FOLLOW ME


Tuesday 8 November 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG PEMIMPIN ISLAM


Di Malaysia ini, bumi bertuah yang mana majoriti rakyatnya adalah mereka yang beragama Islam sudah pasti ianya akan mendapat perlindungan Allah. Sudah pasti bukan calang-calang orang dan orang sebarangan dapat menerajui kepimpinan bumi barakah ini. Bagiku hanya insan yang terpilih sahaja akan diberikan amanah oleh Allah secara tidak langsung untuk memimpin negara ini. Maksud secara tidak langsung baik daripada proses demokrasi, pemilihan atau demonstrasi jalanan sekali pun.

Berzikir ibadah menyucikan  dan membersihkan hati seseorang

Aku petik...

“Melalui fahaman, ideologi dan isme isme, manusia memandang bahawa pemerintah atau pemimpin itu adalah wakil wakil rakyat yang naik untuk memperjuangkan inspirasi rakyat. Di mana mereka bersuara, berkerja dan bertindak mengikut suara rakyat. Hakikatnya pemerintah adalah rakyat dan rakyat adalah pemerintah.

Dalam sejarah Islam kita lihat pemimpin atau pemerintah sebenarnya dilantik oleh Allah, samada secara langsung atau tidak saperti perlantikan para Nabi Nabi dan Rasul Rasul melalui wahyu. Manakala yang lainnya ditunjuk kepada manusia secara tidak langsung. Samada mereka di isyaratkan secara umum oleh Hadis atau pun di lantik.

Ertinya dalam Islam pemimpin dan pemerintah itu adalah wakil Allah. Allah yang lantik dan Allah yang naikkan mereka.”

Penulisan diatas aku petik dari satu penulisan yang aku baca dan aku bersetuju dengan pendapat bahawa bukan semua orang boleh menjadi pemimpin dan bahawasanya Allah yang menaikkan martabat seseorang itu untuk menjadi pemimpin dikalangan kita. Walau sehebat mana kita berusaha dan merancang namun perancangan Allah untuk diri kita pasti mengatasi segala-galanya. Maka sudah pasti rezeki atau amanah yang Allah hendak berikan kepada seseorang untuk menjadi pemimpin hanya kepada insan-insan terpilih, apatah lagi untuk menjadi pemimpin sesebuah negara Islam atau organisasi Islam. Organisasi yang semua ahlinya adalah mereka yang beragama Islam. Mereka yang mengucap dua kalimah shahadah.


Terjemahan: "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."


Walaupun ada pihak yang mempersoalkan kononnya Malaysia bukan negara Islam tapi hakikatnya Malaysia adalah negara yang dipimpin oleh Islam. Pemimpinnya Islam, Perdana Menteri kita masih lagi seorang Islam. Beliau masih lagi berada dalam lindungan kalimah Shahadah yang kita semua amalkan. Beliau masih lagi umat Nabi Muhammad S.A.W. Beliau masih sembahyang dan masih menunaikan Rukun Iman dan Rukun Islam.


حَدِيْثُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ، قَالَ: اَلسَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْاِ الْمُسْلِمِ فيما أحب و كره، مالم يؤمر بمعصية، فإذا أمر بمعصية فلا سمع و لا طاعة.أخرجه البخاري)

Artinya:
Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)


Menunaikan Haji Rukun Islam ke-5

حَدِيْثُ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامَنِ، عَنْ جُنَادَةَ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ، قَالَ: دَخَلْنَا عَلَى عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ وَهُوَ مَرِيْضٌ، قُلْنَا: أَصْلَحَكَ الله، حَدِّثْ بِحَدِيْثٍ يَنْفَعُكَ اللهُ بِهِ، سَمِعْتَهُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمْ فَبَايَعْنَاهُ، فَقَالَ فِيْمَا أَخَذَ عَلَيْنَا، أَنْ بَايَعَنَا عَلىَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةَ فِيْ مَنْشَطِنَا وَ مَكْرَهِنَا وَ عُسْرِناَ وَ يُسْرِنَا وَ أَثْرَةٍ صَلَيْنَا، وَ أَنْ لاَ نُنَارِعَ اْلأَمْرِ أَهْلَهُ: إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللهِ فِيهِ بُرْهَانً. (أخرجه البخاري)

