Dimana-mana baik di akbar-akbar, berita di tv atau di Media Massa, hangat diperkatakan berhubung dengan Himpunan Haram Bersih 2.0 ini. Masyarakat terus terlupa berhubung dengan Kes Liwat dan Kes Zina dengan Pelacur Cina Pemimpin NO. 1 PKR itu. Kes Dato Trio pun kurang mendapat perhatian oleh rakyat. Rata-rata sibuk mengikuti perkembangan Himpunan Haram BERSIH dan juga rancangan perhimpunan Anti Bersih yang kedengaran akan di adakan oleh beberapa badan NGO, Pemuda UMNO, PERKASA, PESAKA dan berbagai-bagai lagi.
Apa jadi dengan Kes Anwar tu ya? Dah jatuh hukum ke belum untuk kes liwat dia? Bersalah ker tidak dia? Bagaimana pula dengan kes Video seks dengan Pelacur Cina tu? Yang saya tahu takat nie Datuk Trio dah disabit kesalahan tentang penayangan video tersebut dan telah di jatuhkan hukuman dan didenda. Yang melakukan aksi dalam video tersebut dah ditangkap dan di dakwa di mahkamah ker?
Apa beza pendedahan video seks Anwar dengan video seks Ariel Peterpan? Kalau Ariel Peterpan sekarang ini telah pun menjalani hukuman 5 tahun penjara dan denda RM 85,000 kerana kesalahannya . Kita tidak dengar pihak yang menyebarkan rakaman aksi lucah Ariel itu digembar-gemburkan dan didakwa atau dihukum. Maknanya pelaku yang bersalah kerana melakukan aksi tersebut berbanding orang yang menyebarkan perlakuan si pengaksi tadi. Tetapi di Malaysia ini agak terbalik dimana penyebar yang didakwa dan dihukum manakala si perlaku masih bebas dan tidak ditahan untuk disiasat dan didakwa hingga ke hari ini. Pelik.
Namun semua rakyat dah lupa pasal video tu sebab mereka sibuk dengan BERSIH sekarang ini, pihak penganjur BERSIH juga turut dan lebih hebat memainkan sentimen dan isu untuk menghuru-harakan keadaan agar semua pihak menjadi takut dan agar ianya menjadi lebih sensasi dan lebih mendapat perhatian dari kerajaan serta liputan meluas media masa dan tumpuan rakyat hingga terlupa pasal Video seks dan Liwat.
Semalam Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah pun bertitah dan saya petik sebahagian dari titah Baginda;-
Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama
Dengan Titah diatas merupakan satu arahan dari Khalifah Islam Negara kita tanpa mengira ideologi politik, dari parti mana kita ini berada. Selagi kita ini beragama Islam dan seperti yang kita semua tahu dan pelajari sesungguhnya Khalifah Islam di Malaysia ini adalah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Namun sebagai orang Islam dan anak melayu yang dididik untuk taat pada Khalifah dan rajanya apakah kita semua terutama yang berada di pihak BERSIH akan taat pada titah Baginda?
Sekiranya kedua-dua belah pihak, baik yang menyokong BERSIH dan Anti-BERSIH berdegil terus melakukan promosi, hebahan dan penerangan atas agenda masing-masing. Makin lama makin hangat dan panas hingga mungkin akan menyebabkan berlakunya pertempuran pada 9hb Julai 2011. Yang mana rasa-rasanya golongan yang ramai akan turun berhimpun pada hari tersebut adalah orang-orang Melayu. Kalaulah pihak penganjur dan penyokong BERSIH berdegil untuk tetap melaksanakan Himpunan Haram tersebut walau berbagai amaran dari Kerajaan, Polis dan Rakyat agar membatalkan himpunan itu tidak diendahkan dan terkini Titah Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong tidak dipatuhi, maka pada hari itu tidak mustahil akan berlakukan pertembungan Melayu dengan Melayu.
Perang Saudara pertama di Malaysia akan berlaku sekiranya keadaan tidak dapat dikawal pada hari tersebut. Sudah pasti akan ada 2 kumpulan Melayu, yang pertama kumpulan yang taat setia serta menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan sebelah pihak lagi yang menyanggahi titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang bersama-sama dan menyokong BERSIH. Yang nyata Kumpulan Persatuan Perguruan Silat-Silat Malaysia telah pun mengada mesyuarat dan menyatakan pendirian mereka yang akan mempertahankan Raja Melayu.
Apa pula peranan pemimpin-pemimpin beragama Islam dari parti politik seperti PAS & PKR? Apakah mereka memberi nasihat kepada pengikut mereka agar tidak terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 selepas titah Baginda Yang Di Pertuan Agong? Apa kata Tuan Guru Nik Aziz? Adakah beliau menganggap Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong masih Khalifah Islam di Malaysia? Apakah dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ini tidak boleh di anggap sama atau di ibaratkan seperti titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V selaku Khalifah Islam negeri Kelantan kepada Tuan Guru Nik Aziz agar menasihatkan pengikut beliau agar membatalkan Himpunan BERSIH 2.0 ini?
Sekiranya kita masih berdegil dan sanggup di peralatkan demi cita-cita beberapa kerat individu-individu yang inginkan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan peribadi dan kroni mereka hingga kita mengadaikan prinsip keislaman kita dan jati diri anak melayu maka langkah pertama perancangan anasir luar dan bangsa asing untuk menjadikan Malaysia ini Negara Republik telah bermula dan telah berjaya kerana telah wujud kelompok anak-anak melayu, pemimpin- pemimpin Melayu yang sudah mula menderhaka kepada Seri Paduka Baginda di Pertuan Agong dan tanpa segan dan malu atau takut atau ragu-ragu. Sesungguhnya Melayu itu sendiri akan rugi sekiranya Negara Malaysia ini satu hari nanti bertukar menjadi sebuah Negara Republik seperti Singapura yang mana Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu luput dari muka bumi Malaysia ini, Naauzzubillah min zallik.