Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan, beliau mungkin bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini merupakan satu lagi langkah desparate Anwar Ibrahim untuk meraih simpati rakyat terhadap cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau tidak pun untuk mendapat kembali sokongan ahli-ahli PKR khususnya yang sejak kebelakangan ini sudah mula menyampah dan sedar tentang hakikat dasar perjuangan PKR bukan lagi untuk memperjuangkan nasib mereka apatah nasib Melayu tetapi lebih kepada citai-cita pribadi Anwar dan keluarganya.
Anwar mungkin berpendapat rakyat dan penyokong PKR yang telah lari dari menyokong PKR akan kembali memberi sokongan kepada beliau apabila beliau mengertak untuk bersara. Langkah ini juga untuk menyakinkan serta menarik kembali sokongan ahli parti-parti dalam Pakatan Rakyat kerana kononnya dek sebab Anwar lah mereka telah berjaya menang beberapa negeri pada PRU12 dulu dan kini kalau Anwar takde maka parti PKR serta parti-parti lain seperti PAS dan DAP juga akan berkubur bersama Anwar.
Cuba lihat apa kata Nik Aziz dari parti PAS.
Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis 05/07/2012.
Harapan mereka tidak lain tidak bukan apabila para penyokong mereka sendiri mendengar atau membaca kenyataan Anwar ini mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk PRU 13 kerana tidak mahu kehilangan Anwar. Tetapi Anwar silap kerana rakyat dan ahli mereka sendiri dah masak dengan sandiwara Anwar. Mereka tidak mahu lagi tertipu dengan provokasi Anwar yang memang terkenal dengan "Bapak Provokasi". Semenjak tertipu dengan Peristiwa September 16 dulu para penyokong parti mereka dan rakyat telah tahu dan sedar siapa Anwar sebenarnya.
Pak Nik pun patut bersara jugak dah lama sangat dah duduk kat atas tu bagi lah bakat bakat muda dalam PAS tu pulak menentukan corak hala tuju PAS pula. Ingatlah Parti PAS bukan milik kamu seorang jer. Bukan PAK NIK saja malah pemimpin-pemimpin Parti yang ada dalam Pakatan Rakyat tu semua dah patut bersara dah pun. Kadang-kadang kalau dah terlalu lama kita pegang jawatan tu kita rasa kita ini hebat sangat dan kita akan rasa riak dan bongkak nanti. Kita ini manusia biasa tidak lari dari hasutan syaitan dan nafsu.
Apa pun kesimpulannya sama ada benar atau tidak Anwar nak bersara atau Pak Nik ke nak bersara, kami rakyat Gombak khususnya tidak heran dan tidak ambil peduli kalau nak benar bersara itu yang terbaik dan memang itu yang dinanti-nantikan oleh kami. Tetapi jangan ingat dengan statement nak bersara ini kami akan rileks dan kurang bekerja demi memastikan kemenangan BN pada PRU 13 nanti. Kami tetap akan bekerja habis-habisan untuk kemenangan BN pada PRU 13 dan kami akan memberi sokongan undi kami kepada BN nanti sama ada kamu bersara atau tidak.
Note MNK: Jangan ingat nak bersara dari politik hakim akan simpati dan kurangkan hukuman kesalahan-kesalahan kamu tu. Sungai Buloh tetap menanti bersara atau tidak kena pergi.
Gombak!!! Gempur!!!