FOLLOW ME


Monday, 17 December 2012

AKEDEMI UMNO - APA SEBENARNYA YANG KITA MAHU???

Pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 tempoh hari, akhirnya YAB Presiden Parti telah mengumumkan satu initiatif baru dalam UMNO buat julung kali dalam sejarah UMNO yang dah berumur 66 tahun ini. Pengumuman yang mana pada hemat MNK memang patut dilaksanakan malah lebih awal lagi patut diadakan namun begitu bak kata pepatah Inggeris is better late than never. Pemuda UMNO Gombak pada Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Bahagian Gombak 2011 telah membahaskan dalam perkara ini dalam perbahasan membahaskan usul pendidikan UMNO Bahagian Gombak ketika itu. Baca Selanjutnya.... Bezanya cuma pada ketika itu nama diberi oleh Pergerakan Pemuda UMNO Gombak ialah Kolej UMNO tetapi pada PAU 2012 YAB Presiden telah mengumumkan UMNO akan membina dan mewujudkan sebuah Akedemi UMNO.
Matlamatnya adalah untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin muda yang profesional yang jiwanya sebati dengan UMNO yang mana mereka ini akan ditanam dengan asas dan nilai-nilai murni perjuangan UMNO. Mereka akan digilap dan digarap dengan skil dan keperluan untuk meneruskan perjuangan UMNO dalam era yang lebih mencabar. Era serba canggih yang mana maklumat hanya dihujung jari. Kerterbukaan atau Transparensi akan menjadi satu faktor dominan seorang pemimpin boleh diterima atau tidak oleh rakyat kerana apa sahaja maklumat akan mudah diperolehi oleh rakyat dihujung jari mereka. Pemimpin akan disediakan untuk menjadi pemimpin moden dengan kecekapan memaksimakan penggunaan segala kecanggihan teknologi.


Kalau dulu kita berceramah dipentas ceramah dan dikampung-kampung di dewan dan balairaya tapi satu masa nanti mungkin dalam masa 5-10 tahun kita akan mula berceramah di alam maya secara live dari rumah atau bilik pejabat kita  sahaja seperti permulaan yang dirintis oleh YAB Presiden sendiri dalam sesi soal jawab melalui Google Hangout berhubung Bajet 2013. Pemimpin akan mempunyai penyokong dan pengikut kelompoknya sendiri yang boleh diterjemaahkan melalui followers twitters atau Facebook Fanpage atau Group yang mana misalnya diwujudkan satu FB Group DUN Gombak Setia misalnya dan hanya mereka yang menetap di Gombak Setia sahaja diterima masuk menjadi ahli Group tersebut dan kalau lebih mendalam mereka yang putih dan menyokong UMNO sahaja diterima masuk. Ini Group khas Penyokong UMNO DUN Gombak Setia Group. Jadi kalau nak ceramah alam maya hanya perlu war-warkan dalam Group ini masa dan ketika dan berceramah lah di Web streaming secara live misalnya atau melalui applikasi Google Hang out. Perkara-perkara ini sudah pasti akan menjadi satu trend pada masa akan datang dan mungkin sudah mula di pelopori. Matlamat tetap sama tetapi gerak kerja dan cara yang mungkin lebih murah dan lebih mudah. Mungkin cara ini lebih sesuai dalam misi untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan golongan muda yang kalau nak datang dengar ceramah di padang atau balairaya memang agak sukar dan kurang berminat.


Jadi bagaimana kita ingin melonjakkan paradigma para-para pemimpin UMNO atau bakal-bakal pemimpin UMNO ini kalau kita tidak mempunyai satu institusi yang focus memberikan ilmu, melatih serta memastikan kesiap-siagaan bakal-bakal pewaris kepimpinan UMNO ini sekiranya kita tidak ada satu Akademi UMNO yang memainkan peranan ini yang pada hemat MNK amat penting untuk memastikan survival UMNO pada masa hadapan. Alhamdullillah, usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO diterima baik dan disambut oleh YAB Presiden parti dan diumumkan pada ucapan pergulungan beliau yang mana akan diwujudkan Akedemi UMNO. Jelas langkah ini membuktikan satu lagi Transformasi dalaman UMNO yang mana jelas kelihatan kesungguhan pemimpin UMNO melaksanakan transformasi ini. Ini melihatkan kepada kita bagaimana kesediaan pucuk pimpinan UMNO untuk memberikan lebih kepercayaan kepada golongan muda dalam kepimpinan UMNO itu sendiri namun ada beberapa perkara asas perjuangan UMNO perlu diterapkan kepada pemimpin-pemimpin muda UMNO ini agar asas perjuangan UMNO ini sebati dengan hati pemimpin muda.


Kita tak nak Anwar the second wujud lagi dalam UMNO selepas ini yang mana beliau merupakan pemimpin muda UMNO yang satu ketika dulu menjadi idola dan ikutan serta sanjungan ramai pemimpin muda UMNO ketika itu tetapi kerana beliau tidak mempunyai asas perjuangan UMNO yang sebati dengan jiwa beliau, beliau tidak mempunyai roh UMNO pada jasad beliau lihat apa dah jadi pada Anwar. Beliau sendiri mengkianati parti dan bekerja siang malam untuk menghancurkan parti UMNO. Ini mungkin  kerana Anwar masuk UMNO atas dasar jemputan dan laluan VIP bukan atas semangat atau cara pengkaderan dalam UMNO yang dilalui oleh pemimpin terdahulu atau yang seangkatan dengan beliau maka lihat apa dah jadi dengan Anwar sekarang? Mungkin dengan adanya akedemi UMNO ini disamping membekalkan ilmu kepimpinan masa kini kepada bakal pemimpin muda dalam UMNO ianya juga boleh menjadi seperti asas pengkaderan pemimpin muda UMNO seperti pengkaderan yang bapa MNK selalu ceritakann kepada MNK masa beliau mula menyertai UMNO dan menjadi Pemuda dalam UMNO. Hanya dengan itu sahaja caranya pada hemat MNK akan dapat membentuk jati diri seorang pejuang dalam UMNO dan mungkin satu ketika nanti kita akan mempunyai ramai ahli pejuang UMNO dan bukan lagi ahli politik UMNO.


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!