Gambar Hiasan |
Pada 25hb Disember 2011 sedang rakyat beragama Kristian menyambut Sambutan Hari Natal, MNK bersama beberapa rakan-rakan Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia(PSSLM) mengiringi Presidennya Datuk Haji Megat Zulkarnain telah bertolak ke Pantai Bersih Bagan Ajam Pulau Pinang. Kali ini program yang agak berbeza dari program kebiasaan yang MNK sertai bersama Datuk Megat Zulkarnain di sekitar Gombak. Selalunya MNK ikut adalah Program UMNO dan Barisan Nasional tetapi kali ini pulak adalah program Silat Lincah iaitu Majlis Tamat Berlimau Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia(PSSLM).
Majlis Tamat Berlimau ini adalah satu upacara PSSLM yang akan dilalui oleh semua ahli Seni Silat Lincah. Majlis ini ibarat pengesahan yang mana siapa saja yang berjaya melalui upacara ini dengan rasminya akan dikenali sebagai Anak Lincah. Mereka akan mula diberikan amalan-amalan kerohanian setelah menjalani upacara Tamat Berlimau ini. Kalau dulu sebelum menjalani upacara ini mereka hanyalah ahli kepada PSSLM tetapi kini mereka ini boleh mengelarkan diri mereka Anak Lincah.
Gambar sekitar Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Upacara Tamat Berlimau pada kali ini telah disempurnakan sendiri oleh Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia iaitu Datuk Megat Zulkarnain dari awal hingga akhir. Seramai 73 Anak Lincah disempurnakan upacara Tamat Berlimau ini oleh Datuk Megat Zulkarnain dan Paduka Guru Muda Pendekar Mohd. Yusof bin Mohd. Nor. Bermula dari Jam 9 malam dan selesai hampir jam 4 pagi. Kesemua mereka diuji secara Rohani dan Jasmani.
Satu lagi perkara yang menarik ialah sewaktu hendak memulakan upacara Tamat Berlimau ini sewaktu Datuk Megat Zulkarnain memberi taklimat dan penjelasan kepada peserta, beliau berkata "Saya nak tanya dalam ramai-ramai ni yang sekolah nie siapa hisap rokok angkat tangan?” Mereka yang merokok tanpa teragak-agak terus mengangkat tangan. Ada yang semuda 14 tahun turut tunduk mengangkat tangan walaupun ramai ibu-bapa yang turut hadir ingin menyaksikan anak-anak mereka yang akan menjadi Anak Lincah dan pendekar malam ini.
Satu lagi perkara yang menarik ialah sewaktu hendak memulakan upacara Tamat Berlimau ini sewaktu Datuk Megat Zulkarnain memberi taklimat dan penjelasan kepada peserta, beliau berkata "Saya nak tanya dalam ramai-ramai ni yang sekolah nie siapa hisap rokok angkat tangan?” Mereka yang merokok tanpa teragak-agak terus mengangkat tangan. Ada yang semuda 14 tahun turut tunduk mengangkat tangan walaupun ramai ibu-bapa yang turut hadir ingin menyaksikan anak-anak mereka yang akan menjadi Anak Lincah dan pendekar malam ini.
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
MNK puji keberanian mereka ini yang betul-betul patuh dan hormat serta takut untuk menderhaka kepada Guru persilatan mereka. Taat, hormat, berani, jujur dan berkata benar terserlah dalam diri mereka apabila ditanya mereka ini tentang rokok itu tadi. Ini semua adalah ciri-ciri manusia berkeperibadian tinggi dan mulia. Inilah yang MNK rasa dan MNK lihat sendiri buktinya apabila MNK mendengar ucapan Perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Megat Zulkarnain pada hari yang sama sebelum sampai ke Bagan Ajam di UPSI Tanjung Malam yang mana peserta-peserta yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Pertandingan Persilatan UPSI dan Universiti-universiti Asean yang mana Datuk Megat Zulkarnain menyatakan dalam ucapan beliau.
“Saya selalu menyatakan di Sekolah,di Pusat-pusat Pengajian Tinggi kita diberikan ilmu Akademik, tapi dalam masa yang sama Silat membentuk keperibadian kita. Supaya akhirnya nanti kalau kita ada ilmu akademik yang tinggi dalam masa yang sama ada ilmu persilatan yang baik, ianya akan melahirkan kita sebagai pemimpin yang cemerlang di masa-masa yang akan datang"
Ucapan Datuk Megat Zulkarnain sewaktu merasmikan upacara penutup Kejohanan Pencak Silat UPSI dan Jemputan Universiti Asean Kali Ke-2
Silat lah mengajar kita untuk kita menjadi Insan yang berperi - pekerti mulia dan tinggi. Insan yang mempunyai disiplin yang tinggi. Mempunyai keperibadian yang baik”.
Jelas perkara yang sama juga diterapkan oleh Datuk Megat Zulkarnain didalam kepimpinan beliau didalam Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Pemuda UMNO Gombak dibawah beliau diberikan suntikan dan diterapkan nilai-nilai murni yang ada didalam persilatan juga. Pemuda UMNO Gombak dididik untuk berani berkata benar. “Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah” kata-kata ini tidak lekang dari mulut beliau kalau bersembang dan bersantai bersama Pemuda-pemuda Gombak. “Kita kena berani memperjuangkan kebenaran walau kita keseorangan”, “Abang tidak mengajar korang untuk takut memperjuangkan kebenaran dan berkata yang benar” etc, etc.
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Kalau semua kita Pemuda Gombak boleh terima dan benar-benar menghayati kepimpinan Datuk Megat ini kita akan lihat apa yang beliau terapkan dalam kepimpinan beliau didalam Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia adalah perkara yang sama diterapkan didalam kepimpinan beliau dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Cuma kita ini sebagai Anak Muda hanya Ahli Pemuda tidak terikat dan tidak terpaut seperti Anak Lincah. Mungkin kita tidak mengamalkan persilatan mungkin kita tidak takut untuk menderhaka kepada Guru. Mungkin kita hanya pengikut atau penyokong dan bukan Anak Murid seperti Anak-anak Lincah tadi. Namun itu tidak menghalang kita untuk menerima dan mengamalkan apa yang baik sebagai tauladan dan yang buruk sebagai sempadan. Harapan MNK lama-kelamaan daripada asuhan dan corak kepimpinan yang berterusan seumpama ini akan menjadikan kesemua ahli Pemuda UMNO Gombak seperti Anak-anak Lincah yang seawal 13 tahun itu tadi yang berani mengaku dan berkata benar serta tidak sanggup menipu didepan Pemimpin serta Guru Silat mereka walaupun mereka tahu ibu-bapa mereka ada didepan sana dan melihat serta akan ketahui perkara sebenarnya yang mereka ini rupanya merokok. Mereka tetap berkata benar walaupun dibenak mereka, mereka tahu mereka pasti akan mendapat habuan dari bapak mereka apabila balik ke rumah nanti kerana rahsia mereka dah bocor yang mereka merokok. Ini sifat berani yang luar biasa walaupun tahu akan dihukum secukupnya tetapi “ Aku tetap akan berkata benar”.
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Upacara Tamat Berlimau PSSLM di Bagan Ajam
Inilah salah satu nilai perjuangan murni yang harus ada kembali dalam UMNO khususnya UMNO Bahagian Gombak.....
Gombak!!! Gempur!!!