FOLLOW ME


Wednesday, 5 December 2012

VIDEO KISAH SEBENAR PEMUDA UMNO GOMBAK BERTEMPIR DENGAN ASKAR UPAHAN ANWAR - SIRI 2

Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Limbong, Tok Gajah, Antanom, Dol Said, Dato' Maharaja Lela, Dato' Bahaman dan ramai lagi  kesemua dulunya di labelkan sebagai samseng dan pemberontak kerana memperjuangkan yang hak dan kebenaran sewaktu zaman penjajah. Siapa yang melabel mereka ini kalau bukan penjajah ketika itu puak British. Ini cerita 50-60 tahun dahulu ketika Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan. Pihak penjajah ketika itu ingin mengaburi mata rakyat dengan melabelkan mereka ini pejuang-pejuang Bangsa ini sebagai samseng dan penjenayah. Tapi kini dizaman moden kita sekali lagi di ancam dengan situasi yang sama. Kita sekali lagi mungkin akan dijajah kembali tetapi bukan penjajahan secara kasar dan keras melalui peperangan tetapi penjajahan secara halus melalui landasan undang-undang yang dibenarkan. Penjajahan dari dalaman.


Penjajahan alaf baru ini adalah dalam bentuk penjajahan kuasa dan kerajaan melalui process demokrasi yang mana penjajahan ini akan tetap mempunyai implikasi yang sama iaitu bangsa kita akan di tindas sekali lagi. Penjajahan ini tetap didalangi oleh pihak luar bukan British tapi lebih dashyat lagi gabungan Yahudi dan Komunis dari luar yang memperalatkan rakyat kita sendiri melalui Parti Politik di tanahair ini. Dalang-dalang penjajahan ini menabur wang dan kepakaran kepada parti-parti yang mereka lihat tidak bersama dengan kerajaan pemerintah tanahair ini agar parti tersebut dapat menjatuhkan kerajaan pemerintah Malaysia iaitu Kerajaan Barisan Nasional yang mereka lihat amat teguh dan kuat pegangan mereka dalam soal dasar dan keutuhan bangsa dan tanahair Malaysia tercinta ini.

Maka bangkit segelintir Pemuda di Deareh Gombak, Pemuda UMNO Bahagian Gombak menentang dalang-dalang penjajah ini dari terus meracuni pemikiran rakyat dan manabur fitnah dan domba dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah di Malaysia ini. Maka sekali lagi penentang penjajah ini dilabelkan sebagai samseng dan penjenayah oleh talibarut-talibarut dan dalang-dalang penjajah tersebut. Percayalah wahai anak muda Gombak, perkara yang sama telah dilabelkan kepada pejuang-pejuang bangsa 50-60 tahun dahulu yang mana sejarah dan kebenaran akan terbukti bahawa mereka ini sebenarnya adalah Patriot dan Pejuang Bangsa yang hebat. InsyaAllah satu hari nanti anda semua Pemuda UMNO Gombak  yang bangkit keluar beramai-ramai dan berjalan hampir 2 kilometer berdiri dan membantah dan sanggup menahan lontaran kata nista maki hamun serta tindakan keganasan oleh pihak dalang penjajah selama hampir 5 jam bagi menyuarakan bantahan anda dan suara anda semata-mata ingin menentang dalang-dalang penjajah di bumi Gombak bertuah ini akan di ingati dan dikenang sebagai pejuang bangsa. 

Ketua Pemuda UMNO Gombak yang dilabelkan sebagai kepala samseng yang jelas seperti gambar diatas bertindak menahan dan menghalang segelintir ahli Pemudanya dari bertindak agresif dan membalas tindakan ganas dalang-dalang penjajah ini juga akan diingati sebagai Pemimpin Muda yang mengetuai barisan pejuang bangsa. Kalau dunia luar tidak tahu tentang kejadian malam itu namun rakyat Gombak, rakyat tempatan tahu apa sebenar yang berlaku. Kata sokongan dan dorongan yang diterima sepanjang perjalanan 2km itu dari makcik dan pakcik yang melihat kebangkitan anak muda di Gombak ini akan tetap menjadi ingatan dan pasti akan menjadi cerita yang akan disampaikan pada generasi mendatang tentang bagaimana abang-abang mereka di Gombak ini bangkit menentang pengkianat-pengkianat bangsa. Kita mesti meninggalkan warisan ini kepada adik-adik kita di Gombak ini yang satu hari nanti akan mewarisi kepimpinan Pemuda UMNO Gombak ini yang mana Pemuda UMNO Gombak tidak gentar walau sedikit pun dalam menghadapi dalang pengkianat bangsa.


Syabas dan Tahniah Pejuang Bangsa Pemuda UMNO Gombak bangkit pada malam yang bersejarah ini.

Hidup Pemuda!!!
Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!