FOLLOW ME


Wednesday, 26 December 2012

DAP CABAR RAJA MELAYU.


Sebelum muncul Parti Keadilan Rakyat dan Al-Liwati tidak pernah kita dengar tentang kebiadaban DAP dan pemimpin mereka terhadap Raja-raja Melayu secara terbuka. Tidak pernah kita dengar atau lihat DAP atau mana-mana pihak berani mencabar Raja-raja Melayu secara terang-terangan. Tetapi selepas wujudnya Parti Keadilan dan Al-liwati menunjukkan wajah sebenar beliau apa yang terjadi? Terbaru Karpal Singh sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar beliau terhadap Raja-raja Melayu apabila memberi amaran kepada pemimpin DAP agar jangan menerima anugerah Dato' dari Sultan.
 
Padahal kita semua tahu prosedur penganugerahan Dato' ini perlu melalui beberapa peringkat sebelum dimuktamadkan. Bermula dengan penghantaran biodata dan nama untuk dinilai oleh pihak berwajib sebelum diputuskan anda layak atau tidak untuk menerima anugerah tersebut. Jadi kalau pemimpin DAP semua tidak mahu diberikan anugerah Dato' atau apa-apa anugerah dari Sultan kononnya untuk melihatkan diri mereka ikhlas buat kerja tanpa mengharap balasan atau pengiktirafan kononnya demi mengaburi mata rakyat, kenapa menghantar nama dan biodata mereka kepada pihak penilaian anugerah tersebut?

Jelas ini adalah satu tindakan dari DAP yang telah dirancang untuk menghina institusi Raja-raja Melayu yang mana mereka yang pada awalnya menghantar nama-nama untuk penerimaan anugerah dari Sultan yang membawa gelaran Dato tersebut dan apabila telah menjalani proses penilaian dan pemilihan oleh pihak penilai dan Istana dan setelah surat penawaran untuk diberikan anugerah di tersebut diberikan dan telah dipersetujui oleh penerima, mereka mengeluarkan statement bahawa mereka tidak mahu diberikan apa apa gelaran atau anugerah. Pemimpin mereka tidak dibenarkan menerima anugerah dari Sultan. Kalau betul dan bukan kerana politik dan sengaja ingin menghina Sultan Melayu dan orang Melayu, buat circular dan arahan kepada ahli atau masukkan dalam undang-undang parti mana-mana pemimpin atau ahli DAP tidak dibenarkan untuk menghantar nama untuk menerima apa-apa anugerah daripada Sultan Melayu. Habis cerita. Tidak pun semasa surat penawaran dikeluarkan oleh pihak berkenaan jangan terima.

Mereka yang mohon, mereka yang terima tahu tahu keluar statement cabar institusi Raja dan Sultan Melayu. Bukan ini satu tindakan yang dirancang dan disengajakan untuk mencabar Raja dan Sultan Melayu? Kalau tidak hantar nama kalau tidak akui surat terima anugerah tersebut sudah pasti mereka-mereka ini tidak tersenarai sebagai penerima anugerah. Kalau tak tersenarai macam mana nak keluar statement untuk cabar Raja, Sultan dan orang Melayu berhubung anugerah Sultan dan istiadat Kesultanan Melayu ini? Dalam erti kata lain nak tunjuk dan sindir pemimpin Melayu kononnya apa lah sangat anugerah yang diberikan oleh Sultan ini. Tak membawa apa apa erti. Dah lah Sultan itu kita raikan dan kita daulatkan dengan masih wujudnya istiadat , adat dan resam  Kesultanan dan Rakyat tersebut dan anugerah yang membawa gelaran Dato', Datuk Paduka, etc etc inilah salah satu kebesaran yang ada pada Raja-raja dan Sultan Melayu kalau itu dihapuskan dan diperlekehkan maka lama-kelamaan akan lenyap lah Raja-raja dan Sultan Melayu dari bumi Melayu Malaysia ini. Ini permulaan serangan dan perancangan awal DAP dan kalau tidak kita tentang habis-habisan maka 15-20 tahun dari sekarang tidak mustahil pemimpin Melayu juga tidak mahu dan memandang selekah gelaran Dato' atau apa-apa anugerah dari Sultan ini.

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!