FOLLOW ME


Wednesday, 20 July 2011

BERSIH 2.0 - YB SAARI SUNGIP ADUN PAS HULU KELANG TAK UTAMAKAN ANAK SENDIRI, RAKYAT HULU KELANG???



كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)”
(HSR Bukhari No. Hadis 1296, Muslim No. Hadis 6828)

Sebagai orang bapa saya amat merasa marah tindakan yang dilakukan oleh YB Saari Sungip Adun PAS Hulu Kelang ini. Anak merupakan anugerah Allah kepada kedua ibu-bapanya. Menjadi tanggung-jawab seorang bapa dan ibu untuk memberikan keselesaan, kemudahan, ilmu, agama, didikan serta segala-gala kebaikkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sekiranya kita tidak mampu melaksanakannya namun kita akan tetap berusaha sedaya upaya kudrat kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Namun begitu, kita juga harus memberikan perlindungan, serta menjaga anak-anak kita dari segala kemudaratan yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan rohani anak-anak kita. Seperti contoh kita melarang anak-anak kita dari menonton cerita-cerita ganas di kaca TV di waktu umur mudanya kerana kita tidak mahu anak kita akan diserap budaya ganas atau terpengaruh dengan budaya ganas. Ini akan pasti menyumbang kepada psikologi anak kita sewaktu proses pembesarannya dan takut akan terbawa-bawa menjadi character anak kita hingga besar.

Semalam, sewaktu pulang ke rumah selepas keluar makan, saya dapati jari hantu anak kecil saya yang berumur 1 tahun 8 bulan itu berbalut. Terus saya jerit panggilkan “Bibik” dan tanya kenapa jari hantu Fathina ini berbalut. Maaf Pak tadi masa saya kat dapur tinggal sekejap dia main dengan Kakak dia atas Meja makan tu, bila masa dia panjat pun tak tahu, tahu ada serpihan Vase tu pecah dan jari dia dah berdarah, jawab si “Bibik”. Geram dan marah perasaan saya ini rasa hendak penampar jer si Bibik. Tapi masih mampu bersabar namun itu lah perasaan yang lahir secara sepontan seorang bapa apabila dapati anak kecil yang disayangi ibarat menatang minyak penuh terluka jari hantunya. Terus ambil Vase itu dan dibuang padahal serpih sedikit sahaja tetapi untuk mengelakkan perkara yang bahaya ini akan memudaratkan anak tadi lantas ianya harus dihapuskan.

Begitu juga kita elakkan benda merbahaya dari menyakiti anak-anak kecil kita seperti pisau dan gunting diletakkan pada tempat tinggi agar mereka tidak boleh capai dan melukakan diri sendiri. Kalau boleh kita tidak mahu ajar anak perempuan kita naik basikal takut jatuh terluka nanti, kalau terpaksa pun habis satu badan kita balut dengan peralatan keselamatan dari topi keledar “Barbie” hingga ke lutut, sarung tangan dan sebagainya. Ini semua adalah naluri dan fitrah seorang bapa yang sayang pada anak-anaknya.


Artikel 19 Hak Asasi Anak - Unicef
Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan dan dizalimi, fizikal atau psikologi. Kerajaan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak dijaga dengan baik dan melindungi mereka daripada keganasan, penderaan dan pengabaian oleh ibu bapa mereka, atau orang lain yang menjaga mereka. Kanak-kanak perlu di disiplin bukan dalam cara yang ganas tetapi cara yang sesuai untuk kanak-kanak untuk tahap pembangunan dan mengambil  kira kepentingan terbaik kanak-kanak itu.

Allah mengajar kita melalui Surah Al-Imran (Q.S Ali ‘Imran, 3:36) untuk melindungi dan memohon perlindungan untuk anak-anak kita.

“Maka tatkala isteri ‘Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: “Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”

Berbeza dengan YB sorang ini dia pula membawa anak kecilnya dan sengaja mendedahkan anak kecil ini kepada bahaya dan kemudaratan. Apa motif dan proses pendidikan yang cuba diberikan kepada anak-anak ini tadi dengan membawa anak kecil ini menyertai perhimpunan Bersih itu tadi?  Dijadikan perisai dan perlindungan? Adakah ini sebahagian dari proses pembelajaran dan pembesaran anak ini tadi untuk menjadi kononnya pejuang seperti bapanya tadi? Adakah nilai-nilai ini yang cuba di bawa  oleh seorang pemimpin yang bagi saya gagal menjalankan tanggung-jawab sebagai pemimpin keluarga dengan meletakkan anak-anaknya kepada kemudaratan dan bahaya walaupun tahu dan boleh menjangka apa akan terjadi sewaktu perhimpunan Bersih tersebut.


Mana tanggung-jawab atau pertimbangan yang wajar sebagai seorang pemimpin keluarga yang mana sepatutnya mengutamakan keselamatan ahli keluarga kita dahulu dari apa keadaan sekali pun hatta kalau negara tengah berperang pun kita sahaja yang keluar berperangan dan anak-anak kita serta isteri kita, kita sembunyikan mereka ditempat selamat. Ini hanya untuk memperjuangkan agenda politik dan kerjaya diri sendiri sebagai ahli politik PAS dia sanggup mengadaikan keselamatan serta mungkin nyawa anak-anak dia yang masih kecil yang tidak tahu apa-apa itu.

Pengalaman saya yang dewasa ini pun tidak tahan dan sesak nafas dah macam nak tercabut tekak apabila menghidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak berkuasa. Ada rakan dewasa yang termuntah-muntah, tak boleh bernafas dan sebagainya. Inikan anak sekecil ini? Ya Allah tak terbayang penderitaan yang dialami oleh anak-anak ini dek kerana kerakusan ayah dan ibu dia mengejar cita-cita politik dan kerjaya mereka. Astaghfirullahalazim......

 
Adakah ini nilai dan keperibadian seorang pemimpin yang kita khendaki. Kalau keluarga sendiri pun kita pimpin dengan salah dan tidak beretika apatah lagi rakyat Hulu Kelang??? Kenapa anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini dijadikan perisai sewaktu Perhimpunan Bersih2.0 itu? Sedangkan binatang pun tahu melindungi anak-anaknya dari bahaya dan akan melakukan apa saja untuk menjaga keselamatan anaknya, YB ini pula sengaja meletakkan keselamatan anaknya dalam bahaya demi sebuah kerjaya sebagai Ahli Politik PAS......

Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!