FOLLOW ME


Tuesday, 4 December 2012

ANWAR BERANG DI GOMBAK YANG SAMBUT IALAH RATUSAN PEMUDA UMNO GOMBAK



Semalam, Pemuda UMNO Gombak telah sama-sama keluar menyatakan bantahan dan tentangan kepada Anwar Ibrahim yang telah datang berceramah di Gombak. Ada suara-suara sinis dimainkan oleh pencacai pembangkang menyatakan mereka ini adalah samseng upahan pihak UMNO dan dibayar RM20 kononnya untuk datang dan menimbulkan huru-hara padahal cerita sebenarnya ialah mereka ini terdiri dari ketua-ketua Pemuda UMNO Cawangan dan ahli mereka sendiri yang hadir dengan tujuan untuk berhimpun secara aman menentang dan menyuarakan bantahan mereka kepada Anwar agar jangan menabur fitnah di kampung kami. Jangan pecah belah kan Melayu dan saudara se agama kami di Gombak ini.

Selama 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor Gombak ini aman damai tiada kekecohan berlaku kerana selama itu la baik Anwar atau Azmin Ali sendiri tidak pernah datang melakukan ceramah atau lawatan kerja kat Gombak ini. Tiada apa-apa bantuan dan pembangunan diberikan atau dilaksanakan di Gombak ini tahu-tahu dah dekat dengan pilihanraya kedua-dua mereka ini masuk dan tabur pelbagai janji dan tidak kurang fitnah dan tomahan serta mengadu-domba kepada rakyat di Gombak ini.

Sebelum kedatangan Anwar bersama tentera upahan PKR yang MNK dapat maklumat ada diantara askar upahan Anwar ini dikenali rakan-rakan Pemuda Gombak  yang mereka itu bukan anak jati Gombak. Pada mulanya keadaan adalah terkawal dimana Pemuda UMNO Gombak berdiri disebarang jalan sini dan mereka disebelah sebarang jalan sana. Hanya laungan dan sorakan dari pihak Pemuda UMNO Gombak kedengaran menolak dan menyatakan bantahan mereka dan menyuruh Anwar balik!!!


Tetapi setelah sampai masa Anwar hampir tiba ketika sekitar jam 11mlm, Anwar yang pastinya sudah mendapat laporan bahawa hampir 200 orang pemuda UMNO Gombak yang sanggup berjalan kaki lebih kurang 2km dari Pejabat DUN Gombak Setia ke tapak ceramah Anwar hadir menunggu beliau maka sudah pasti Anwar ketakutan dan kita boleh jangka apakah tindakan yang akan ambil oleh insan bernama Anwar Ibrahim ini. Kerahan tentera upahan saat-saat akhir dari luar Gombak untuk hadir ke tapak ceramah beliau dilakukan agaknya. Kerana jelas dapat dilihat sedikit demi sedikit mula kehadiran anak-anak muda yang tidak dikenali yang jelas mereka ini adalah orang luar dari Gombak.

Maka mereka inilah yang bersikap kurang ajar dan memprovokasi Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang selama hampir 2 jam dari jam 9 malam hingga ke jam 11 malam boleh berdemo dengan aman tanpa timbul sebarang masalah telah tercabar kesabaran mereka apabila periuk dan baldi di baling ke arah mereka dari belakang gerai-gerai yang berada diseberang jalan yang datang dari para penyokong Pakatan Rakyat.

Tahniah Pemuda UMNO Gombak walau bilangan lebih kecil dari para pencacai Pakatan Rakyat yang diupah itu, berganjak tidak sekali. Ini lah dikatakan perjuangan sampai mati seperti ucapan pergulungan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Anak Raja membawa peti,
Peti Berisi Kayu Cemati,
Kalau tak dapat bagai dihati,
Tetap berjuang sampai ke mati.

Gombak!!! Gempur!!!

Note MNK: Nantikan rakaman video selanjutnya...... Lagi satu Pemuda UMNO takde nyer nak gi demo bawak baldi dan kuali. Jadi mana mai baldi dan kuali terbang tu kalau bukan dari pihak pencacai pakatan rakyat yang dok buka gerai air dan gerai makan? Toksah dok tipu rakyat macam Anwar kata Pemuda UMNO Gombak samseng dan mulakan kekecohan.

WAJIB BACA!!!