FOLLOW ME


Thursday, 20 December 2012

NIK AZIZ TIDAK SIHAT????


"Insya-Allah...apa saja yang UMNO tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz

Inilah pemikiran sempit seorang tokoh hebat yang memimpin sebuah gerakan politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Apakah ini yang diajar oleh Rasullulah tentang perjuangan Islam. Bagi pemikiran mudah MNK siapa kata nak bertanding politik tidak perlu kepada tubuh sihat. Dalam semua hal dan aspek kehidupan seorang Islam menitik beratkan kesihatan. Lihat sahaja hadis Rasullullah S.A.W berikut.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam konteks bertanding kita kena lihat kembali kenapa kita bertanding? Pertama jelas Nik Aziz tersasar daripada niat sebenar seseorang itu patut bertanding menjadi calon, menjada wakil rakyat. Maksudnya niat kita bertanding ialah untuk menjadi wakil kepada rakyat dan memberi khidmat bakti kita kepada rakyat dalam menangani segala masalah rakyat dan juga memenuhi kehendak rakyat dan membela nasib mereka. Bukan kita bertanding sebab rasa dan sifat kebencian kita kepada sesuatu parti. Bukan kita bertanding kerana UMNO tak suka kita bertanding. Kemana keikhlasan kita dalam kita membuat sesuatu tindakan dan pekara dan dalam bab ini dimana keikhalasan kita untuk bertanding dengan niat untuk membela rakyat?

Kedua pula kenapa wakil rakyat perlu mempunyai tubuh yang sihat? Jawapan mudah kalau kita benar-benar ikhlas dan mempunyai semangat dan niat untuk membela nasib rakyat sekiranya kita menang bertanding sebagai calon di kawasan kita, sudah pasti kita perlu melaksanakan tanggung-jawab yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada kita untuk membela nasib mereka. Contoh mudah apakah kita tidak akan turun padang melawat setiap kampung-kampung dalam DUN kita? Apakah kita tidak akan turun melihat rakyat-rakyat dikawasan kita? Kalau kita tidak mempunyai tubuh badan yang sihat asyik terlantar dihospital apakah kita boleh membela rakyat dengan hanya mengunakan akal sahaja dan hanya mendengar cakap orang tanpa melihat sendiri nasib rakyat dan keadaan rakyat? Apakah kita akan hanya menjadi pak turut dengan mendengar cakap orang yang melaporkan kepada kita kerana kita dok terlantar di katil hospital? Apakah kita akan menjadi boneka? Lebih baik bagi orang yang melaporkan dan melaksanakan tugas physical kita itu menjadi wakil rakyat cukup lah kita menjadi penasihat kepada sipolan. Apakah begitu tinggi kegilaan kuasa dan jawatan yang ada pada Nik Aziz ini hingga jauh terpesong niat dan fahaman beliau soal menjadi wakil dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat ini sebagai wakil rakyat mereka?


Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Melalui syariatnya, ia telah mendidik umatnya supaya suka dan gemarkan kepada penjagaan kesihatan, sesuai pula dengan naluri manusia itu sendiri yang inginkan hidup yang sihat. Kesihatan pada umumnya berpunca daripada kebersihan. Dengan itu, umat Islam disuruh agar sentiasa berada dalam keadaan suci bersih terutamanya dalam beribadat kepada Allah. Hukum bersuci yang disyariatkan oleh Islam amat luas sehingga mencakupi bukan sahaja kebersihan dan kesucian lahiriah tetapi juga batiniah. Peraturan-peraturan seperti istinjak, wudhuk, mandi junub, samak dan lain-lain lagi adalah secara hakikinya membawa kepada kebersihan dan kesucian lahiriah (zahir). Kenapa perlu kepada kebersihan? Sudah pasti kerana ingin menjaga kesihatan kerana hanya kebersihan sahaja lah dapat memastikan kita tidak terdedah kepada masalah kesihatan. Untuk apa kesihatan ini untuk kita dapat melaksanakan ibadah kita dengan sempurna kepada Allah.

Kalau kita menjaga perkara wajib, apa sahaja pekerjaan kita dianggap ibadah. Menjadi wakil rakyat juga dianggap ibadah. Kalau kita inginkan ibadah kita sempurna sudah pasti kita memerlukan kesihatan yang baik. Segala amalan dan ibadah kita bermula dengan niat. Kalau niat kita betul dan benar yang lahir dari hati yang sihat maka InsyaAllah sempurnalah ibadah kita kepada Allah. Kalau kita tak endah tentang kesihatan, tentang hati kita ini sihat ke tidak maka kita sudah tersasar. Hati kita tidak ikhlas, kita melaksanakan perkerjaan kita kerana rasa benci, marah, iri-hati, menunjuk-nunjuk, sombong dan sebagainya apakah ini dikira ibadah?

Gombak!!! Gempur!!! 

WAJIB BACA!!!