FOLLOW ME


Tuesday 26 July 2011

PEMUDA UMNO GOMBAK MENCIPTA SEJARAH!!!!

 Jadual Peringkat Suku Akhir hingga ke Akhir Liga Perdana FAS 2011
Ralat keputusan akhir Klang Gate 3 vs Saridee 0
Pada tanggal 24hb Julai 2011 hari Ahad Bertempat di Padang  Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ‘A’ jam 8.00 malam tercipta satu lagi sejarah buat Pemuda UMNO Gombak dimana ketika itu berlangsung Perlawanan akhir Liga Perdana FAS 2011. Sejarah yang cukup membanggakan Pemuda UMNO Gombak ini adalah kedua-dua pasukan yang berentap diperingkat akhir adalah merupakan pasukan dari Pemuda UMNO Gombak yang mana rata-rata pemainnya terdiri dari Pemuda UMNO Gombak sendiri. Pasukan Saridee FC dan Pasukan Klang Gate FC.
Jadual dan Keputusan Peringkat Liga,  Liga Perdana FAS 2011

Liga Perdana FAS ini disertai oleh 36 pasukan dari seluruh Selangor, mereka ini terbagi kepada 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan di angotai oleh 9 pasukan. Mereka bermain di peringkat liga dan juara serta naib juara dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir. Kedua-dua pasukan dari Gombak ini tadi telah menjuarai kumpulan masing-masing yang mana Pasukan Saridee telah menjuarai Kumpulan C  yang mana mereka telah memenangi kesemua 8 perlawanan dan mengutip sebanyak 24 mata penuh  manakala Kumpulan Klang Gate FC pula turut menjuarai Kumpulan D dan telah memenangi 7 perlawanan dan seri  1 perlawanan dan mengutip sebanyak 22 mata. Dalam erti kata Saridee FC telah menjuarai peringkat Liga dan Klang Gate FC telah menjadi Naib Juara Peringkat Liga.
 Ketua Pemuda UMNO Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin bersama Datuk Said Anuar Said Ahmad Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak turut hadir bersama penyokong Saridee FC dari Dun Gombak Setia
Pada Perlawanan Akhir tersebut,  begitu ramai ahli Pemuda Gombak yang telah hadir memberi sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing. Ayah emak, kakak adik malah anak isteri turut hadir memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan bermain dengan semangat kesukanan yang cukup tinggi maklumlah mereka ibarat pasukan adik-beradik. Penyokong pula terbahagi pada dua kerana mengikut sentiment DUN yang mana Pasukan Saridee adalah dari DUN Gombak Setia manakala Pasukan Klang Gate FC adalah dari DUN Hulu Kelang. Namun keakraban serta ikatan persahabatan mengatasi sentimen DUN tadi yang mana penyokong boleh bertukar-tukar sorakan kadang-kala menyorak pasukan kegemaran dan kadang kala menyorak Pasukan lawan kerana ada sahabat yang bermain di pasukan lawan dan ada adik bermain di pasukan sendiri. Begitu juga pihak lawan ada abang bermain di pasukan sendiri manakala teman lelaki bermain di pasukan lawan.

Ketua Pemuda UMNO Gombak ibarat Alex Ferguson menyaksi perlawanan dari Manager seats di bench pemain Pasukan Saridee FC.
 Apa yang menarik ialah Ketua Pemuda UMNO Gombak Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin sendiri merupakan Pengurus Pasukan Saridee FC. Ini bukan kerana pilih kasih atau 'favouritism', ianya hanya kerana pelawaan rasmi telah dihantar oleh Pasukan Saridee FC terlebih dahulu dan beliau telah menyatakan persetujuan kepada Saridee FC. Namun begitu bantuan dan nasihat telah diberikan sama rata kepada kedua-dua pasukan. Beliau juga tidak boleh bersorak berlebih-lebihan dan menunjukkan sokongan terlampau kepada Saridee FC takut nanti adik-adik di Klang Gate FC akan kecik hati. Ibarat di telan mati mak di luah mati bapak.  Itu kata beliau sebelum perlawanan bermula kepada rakan-rakan.
 Tetapi selepas perlawanan tamat, kata beliau ada satu lagi sejarah tercipta malam ini dalam dunia bolasepak yang mana Pemuda UMNO Gombak juga pencetusnya disebalik kedua-dua pasukan menyertai final Liga Perdana FAS 2011 ini adalah dari Gombak. Kata nya “ Mana ada dalam dunia ini apabila Final tamat mana-mana team jadi Juara, Pengurus yang sama  akan meraikan dan diraikan seperti Abang? Saya menang walaupun secara rasmi pasukan saya kalah?”
Tn. Hj. Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin Ketua Pemuda UMNO Gombak turut sama meraikan kemenangan Juara Liga Perdana FAS 2011 KLANG GATE FC bersama pemain-pemainnya
Keputusan akhir perlawanan dimenangi oleh Klang Gate FC dengan keputusan 3-0. Tahniah buat Klang Gate FC kerana telah menjuarai Liga Perdana FAS 2011 dan Syabas juga harus diberikan kepada Saridee FC kerana telah berjaya menjadi Naib Juara Liga Perdana FAS 2011. Cabaran sekarang ini ialah persediaan untuk menghadapi Liga Super FAS 2012 pula kerana kedua-dua team ini tadi telahpun melayakkan diri menyertai Liga Super FAS 2012 kerana telah menjadi Juara dan Naib Juara Liga Perdana. Sudah pasti kos akan menjadi lebih tinggi dan kedua-dua pasukan harus dimantapkan dengan latihan dan skills yang lebih tinggi memandangkan tahap mutu permainan di Liga Super FAS lebih tinggi dan lebih mencabar.  Apapun kami penyokong Saridee FC dan Klang Gate FC percaya semua pemain disetiap pasukan serta pengurusan kedua-dua pasukan mampu mengalas tanggung-jawab serta boleh mengharungi cabaran yang mendatang dan akan sekali lagi mengharumkan nama Gombak dan Pemuda UMNO Gombak di persada dunia bolasepak Selangor di Liga Super FAS 2012 itu nanti. Teruskan perjuangan dan jangan sekali menyerah kalah kerana Gombak mampu melakukannya…  

Gombak!!! Gempur!!!!

WAJIB BACA!!!