FOLLOW ME


Tuesday 25 December 2012

MAKIN RAMAI SOKONG BN GOMBAK LEPAS INSIDEN BERDARAH DI BT 8 GOMBAK

Walaupun Pemuda UMNO Gombak dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang juga Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak dilabel dan dituduh sebagai samseng oleh pihak pembangkang dalam usaha jahat mereka untuk menjatuhkan kredibiliti Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin sebagai pemimpin muda Gombak yang berpotensi besar dan semakin dekat dengan hati rakyat Gombak. Tindakan yang dilihat sebagai tindakan terdesak pembangkang oleh rakyat khususnya rakyat Gombak ini tidak lain dan tidak bukan kerana perasan takut dengan realiti yang mereka mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN di Gombak ini. Jadi seperti lazimnya bila mereka tidak mampun bersaing dengan cara sihat dalam segi gerak-kerja dan memberi khidmat kepada rakyat dalam menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat khususnya di Parlimen Gombak ini mereka akan serang pribadi pemimpin Barisan Nasional di Gombak ini. Perkara yang sama dilakukan terhadap Pemimpin Negara Y.A.B Dato' Seri Najib Tun Razak malah bukan sahaja beliau, isteri dan keluarga beliau turut difitnah dan dituduh dengan pelbagai penipuan dalam usaha mengekang peningkatan populariti Perdana Menteri yang semakin hari semakin berputik dihati rakyat Malaysia.


Kegusaran dan kebimbangan pemimpin Pakatan Haram Selangor khususnya di Gombak ini bertambah kronik lagi apabila tempoh hari pada tanggal 22/12/2012 hampir lebih kurang 150 orang ahli  Kelab Sukan Sukma Gemilang Gombak (KESAN) menyatakan sokongan mereka kepada Penyelaras BN Parlimen Gombak Datuk Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin dan Barisan Nasional Gombak amnya di majlis pelepasan KONVOI 4x4 OFFROAD BERSAMA KELUARGA GOMBAK KE SUNGAI LEMBING yang disempurnakan oleh beliau. Program perlepasan ini telah diadakan di perkarangan Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak di Dataran Sri Prima Sri Gombak yang mana konvoi ini  melibatkan 40 buah kenderaan 4x4. Mereka secara terang-terangan menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional Gombak kerana mereka yakin bahawa hanya Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang benar-benar bekerja untuk membela rakyat di negara kita ini. Mereka menilai dengan mata hati yang celik dengan apa yang dilakukan oleh pimimpin UMNO dan Barisan Nasional di Gombak ini dan apa yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Haram Gombak.


Jelas dari penilaian mereka bahawa sedang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional Gombak bekerja saban hari memberi khidmat dan membela nasib rakyat Gombak ini pemimpin Pakatan Haram Gombak hanya sekadar bercakap di kedai kopi dan berceramah menuduh itu dan ini terhadap UMNO dan pemimpin UMNO, memfitnah keburukkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi tidak pula menyatakan apa pembangunan yang mereka dah laksanakan di Selangor selama 4 tahun mereka memerintah. Apa kebaikkan yang mereka telah laksanakan dan perjuangkan di Selangor ini. Dan seperti lazim setiap kali di ceramah-ceramah mereka janji kosong langit dan bintang disajikan kepada rakyat.

Macam mana nak bantu rakyat Gombak ini, macam mana nak bela rakyat Gombak ini kalau nak jumpa pun payah itu kalau di pejabat atau pusat khidmat Ahli Parlimen Gombak atau Wakil Rakyat Gombak. Nak mereka turun padang melihat sendiri nasib rakyat Gombak hmmmm bak kata pemimpin Pakatan Rakyat Gombak ketika dilaporkan tentang banjir teruk melanda Gombak tempohari

"Apa kalau saya datang melawat tempat banjir tu air boleh surut ker?"........

Inikah pemimpin yang kita nak amanahkan lagi untuk membela nasib kita di Gombak ini kalau kejadian bencana banjir teruk pun dia tak nak datang lawat tengok nasib kita? Itu belum mintak bantuan untuk meringankan nasib mangsa-mangsa banjir di Gombak ini lagi tu. Apa nak kita fikir dan tunggu lagi? Jom kita pakat tukar ganti dengan memilih pemimpin Barisan Nasional dan UMNO untuk mewakili kita pada PRU13 nanti.



Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!