FOLLOW ME


Friday 27 July 2012

WINABLE CANDIDATE LARI MALAM??? POLIS TUMPAS SINDIKET IJAZAH PALSU...


Dimana-mana kita sekarang kerap mendengar si polan si anu mengaku dialah yang paling baik memenuhi kehendak YAB Perdana Menteri berhubung dengan "Winable Candidate". Lagi-lagi bahang PRU 13 kian hampir makin ramai bercita-cita dan berangan-angan untuk menjadi atau memenuhi criteria yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Winable Candidate. Baik diperingkat UMNO Pusat, Barisan Nasional Pusat hingga ke cawangan-cawangan malah dikedai-kedai kopi sibuk memperkatakan kita nak calon yang boleh menang. Kita nak calon yang merupakan Winable Candidate. Tidak kira dia Ketua Bahagian atau pun bukan asalkan dia Winable Candidate itu calon yang kita nak dikawasan kita. Itu kata-kata tok aji dan pak aji dikedai kopi dan tak kurang hebatnya di perkatakan dikalangan pemimpin-pemimpin muda.

Tapi siapa dia Winable Candidate? Kita ada role model yang boleh kita contohi atau ikon winable candidate? Apakah kriteria Winable Candidate perlu ada untuk melayakkan beliau sebagai Winable Candidate?

Bagi MNK itu pun kalau betul lah bahawa untuk melayakkan anda menjadi Winable Candidate anda mesti lah sekurang-kurangnya mempunyai pelajaran dan pendidikan atau kata lain orang yang berilmu. Di zaman sekarang ini paling koman pun pada pendapat MNK anda mesti mempunyai segulung ijazah. Hanya dengan ilmu kita boleh membela dan meningkat taraf ekonomi diri kita sendiri apatah lagi untuk memperjuangkan untuk bangsa kita.

Jadi bukan masa yang singkat untuk memperolehi ijazah paling cepat pun mengambil masa 4 tahun kalau tak silap MNK. Jadi apakah disebabkan nak memenuhi kriteria Winable Candidate tadi maka seperti laporan polis terdapat tokoh ternama terlibat dalam kes pembelian Ijazah yang berjaya ditumpaskan oleh pihak polis baru-baru ini?

SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri Baca Selanjutnya.


Namun kita harus ingat bukan bermakna anda mempunyai ijazah anda winable candidate? Siapa yang takde ijazah itu tak perlu la pakat nak beli, kalau dah beli pun tak perlu risaulah. Bekerjasamalah dengan pihak polis untuk menyelesaikan siasatan pihak polis. Bukan sekeping kertas yang tertera nama anda didalamnya menandakan anda seorang yang berilmu atau anda berpelajaran. Tetapi akal dan ilmu didada itu tadi dan samaada ilmu yang baik sedikit ataupun banyak itu tadi anda implimentasikan untuk kepentingan dan usaha memperbaiki keadaan masyarakat disekeliling anda yang lebih utama.

Ilmu sedikit yang ada walaupun tanpa sekeping kertas yang bernama Ijazah itu tadi sekiranya anda menafaatkan kepada rakyat, kepada masyarakat sekeliling anda dalam usaha membantu dan membangunkan bangsa anda itu tadi sebenarnya bagi MNK yang menandakan anda pemimpin masyarakat dan anda seorang Winable Candidate. Kerana usaha anda yang berterusan dengan ilmu yang anda perolehi baik dari pembacaan harian atau pengalaman atau berguru dengan sesiapa walaupun bukan di menara gading tetapi ilmu itu tadi anda curahkan untuk membangunkan masyarakat sekeliling anda dan rakyat itu tadi merupakan faktor menjadikan anda Winable Candidate. Kerana akhirnya  Rakyat jugalah  yang akan menentukan anda winable candidate atau bukan. Pucuk pimpinan baik di Perhubungan negeri atau Pusat boleh menjangka berdasarkan criteria yang telah ditetapkan atau atas laporan yang di kaji dan dianalisiskan untuk menjangka anda merupakan winable candidate tetapi sekiranya anda cermin diri anda dan anda tepuk dada tanya selera apakah rakyat dan masyarakat hendak kat aku? Apakah aku dah bantu sedaya upaya aku untuk membangunkan masyarakat setempat ku? Kalau anda buat itu semua maka pasti rakyat akan sayang kat anda dan pasti anda lah Winable Candidate di mata rakyat.


Jadi kita nak jadi winable candidate di mata Pucuk Pimpinan atau di mata rakyat??? Rakyat nak lihat hasil dan kerja keras kita serta sumbangan kita kepada masyarakat. Mereka takan tanya kita ada ijazah atau tidak? Mereka akan lihat hasil kerja kita atau hasil idea serta perancangan kita untuk masyarakat setempat. Selaku rakyat dimata MNK YAB PM Dato' Seri Najib Tun Razak seorang "Winable Candidate" dan patut menjadi ikon kepada semua yang mencari criteria "Winable Candidate" itu tadi.


Gombak!!! Gempur!!!

WAJIB BACA!!!