Pertama-tama sekali sebelum MNK menulis lebih lanjut, MNK ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dibawah kepimpinan Datuk Megat Zulkarnain di atas perlaksanaan program yang amat baik dan amat tepat dan berjaya mengenai sasaran “touch point”. Program yang MNK maksudkan ialah Program Berkhatan Percuma anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Hampir 300 kanak-kanak di sekitar Parlimen Gombak telah “dikhatankan” oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak secara percuma yang mana segala kos perbelanjaan berkhatan tersebut di tanggung oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Program Berkhatan ini adalah merupakan program Tahunan Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan pada tahun ini bukan lah kali pertama ianya dianjurkan. Semenjak Pemuda UMNO Bahagian Gombak diterajui oleh Datuk Megat Zulkarnain program ini telah di anjurkan setiap tahun hinggalah tahun ini. Namun pada tahun ini mungkin program ini memberi kesan yang agak penting kerana kita telah menghampiri PRU 13.
Bayangkan kalau 300 kanak-kanak dikhatankan walaupun mereka bukan pengundi namun sudah pasti ibu-bapa mereka, pakcik-makcik mereka dan atuk serta nenek mereka sekiranya masih ada adalah pengundi. Kita ambil perkiraan mudah, 300 kali 2 ibu bapa dah jadi 600 pengundi. Campur lah 1 atuk atau nenek mereka ataupun pakcik makcik mereka dah jadi hampir 1000 pengundi. Jadi bagi MNK ini merupakan satu program yang amat bijak dan tepat dan berjaya untuk mendekati masyarakat dalam memberikan perkhidmatan dalam membantu masyarakat setempat. Sekarang ini kos berkhatan untuk seorang pun dah hampir mencecah RM 100 untuk seorang kanak-kanak termasuk ubat-ubatan serta rawatan lanjut. Namun ini semua telah ditanggung oleh Pemuda UMNO Bahagian Gombak bukan sahaja berkhatan, malah ubat-ubatan serta rawatan lanjut turut telah di tanggung kesemuanya.
Program ini telah dilaksanakan di ketiga-tiga DUN didalam Parlimen Gombak iaitu Dun Batu Caves, Dun Hulu Kelang dan Dun Gombak Setia. MNK sempat untuk turut serta di dua program yang telah di anjurkan di DUN Gombak Setia. Pertama di Rumah Pangsa Desa Pinggiran Fasa II. Seperti kebiasaan upacara sambutan dan meraikan anak-anak berkhatan tersebut diserahkan kepada jawatankuasa penduduk dan Wanita UMNO Cawangan seperti Berendam, mandi beramai-ramai, berarak menaiki lori dan sebagainya diserahkan kepada mereka untuk memikirkan dan membuat persiapan cara bagaimana hendak dilaksanakan. Dibawah ini gambar-gambar yang sempat MNK rakam ketika berada di Pinggiran Batu Caves Fasa II.