Artinya:
Junadah bin Abi Umayyah berkata: Kami masuk kepada Ubadah Abi Ash Shamit ketika ia sakit, maka kami berkata: Semoga Allah menyembuhkan engkau, ceritakan kepada kami hadis yang mungkin berguna yang pernah engkau mendengarnya dari Nabi saw. Maka berkata Ubadah: Nabi saw memanggil kami, maka kami berbaiat kepadanya, dan diantara yang kami baiat itu: Harus mendengar dan taat di dalam suka, duka, ringan dan berat, sukar dan mudah atau bersaingan (monopoli kekuasaan) dan supaya kami tidak menentang suatu urusan dari yang berhak kecuali jika melihat kekafiran terang-terangan ada bukti nyata dari ajaran Allah (Bukhari Muslim)

Pada hadis diatas memberikan penegasan kepada kita bahwa ketaatan kita kepada pemimpin tidak dibatasi rasa suka atau tidak suka, ringan atau berat, sulit atau mudah perintah pemimpin tersebut, namun kita wajib taat dalam situasi apapun.

Meski demikian, ketaatan kita terhadap pemimpin bukanlah taat secara membabi buta, namun kita harus tetap berpegang teguh terhadap syariat Allah dan kebaikan, ertinya ketaatan kita hanya diperuntukkan bagi pemimpin yang menjalankan syariat Allah dan kemaslahatan ummat, apabila pemimpin tersebut memerintahkan dalam hal maksiat maka kita diwajibkan untuk tidak taat.

Doa memohon petunjuk dan hidayah dari Allah amat perlu sebagai pemimpin

Namun sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, namun sebagai seorang hamba pintu rahmat dan keampunan Allah Maha besar dan sentiasa terbuka untuk kita bertaubat dan memohon petunjuk dari Allah agar kita senantiasa berada dalam perlindungan dan rahmatnya dari tipu daya syaitan yang direjam. Begitu juga pemimpin, tiada pemimpin yang maksum dan sudah pasti dugaan dan cabaran sebagai pemimpin lagi hebat dari kita rakyat biasa dan sudah pasti sebagai pemimpin juga mereka tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun rahmat Allah dan pengampunan Allah terbuka luas kepada semua hambanya sama ada dia rakyat biasa atau dia pemimpin. Sebagai seorang yang arif tentang sesuatu perkara baik dari segi ekonomi mahu pun agama atau apa sahaja, tugas dan tanggung-jawab kita ialah kita wajib menasihati pemimpin kita.

Sayyidina Abu Bakar ketika mula-mula dilantik menjadi khalifah lalu beliau menyampaikan ucapan antaranya :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat.

Hubungan rakyat dan pemimpin yang sewajarnya berkasih-kasihan antara satu sama lain

Islam adalah agama nasihat. Kita sewajarnya memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja termasuk juga para pemimpin kita. Itu merupakan perkara pokok dalam agama dan asas kepada pembentukan masyarakat yang bertamadun. Rasulullah s.a.w sendiri telah bersabda:


الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم
 

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)

Jadi sebagai seorang Islam kita wajib mentaati dan menasihati atau menegur pemimpin kita dan bukan kita mencaci, menfitnah serta memburuk-burukkan pemimpin kita. Dan sudah pasti menjadi tanggung-jawab kita untuk mempertahankan serta membela pemimpin kita dari perkara-perkara tersebut baik dari anasir-anasir luar mahupun dari dalam. Sebangsa atau tidak hatta seagama atau tidak!!!
Wallahu wallam,

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!