FOLLOW ME


Wednesday 6 July 2011

PERJUANGAN PEMUDA UMNO GOMBAK BERASASKAN PRINSIP DAN SUMPAH


Tuan Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak 
menyempurnakan ujian kerohanian Silat Lincah


Semalam merupakan detik bersejarah buat pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang mana pertubuhan ini telah mengadakan perhimpunan di Dataran PWTC sempena sambutan 50 Tahun Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia. Silat Lincah yang di perjuangkan oleh Tan Sri Omardin selaku Mahaguru Utama telah berkembang pesat hingga ke lebih 32 buah negara diseluruh dunia pada hari ini.
Namun bukan soal perjuangan dan perkembangan Seni Silat Lincah yang ingin dibicarakan tetapi lebih kepada perjuangan Tuan Guru Muda Seni Silat Lincah Malaysia. Beliau ialah Megat Zulkarnain b. Tan Sri Omardin. Sebelum beliau menjadi Tuan Guru Muda Seni Silat Lincah, beliau dibesarkan dan di didik dengan prinsip dan sumpah persilatan dari seawal umur 7 tahun hingga lah ke hari ini beliau masih lagi mengamalkan persilatan Lincah dan menjadi Guru Muda Seni Silat Lincah. Melihat keperibadian beliau, jelas kelihatan persilatan ini amat sebati dengan diri beliau.
Seperti yang ramai sedia maklum orang silat ini yang mana sekiranya mereka benar-benar berdamping dengan persilatan, mereka mempunyai pelbagai pantang larang. Pantang larang silat juga tidak lari dan terikat kuat dengan pantang larang syarak dan agama. Lebih-lebih lagi apabila kita telah mencapai ke tahap yang agak tinggi di dalam persilatan baik Lincah, Gayung, Cekak dan sebagainya. Apabila kita meningkat ke tahap lebih tinggi dalam ilmu persilatan ini, kita diajar atau diturunkan oleh Guru kita ilmu-ilmu persilatan yang bukan lagi bersandarkan pada gerakan fizikal semata-mata tetapi lebih menjurus kepada spiritual atau kerohanian. Ada amalan-amalan, zikir, doa dan sebagainya yang perlu diamalkan. Ada pantang larang seperti tidak boleh minum arak, berzina dan sebagainya. Sekira pantang larang dan amalan ini tidak dijaga maka kita akan kedengaran dengan kata-kata seperti gila isim atau ilmu makan tuan dan sebagainya.
Pendek kata pesilat-pesilat dididik untuk menjadi insan yang taat pada agama, melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi pantang larang agama itu sendiri. Pesilat dididik untuk taat kepada kedua ibu bapa, pantang menderhaka kepada kedua ibu bapa, agama, bangsa dan negara. Taat setia pada raja. Seperti kata YAB Dato Seri Najib Tun Razak pada ucapan perasmian sambutan 50 tahun Pertubuhan Seni Silat Lincah di PWTC semalam, “ Melalui Persilatan yang merupakan benteng ketiga pertahanan Negara beliau berharap akan dapat melahirkan Modal Insan yang akan menyumbang kepada kemajuan Negara pada masa hadapan” . Ini kerana melalui persilatan ia menyerapkan dan menanamkan nilai-nilai murni selain jati diri yang utuh kepada anak muda ia turut menyerapkan dan menanam disiplin yang tinggi kepada anak muda. Disiplin ini sekiranya dapat dizahirkan setiap masa tidak kira didalam atau diluar gelanggang oleh anak silat itu tadi nescaya ia akan membentuk seorang insan yang baik budi pekertinya dan  menjadi insan yang berjaya didunia dan di akhirat.
Keperibadian dan kepimpinan ini yang dibawa dan cuba di implimentasikan oleh Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin kepada setiap ahli Pemuda UMNO di Gombak di dalam Institusi Pemuda UMNO Bahagian Gombak yang mana beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak sekarang ini.  Mereka yang rapat dengan beliau sering didoktrinkan dengan ideologi perjuangan yang tidak mengharap balasan, perjuangan yang ikhlas dan berintegriti, perjuangan yang menuntut pengorbanan demi membela nasib anak bangsa dan negara.

Namun perubahan yang cuba diserapkan ini bukanlah mudah dan boleh dikecapi dalam sekelip mata, perubahan prinsip dan budaya memerlukan satu  usaha berterusan dan ianya harus digalas dan dipikul oleh setiap ahli-ahli Pemuda UMNO Gombak itu sendiri. Ideologi dan asas yang telah diletakkan dan dimulakan oleh beliau perlu disambung oleh kepimpinan Pemuda Gombak seterusnya agar perubahan yang mulai berputik ini akan mekar mengharum di persada politik Gombak. Inilah cabaran Pemuda UMNO Gombak yang harus disambut oleh setiap ahli Pemuda UMNO Gombak itu sendiri.

Seperti kata pepatah,

Kalau hendak meluntur buluh, Biarlah dari rebungnya,
Kalau hendak merubah UMNO, Biarlah dari Pemudanya.

Gombak Gempur!!!   

WAJIB BACA!!!