember 1998, sebagai sebuah pertubuhan ilmu mempertahankan diri yang mempunyai “Keanggotaan Terbanyak dan Terunggul” .
Salam Jebat  Salam Panglima,
Semangat Jebat Semangat Perwira,
Inilah hakikat yang kami bawa,
Silat Lincah Pusaka bangsa

Di Pulau Besar di Tanah Melaka,
Kelahiran Lincah Tanpa Tercela,
Disinilah Bersemadinya Jebat Perkasa,
Mati Berdarah Bukti Pendekar,


Sejuta harapan dan kepercayaan serta sumpah setia daripada sejuta ahli Persatuan Silat Lincah Malaysia ini akan pastinya akan melaksanakan dan menjalankan apa saja yang diperintah dan diarahkan oleh beliau selaku Presiden Lincah Malaysia yang baru. Ini lah keunikan yang ada pada persatuan silat Lincah dimana anak-anak Lincah ini taat dan setia pada guru mereka. Malah bukan hanya Silat Lincah, mana-mana persatuan seni silat pun sudah pasti anak muridnya akan taat setia pada guru. Ini sumpah ikrar pendekar.
Pendekar merupakan mereka yang memagar diri mereka dari perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak dan Islam. Hidup mereka tidak akan lari dari petua, amalan dan pantang larang. Kalau di lihat kesemua aliran persilatan pantang larang, petua dan amalan mereka adalah berlandaskan hukum dan syarak agama Islam itu sendiri. Maka kalau kita pendekar maka InsyaAllah kita juga akan menjadi Insan yang berpekerti mulia.
Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Gombak dimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak iaitu Pendekar Datuk Megat Zulkarnain dilantik sebagai  Presiden Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia....

Gombak!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!